Mahkamah Cinta 7


BAB 7
“Kalau awak rasa nak meringkuk dalam penjara tu selama sepuluh tahun, awak boleh tipu saya dan cakap awak tak bersalah!”
Amukan Nadhrah mengisi seluruh pelosok ruang pejabat peguam bela awam itu. Aiman dan Valerie sudah terbiasa dengan sikapnya dan buat tidak kisah sahaja dengan gadis itu. Tetapi, bukan Raffi. Lelaki itu mengangkat wajahnya dan memandang ke arah Nadhrah yang sudah menghempapkan tangannya ke atas meja sambil memandang ke dalam anak mata kliennya. Gadi itu sudah mula menangis.
“Saya tak buat! I swear to God I did not do it! Tolonglah percayakan saya!” Pelajar perempuan itu merayu. Dipeluknya lengan Nadhrah sekuat yang mungkin. Dia mahu wanita itu mempercayainya.
Nadhrah menghela nafasnya kasar. Tangan gadis itu ditolaknya perlahan. Setelah meneliti semula bahan bukti yang terkandung di dalam fail yang Valerie berikan tempoh hari, Nadhrah yakin yang gadis itu bersalah. Hampir kesemua bukti menjurus ke arahnya sebagai pesalah. Nadhrah melabuhkan punggungnya semula ke atas kerusi.
Dia tersenyum sambil memegang tangan gadis yang sudah menangis teresak-esak di hadapannya. Walaupun dia kasihankan gadis itu, tetapi Nadhrah tidak mahu kalah di dalam mahkamah. Dia bukan jenis yang suka kalah. Tangan gadis itu diusap perlahan. “Macam ni je lah dik. Kan senang kalau awak mengaku je yang awak bersalah? Saya boleh tolong kurangkan paling tak pun tiga empat tahun daripada hukuman penjara tu.”
Mulut Raffi sedikit terlopong. Dia tidak percaya yang Nadhrah akan bertindak sedemikian. Semata-mata untuk menang di mahkamah, Nadhrah sanggup memaksa gadis itu untuk mengaku bersalah. Sedangkan gadis itu sudah bermati-matian memberitahu yang dia tidak bersalah. Ini bukan peguam yang aku tengok dekat kafe semalam. Peguam yang dia lihat di kafe semalam amat berbeza dengan Nadhrah yang ini.
Wanita di kafe semalam sanggup menghentikan satu pergaduhan walaupun dia tidak mengenali siapa orang itu. Wanita yang Raffi jumpa semalam juga sempat memberikan wang kepada pelayan kafe yang sudah cedera itu. Tetapi, kenapa Nadhrah yang semalam tidak ada pada Nadhrah di hadapan matanya kini?
Gadis itu bangun daripada duduknya sambil mengesat matanya yang basah itu. Dia tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dia dengar. “Akak ni sepatutnya bela saya! Bukannya paksa saya untuk mengaku bersalah! Berapa kali saya nak cakap? Saya tak bersalah! Saya tak tolak dia jatuh dari tingkat tiga! Saya tak buat!”
Nadhrah sudah hampir hilang sabar. 
“Dengar sini! Awak datang sini sebab awak tak mampu untuk bayar peguam bela awak sendiri. Dah cukup bagus saya nak buat pro bono tau tak! Ingat senang nak dapat peguam percuma? Awak ingat saya ada masa ke nak layan defendan macam awak ni? So, either you do it according to my way or you’re going to stay in jail for ten years. Decide wisely!” 
Dia mencampakkan fail yang mengandungi maklumat kepada kes gadis itu ke atas meja.
Nadhrah lihat ada tangan yang menarik fail yang dia campak ke atas meja tadi. Dia memandang ke atas sambil melihat Raffi yang sudah berdiri di hadapan mejanya. Nadhrah masih lagi tidak bergerak. Dua pasang anak mata itu bertentang. Bibirnya masih lagi terkunci rapat.
“This is not the right way to treat a client.” Raffi memberitahu sambil menarik fail yang gadis itu campak tadi ke dalam pegangannya. 
Sebelum dia makan budak perempuan ni, lebih baik aku selamatkan dia. Raffi menundukkan badannya ke arah gadis yang sedang menangis tadi. 
“Saya akan kaji kes awak. Jangan risau. Here, this way.” Sambung lelaki itu lagi sebelum mengangkat kakinya. Dia memanggil pelajar perempuan itu tadi ke mejanya.
Nadhrah terasa seperti dirinya diperlekehkan. Aiman dan Valerie juga terkejut dengan tindakan Raffi tadi. Selama lima tahun Nadhrah bekerja di situ, tidak ada seorang pun yang pernah memarahi atau memperlekehkan dirinya sebegitu sekali. Tindakan Raffi tadi benar-benar menghina Nadhrah sebagai seorang peguam.
Dengan kaki yang masih bengkak, Nadhrah berjalan terhinjut-hinjut ke arah Raffi yang sedang mendapatkan maklumat daripada gadis berumur 17 tahun itu tadi. Dia melipatkan tangannya ke dada. Sambil matanya dikecilkan, Nadhrah mendegus kasar. 
“Bagi balik fail tu.”
Raffi menoleh ke arah Nadhrah. “Kenapa? Awak yang tak nak handle kes ni betul-betul kan? Jadi, saya rasa lebih baik kalau saya yang ambil alih.” Selamba sahaja lelaki itu membalas. Matanya masih lagi terpaku pada wajah Nadhrah yang sedang berdiri di hadapannya.
Nadhrah hampir sahaja hilang sabar. Berani dia lawan aku? “Eh, Encik Raffi. Tolong hormat saya sikit. Awak tu baru jadi peguam dekat sini tak sampai sehari tau! Saya dah kerja dekat sini lima tahun! Saya senior awak!” Dia memberitahu kemudian merampas semula fail yang sedang Raffi pegang tadi.
Dah kerja sini lima tahun? Senior? Berapa umur dia sebenarnya ni? Melihat tubuh Nadhrah yang kecil dan halus itu, Raffi meneka Nadhrah mungkin sebayanya sahaja. Tetapi apabila mendengar Nadhrah mengatakan yang dia sudah lima tahun bekerja di situ, Raffi tidak dapat mengagak umur sebenar Nadhrah. Lelaki itu tergelak kecil kemudian mengukir satu senyuman sinis.
Dia tidak sangka yang Nadhrah boleh jadi seangkuh itu. “Awak kena belajar hormat orang dulu sebelum awak minta orang hormat awak! You show no respect to your client just now. So, why should I respect you? Awak tak layak jadi peguam kalau macam ni perangai awak.”
Nadhrah dan Raffi bertentang mata. Kedua-duanya masih lagi tidak mahu mengalah. Fail yang Nadhrah pegang tadi digenggamnya kuat. Tangannya terasa ringan sahaja hendak membaling fail itu ke muka lelaki yang sedang berdiri di hadapannya itu.
*******
Puan Aisyah meletakkan baju kurung yang baru sahaja dia siap jahit tadi ke atas sofa. Dilihatnya beberapa potongan kain yang masih lagi belum dia sentuh. Dia menundingkan jarinya ke arah kain-kain lalu mula mengira. Hmm, ada lagi enam pasang nak dijahit. Dia menganggukkan kepalanya lalu berehat sebentar.
KRING! KRING!
Puan Aisyah menoleh ke arah telefon bimbit yang dia letakkan di atas meja. Dia mengangkat punggungnya lalu berjalan ke arah meja itu. Telefon bimbit Nokia itu diraihnya lalu disuakan ke telinga. 
“Hello, assalamualaikum..”
“Wa’alaikumussalam. Kak Syah sibuk ke?” Pemanggil di hujung talian sebelah sana menanya sebaik sahaja mendengar suara Puan Aisyah tadi.
Puan Aisyah tersenyum kemudian menggelengkan kepalanya perlahan. “Tak adalah. Aku baru je berhenti rehat sekejap. Tadi menjahit baju kurung yang orang tempah ni. Yang kau telefon aku ni kenapa Sari?” Dia menekan butang merah pada alat kawalan jauh untuk menutup televisyen yng tadinya terpasang.
“Ni haa kak. Saja Sari nak bagi tahu. Petang tadi, Sari terserempak dengan Kak Ani dekat pekan. Alah, sempatlah Sari sembang-sembang kosong dengan dia sikit. Katanya kak, si Leman tu dah mula membeli barang-barang untuk hantaran Nadhrah nanti!” Dia menyampaikan maklumat itu kepada Puan Aisyah.
Puan Aisyah kaget. Hai, aku tak bagi pengesahan apa pun lagi. Dia dah mula beli barang untuk hantaran? Biar betul budak Leman ni! “Isy, kau biar betul ni Sari? Akak tak cakap apa pun lagi dekat Nadhrah tau! Buatnya nanti Nadhrah tu tak berkenan macam mana?” Wanita berusia pertengahan 50-an itu sudah mulai bimbang. Takut juga kalau-kalau Nadhrah menolak lamaran anak teruna seorang itu.
Makcik Sari menganggukkan kepalanya. “Itulah kak! Pasal itu akak kena yakinkan Nadhrah supaya terima je lamaran si Leman tu. Alah kak, Nadhrah tu pun bukannya muda lagi. Sampai bila dia nak hidup bujang macam tu?”
Puan Aisyah setuju dengan kata-kata kawannya itu. Sebelum dia meninggal dunia, dia juga ingin melihat anak tunggalnya yang seorang itu naik pelamin. Dia sudah lama teringin menimang cucu sulungnya hasil perkahwinan Nadhrah nanti. Puan Aisyah seringkali kecewa setiap kali Nadhrah menolak cadangannya yang satu itu. “Tak apalah, Sari. Hujung minggu ni Nadhrah balik kampung. Nanti akak bincang dengan dia. Kalau ada apa-apa, akak terus telefon kamu. Assalamualaikum..”
“Wa’alaikumussalam..”
Puan Aisyah memutuskan panggilan itu. Baju kurung yang harus dia jahit tadi ditinggalkannya sebentar. Otaknya sedang ligat memikir cara untuk meyakinkan Nadhrah supaya mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat ini. Aku nak pura-pura sakit jantung ke baru budak tu setuju nak kahwin? Isy, nauzubillah. Kalau jadi betul-betul nanti..
Puan Aisyah mengusap-usap dagunya perlahan. “Tak apa, Nad. Mak akan pastikan kamu kahwin juga sebelum umur kamu masuk tiga puluh. Itu janji mak.” Wanita itu mula membuat rancangan.
*******
Nadhrah mencampakkan kasut tumit tinggi tiga incinya yang berwarna merah itu ke atas lantai stesyen LRT. Selamba sahaja dia berjalan di situ tanpa memakai kasut. Kakinya kini hanya berlapikkan stoking nipis berwarna kulit. Nadhrah melabuhkan punggungnya di atas kerusi sambil melipatkan tangannya ke dada. Gadis itu mendengus kasar.
“Dia ingat dia siapa nak cakap macam tu dengan aku?! Ahhhhhh!”
Dia menjerit sekuat hatihya untuk melepaskan rasa amarahnya. Orang di sekelilingnya tidak diendahkan. Setiap kali wajah Raffi muncul di fikirannya, Nadhrah jadi bengang. Hatinya terasa panas sekali. Dia tidak sangka yang ada juga orang yang berani berlawan cakap dengannya. Tambahan pula, orang itu lebih muda daripadanya. Nadhrah terasa maruahnya tercalar.
“Kau belum kenal aku siapa, Raffi. Aku akan pastikan kau minta maaf dengan aku esok.” Dia bangun daripada duduknya saat melihat kelibat LRT memasuki landasan stesyen itu. Nadhrah mengutip kasut tumit tinggi yang dia tersadai di atas lantai tadi lalu melangkah masuk ke dalam ruang LRT dengan langkah yang berhati-hati. Kakinya masih lagi terasa sakit akibat terseliuh awal pagi tadi.
Setelah mendapat tempat duduknya, Nadhrah cuba memejamkan mata. Perjalanannya ke Gombak mengambil masa 45 minit jadi sempatlah dia lena untuk seminit dua. Pendingin hawa di dalam LRT itu banyak membantu untuk meredakan kemarahannya. Nadhrah cuba bertenang.
Sekali lagi wajah Raffi berlaga-laga di mindanya. “Ahhhhhhh!” Tanpa Nadhrah sedari, dia kembali menjerit seperti tadi. Semua penumpang di gerabak itu pelik melihatnya. Banyak mata yang sedang memerhati kelakuannya yang dianggap mengganggu ketenteraman awam. Nadhrah jadi malu lalu dengan pantas dia menundukkan kepaanya beberapa kali. “Sorry.. sorry..”
Nadhrah menghembus nafasnya perlahan. Dia menarik keluar telefon bimbit yang dia simpan di dalam beg kerjanya lalu mendail nombor telefon Aiman. Lama dia menunggu sebelum lelaki itu mengangkat panggilannya. “Hello, Man. Eh, kenapa kau lambat sangat angkat telefon ni? Lama tau aku tunggu!” Dia memarahi Aiman sebaik sahaja lelaki itu menjawab panggilannya.
Dahi Aiman berkerut. “Aku tengah mandilah tadi! Hah, kau ni kenapa telefon aku? Dah tak ada kerja lain?” Dia melayangkan tubuhnya ke atas katil sambil mengelap rambutnya yang masih lagi basah.
Nadhrah meraup wajahnya beberapa kali. “Aku.. Eei.. Eh, kau tau tak aku bengang gila dengan peguam baru dekat pejabat kita tu? Eh, dia ingat dia tu siapa? Berani dia lawan cakap aku tadi! Kerja tak sampai sehari dah berani nak tunjuk belagak! Eh, dia ingat dia tu bagus sangat ke?!” Nadhrah meluahkan perasaan tidak puas hatinya kepada Aiman. Kalau boleh dia campak fail yang sedang dia pegang itu, sudah lama dia campak!
Aiman tertawa kecil. “Memang dia bagus pun. Eh, dia tu top student dekat universiti dia tau! Aku pun tak faham kenapa dia nak jadi peguam bela dekat pejabat kita. Gaji sikit je. Sedangkan kelayakan dia tu boleh jadikan dia peguam berbayar mahal tau!” Lelaki itu memberitahu maklumat peribadi Raffi yang tidak Nadhrah ketahui.
Nadhrah mencebik. Kisah pula aku dia top student ke tidak. “Lantak dialah nak belajar dekat mana pun. Kalau dah balik Malaysia ni kena buat cara Malaysia. Siap dia esok aku kerjakan.” Nadhrah sudah mula mencari akal.
Risau pula Aiman mendengar kata-kata gadis itu tadi. “Eei, Nad.. Sudah-sudahlah tu! Kau ni perangai macam budak-budak tau tak? Dia kan baru je kerja dekat situ? Give him a break!” Dia menasihati Nadhrah sebelum gadis itu mula melakukan perkara yang bukan-bukan.
Nadhrah sekadar tersenyum sinis. “Tak apalah, Man. Aku jumpa kau dekat pejabat esok.” Dia memutuskan panggilan itu lalu meletakkan semula telefon bimbit itu ke dalam beg kerjanya.
*******
Raffi menghenyakkan kepalanya ke atas bantal sebaik sahaja selesai menunaikan solat fardu Isyak. Fail-fail yang dia bawa balik tadi masih lagi tidak bersentuh dan dibiarkan sahaja tersadai di atas meja. Raffi mengeluh perlahan. Serta-merta fikirannya jauh melayang memikirkan kelakuan Nadhrah di pejabat petang tadi. Dia tidak menyangka yang beban menjadi seorang peguam bela awam ini amat berat tetapi Raffi cuba berfikiran positif. Dia memilih untuk berkhidmat kepada masyarakat yang lebih memerlukan. Dia memilih untuk membela nasib mereka yang tidak berkemampuan dan tidak bernasib baik.
Gadis itu bangun daripada duduknya sambil mengesat matanya yang basah itu. Dia tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dia dengar. “Akak ni sepatutnya bela saya! Bukannya paksa saya untuk mengaku bersalah! Berapa kali saya nak cakap? Saya tak bersalah! Saya tak tolak dia jatuh dari tingkat tiga! Saya tak buat!”
Nadhrah sudah hampir hilang sabar. “Dengar sini! Awak datang sini sebab awak tak mampu untuk bayar peguam bela awak sendiri. Awak ingat saya ada masa ke nak layan defendan macam awak ni? So, either you do it according to my way or you’re going to stay in jail for ten years. Decide wisely!” Dia mencampakkan fail yang mengandungi maklumat kepada kes gadis itu ke atas meja.
Raffi kembali terduduk di atas katilnya. Wajah Nadhrah kembali menerjah fikirannya membuatkan dia jadi tidak senang. Dia tidak tahu kenapa Nadhrah bersikap sedemikian. Sebagai seorang peguam, kita harus percayakan klien tidak kira dia bersalah ataupun tidak. Dia bukannya pendakwa sampai nak terjah orang macam tu. Dia tu peguam bela! Jika benar Nadhrah ingin membuktikan yang pelajar perempuan di pejabat tadi betul-betul bersalah, Nadhrah harus kemukakan bukti yang kukuh. Bukannya menuduh sembarangan! Raffi tetap dengan pendiriannya.

Comments

The Khayalan said…
Huu best. Habis lah Raffi. Confirm perang dunia ke 3 nanti xD Btw, novel ni pun Shazee nak publ kan juga ke?
Shera Jung said…
@thekhayalan: Insyallah. Skrg dlm proses utk siapkan manuskrip MC. Tp, masih lg x dpt tawaran. MC pun masih awal lagi. Insyallah, kalau diberi kesempatan. Shazee grab je. Hahaha.
The Khayalan said…
Ohh. Good luck sis! Serious suka dengan all of your novel. Btw, SPM result dah nak keluar. Doakan untuk kita hee xD
Shera Jung said…
@thekhayalan: Insyallah. Shazee doakan awak dpt keputusan yg cemerlang. Amin! :)