Mahkamah Cinta 3




BAB 3
Linda mengambil nafasnya sedalam mungkin sebelum membuka mulut. “Sa.. saya baru keluar dari kelas. Lepas itu saya terus pergi ke kafeteria sebab nak be.. beli air. Saya terus balik lepas beli air.”
Nadhrah mengecilkan matanya. “Awak pasti yang awak terus balik ke rumah masa tu?” Dia menutup failnya. Fokusnya masih lagi kepada gadis itu. Matanya seolah-olah tidak berkedip langsung.
Linda menelan liurnya. Peguam ni nak bunuh aku ke apa dengan mata dia tu? “Of co.. course I’m su.. sure!” Dia membetulkan rambut hadapannya yang sudah jatuh sedikit kembali ke belakang telinganya.
Nadhrah memuncungkan bibirnya sedikit. Matanya yang bulat itu dikecilkan. “Hmm, kalau macam tu rasanya kawan awak, Razlan, tersilap bagi maklumatlah dekat saya?” Nadhrah sengaja mengukir satu senyuman untuk menakutkan gadis itu.
Linda terkejut. Aku rasa tak ada sesiapa perasaan aku datang ke kolej petang itu. “Ra.. Razlan? Siapa Razlan? Saya ta.. tak kenal dia!” Gadis itu menjawab dalam keadaan kelam-kabut. Ditolehnya ke kiri dan kanan untuk melihat ketua hakim dan juga kelibat pendakwa.
Nadhrah menoleh semula ke arah hakim. “Yang Arif, pada sekitar jam tiga petang, tepat satu jam selepas kejadian itu berlaku, Razlan iaitu kawan sekolej saksi telah melihat kelibatnya setelah semua kelas telah berakhir. Kerana curiga dengan saksi yang datang ke kolej pada petang itu, Razlan membuat keputusan untuk mengikutnya.”
Linda sudah mulai ketakutan. Dia hanya mendiamkan dirinya.
Nadhrah menyambung lagi. Ruang bilik itu kedengaran sunyi sekali. Hanya dia sahaja yang berbicara. “Razlan telah menghubungi saya dua hari selepas itu dan saya bertindak kembali ke kolej awak untuk membuat siasatan saya sendiri. Di tempat kejadian iaitu kelas awak cik Linda, saya jumpa ini.” Dia berjalan ke arah mejanya dan mengangkat satu beg lutsinar berisi benda kecil berwarna hijau.
Linda mengecilkan matanya untuk melihat benda yang berada di dalam beg lutsinar itu. Pendrive Ann! Damn, macam mana boleh ada dekat dia?!
“I believe you took this from the victim before you hit her to almost death. Miss.. Linda. Am I right?” Sekali lagi Nadhrah mengukir satu senyuman yang cukup sinis. Nadhrah memang pakar dalam membuatkan ramai orang jadi gila. Sebab itulah dia sering berjaya dalam subjek Psikologi sewaktu di universiti dahulu.
Air liur yang ditelannya terasa pahit sekali. Linda bengang. Otaknya ligat memikirkan alasan lain yang boleh dia kemukakan untuk melarikan diri daripada terjerat dalam keadaan itu. “Sa.. saya tak pernah na.. nampak pendrive tu dan sa.. saya tak tahu pendrive tu mi.. milik siapa.” Dia cuba menjadi setenang mungkin.
Nadhrah tidak mengendahkan kata-kata gadis itu tadi. Dia berpaling semula ke arah hakim. “Yang Arif, di dalam pendrive ini terkandung lebih kurang tiga belas gambar saksi bersama dengan seorang lelaki di Hotel Park Suite. Setelah melakukan siasatan, saksi sebenarnya telah lama menjalin hubungan dengan seorang lelaki yang umurnya lebih kurang 35 tahun. Setelah mendapat tahu bahawa saksi berlaku curang di belakangnya, defendan bertindak memutuskan hubungan mereka.”
Nadhrah menoleh ke arah Linda yang masih lagi diam seribu batu. “Akibat tidak puas hati, saksi telah bertemu dengan mangsa yang telah mengambil gambarnya bersama dengan lelaki itu. Saksi bertindak memukul mangsa dengan sebatang kayu besbol sehingga mangsa tidak sedarkan diri dan didapati koma. Saksi juga telah mencuri telefon bimbit defendan sewaktu pelajar-pelajar lain sedang sibuk berkumpul di dalam kelas sewaktu menjumpai mangsa yang sudah tidak sedarkan diri.”
Pendakwa lelaki di meja sebelah bingkas bangun daripada duduknya. Sekali lagi dia melayangkan tangannya ke udara. “Bantahan, Yang Arif! Telefon bimbit tertuduh sudah pun berada di dalam kelas sewaktu pihak polis menjalankan siasatan dan terbukti yang telefon bimbit tertuduh memang ada di situ sehingga jam lima petang!”
Nadhrah berpaling ke arah hakim yang baru sahaja hendak membuka mulut. “Sebab itulah saya nak terangkan kenapa saksi kembali ke kolej pada jam tiga petang.” Dia tersenyum ke arah hakim kemudian kepada pendakwa lelaki itu pula.
Hakim mengangguk perlahan. “Bantahan ditolak. Peguam bela dibenarkan untuk sambung..”
Nadhrah berdehem perlahan. “Saksi kembali semula ke kolej sejam selepas kejadian itu untuk meletakkan telefon bimbit defendan supaya dapat dijumpai sebagai bahan bukti dan defendan dapat dipersalahkan. Tetapi, saksi tidak perasan yang pendrive yang dia rampas daripada mangsa sebelum itu terjatuh di suatu sudut di dalam bilik itu. Lebih tepat, di dalam almari. Tempat saksi bersembunyi sewaktu pelajar-pelajar lain sedang sibuk berkumpul di dalam kelas.”
Hakim dan pendakwa lelaki itu tergamam saat mendengar kata-kata Nadhrah. Sembunyi dalam almari waktu pelajar-pelajar lain tengah sibuk tengok mangsa yang dah tak sedarkan diri dalam kelas? Kedua-duanya tidak percaya.
Linda sudah tidak keruan. Kalau boleh dia mahu terus berlari pergi dari tempat itu. Kau masuk perangkap buaya, Lin. Dia memberitahu dirinya sendiri.
“Yang Arif, saksi memberitahu yang dia ke kafeteria untuk membeli minuman sejurus sahaja kelas tamat tetapi setelah mendapatkan maklumat daripada setiap pengusaha di kafeteria, mereka memberitahu yang saksi tidak ada ke kafeteria pada petang itu. Teman sebiliknya juga ada memberitahu saya yang saksi pulang sewaktu jam sudah hampir pukul lima petang. Sebenarnya, saksi sedang bersembunyi di dalam almari kelas sewaktu pelajar lain sedang sibuk melihat mangsa yang sudah tidak sedarkan diri.”
Nadhrah berdehem perlahan sebelum menyambung semula. “Saksi juga telah mencuri telefon bimbit tertuduh untuk diletakkan di dalam kelas supaya defendan dapat dipersalahkan atas kejadian itu. Sebaik sahaja semua pelajar beredar, saksi telah meletakkan telefon bimbit defendan di suatu sudut di dalam kelas itu dan beredar. Waktu itu sudah hampir jam tiga petang dan Razlanlah yang melihat kelibat saksi keluar dari kelas yang sudah lama kosong. Tertuduh tidak bersalah kerana semua ini adalah perbuatan saksi yang bermotifkan dendam!”
Nadhrah menundingkan jarinya ke arah Linda yang sudah lama termangu. Gadis itu menggenggam tangannya sekuat hati. Dia melihat Linda yang masih lagi tidak bergerak. Nadhrah mengukir senyuman kemudian berjalan ke arah mejanya semula.
BUKKKK!
Nadhrah terjelepok ke atas lantai saat Linda menerkamnya dari belakang. Entah bila gadis itu melompat keluar dari kandang saksi juga dia tidak tahu. Nadhrah terasa rambutnya ditarik oleh gadis itu dan lehernya pula dicekik oleh sebelah lagi tangan Linda. Nafas Nadhrah sudah tersekat.
“Tak guna punya perempuan! Tak guna!”
Nadhrah terasa tangan gadis itu semakin lama semakin kuat mencengkam lehernya. “Uggh.. ugghh..” Dia terbatuk-batuk sambil cuba mencari nafas. Beberapa saat kemudian, Nadhrah terlihat tubuh Linda ditarik oleh dua orang pegawai polis yang bertugas. Untuk seketika, Nadhrah terasa lega. Dia mengusap-usap lehernya yang masih lagi terasa pedih.
“Tolong bawa saksi keluar sebelum dia mencederakan orang lain! Tertuduh terbukti tidak bersalah dan akan dilepaskan serta-merta. Perbicaraan akan disambung semula esok jam sembilan pagi. Semua boleh bersurai.” Dengan pantas, hakim mengetuk papan kayunya. Dia bangun daripada duduknya lalu beredar keluar.
Nadhrah bangun semula sambil membetulkan belakangnya kemudian tersenyum. Sekali lagi dia melibaskan rambutnya yang sepanjang paras bahu itu ke belakang. “Yes!” Setelah melihat orang ramai sudah beransur pergi, dia mengangkat tangannya ke udara lalu menari seperti anak kecil di dalam bilik perbicaraan itu.
*******
BIPPP!
Setelah memasukkan kata kunci yang betul, pintu apartmennya terbuka. Raffi melangkah masuk ke dalam apartmennya itu bersama dengan beg yang digalas di bahu juga bagasi hitam yang ditarik di tangan. Dia tersenyum.
“Assalamualaikum..”
Dia memberi salam sebelum menutup semula pintu apartmennya itu. Raffi mengatur langkahnya ke arah sofa dan terus melayangkan tubuhnya ke atas sofa empuk di ruang tamu apartmennya itu. Ya Allah, penatnya! Dia meregangkan tangannya sejauh mungkin kemudian diletakkan semula ke sisi.
Sudah hampir dua tahun Raffi tidak pulang ke Malaysia. Dia rindukan negara kelahirannya itu. Walaupun dia sudah tidak mempunyai kedua-dua ibu dan bapanya, Raffi masih lagi mahu tinggal di Malaysia dan berkhidmat di negara sendiri. Dia teringat akan kata-kata ayahnya sewaktu dia kecil dahulu.
“Raffi anak ayah..” Zaki meraih wajah halus anak lelakinya yang seorang itu. Dia mengukir satu senyuman. Cepat benar masa berlalu. Dia terasa seolah-olah baru semalam Raffi dilahirkan. Kini, anak lelakinya itu sudah pun berumur tujuh tahun.
Raffi mengangguk perlahan. “Ye, ayah?”
Zaki mengusap ubun-ubun anaknya dengan penuh kasih. “Grow up to be a good person that can change the world into a better place. Be a lawyer. Always remember to service above self. Make ayah and mak proud okay?” Dia menasihati anaknya. Entah kenapa hari itu dia rasa tidak sedap hati.
Raffi yang naif sekadar tersenyum. Kepalanya dianggukkan laju. “I promise!” Dia pegang tangan ayahnya yang kembali mengusap pipinya yang halus itu. Raffi akan menunaikan hasrat ayahnya. Dia akan menjadi seorang peguam suatu hari nanti. Raffi nekad.
Mata lelaki itu terbuka semula. Pipinya disentuh perlahan kemudian dia tersenyum. Dia bangun daripada baringnya kemudian duduk bersila di atas sofa. Telefon bimbitnya ditarik keluar dari poket seluar jeans. Dia menghantar satu khidmat pesanan ringkas kepada pakciknya.
Raffi baru sampai Malaysia. Kirim salam dekat Mak Ngah.
Walaupun pakciknya tidak selalu menjenguknya di apartmen, Raffi langsung tidak ambil hati. Dia tahu yang pakciknya tidak mahu menjaganya sejak dari dulu lagi. Kalau bukan kerana wang yang dia berikan kepada lelaki itu tiap-tiap bulan, sudah tentu hubungan antara mereka terputus begitu sahaja. Ringkasnya, Raffi tidak punya sesiapa.
Telefon bimbit diletakkan ke atas meja kemudian dia baring semula di atas sofa. Matanya dipejamkan perlahan-lahan cuba untuk pergi ke alam lena. Raffi benar-benar letih. Esok dia sudah mula bekerja di firma guamannya. Dia teringat akan kata-kata teman sebiliknya sewaktu dia di Australia dahulu sebelum dia pulang ke Malaysia.
Wong mengangguk. “You don’t have to worry about anything Fi! You are a top student. Top scorer almost in every exams! I am sure you will be fine there in Malaysia.”
Raffi sekadar tersenyum.
KRING! KRING!
Raffi menoleh ke sebelah lalu melihat telefon bimbitnya yang sedang menjerit. Dengan malas, dia menarik semula telefon bimbit itu lalu panggilan itu diangkat. Dia meletakkan telefon bimbit itu di antara bahu dan telinganya lalu kembali memejamkan mata. “Hello?” Dia menjawab panggilan itu dengan malas.
“Ahmad Raffi bin Zaki! Ahhh! Kenapa balik tak bagi tahu aku?!”
Raffi terpaksa membawa telefon bimbit itu jauh sedikit dari telinganya. Hampir pecah gegendang telinga lelaki itu saat mendengar suara pemanggil di sebelah sana. Dia melihat semula ke arah skrin kemudian tergelak kecil.
“Ya Allah, Ain. Kut ye pun tak payahlah jerit macam tu sekali.” Raffi tersenyum kemudian duduk bersila di atas sofa. Matanya yang masih mengantuk digosok-gosoknya perlahan. Dia tidak sangka yang gadis itu masih lagi ingat akan dirinya.
“Kenapa tak bagi tahu aku yang kau nak balik Malaysia dah? Kalau tak aku boleh je tunggu kau dekat airport.” Ain memuncungkan bibirnya walaupun lelaki itu tidak nampak. Jalan raya pada petang itu sesak membuatkan keretanya tersangkut di tengah-tengah bandar.
Raffi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Tak apa. Aku dah sampai rumah pun.” Dia memberitahu kemudian bangun daripada duduknya. Perutnya yang sudah berkeroncong diusapnya perlahan. Raffi mengatur langkahnya kemudian berjalan ke arah dapur.
Ain menghela nafasnya kasar. “Kau memang macam ni kan? Suka buat kerja sendiri! Ni dah makan belum? Kalau belum aku boleh datang rumah kau dan tolong masakkan untuk kau.” Dia memberi cadangan dan sudah bersedia untuk membelok ke kiri jika lelaki itu bersetuju.
Raffi membuka pintu peti aisnya lalu meneliti ruang peti ais itu yang kosong. Kau ni bodoh ke, Fi? Dah dua tahun kau tak balik Malaysia. And you expect your fridge contains food? Dia tergelak sendiri. 
“Ain, kita keluar makan malam ni. Aku belanja.” Dia mempelawa gadis itu.
Ain tersenyum lebar kemudian mengangkat tangannya ke atas. Yes! “Hmm, tak ada makanan dekat rumahlah tu?” Dia mengusik Raffi yang sudah tersengih malu di hujung taliannya sebelah sana.
Raffi sekadar mengangguk. “I’ve been away for so long. What do you expect?” Dia tergelak kecil kemudian menutup semula pintu peti ais itu. Dia melangkah semula ke arah ruang tamu.
Ain membelokkan keretanya ke kanan saat lampu trafik bertukar ke warna hijau. “Okeylah. Kalau macam tu kita jumpa malam ni. Dekat tempat biasa tau!” Dia memberitahu dengan suara yang agak manja.
Raffi mengangguk. “Hmm, tempat biasa. Oh, jangan lupa ajak Naufal!” Sempat lagi dia mengingatkan Ain sebelum gadis itu memutuskan panggilan secara tiba-tiba. Raffi menggelengkan kepalanya perlahan kemudian meletakkan semula telefon bimbitnya ke atas meja.
BRRRPPP!
Raffi pegang perutnya. “Laparnya!”

Comments

Anonymous said…
best....sambung lagi
Anonymous said…
best...sambung lagi
Anonymous said…
best sambung lagi....
Anonymous said…
cik shazee, best mmg best tp tak logik. Saya sarankan cik shazee buat research dulu tentang bagaimana sesuatu perbicaraan jenayah itu dijalankan.

Untuk makluman cik shazee juga, tidak ada hukuman 5 tahun tanpa ikat jamin. Pelik sgt bunyi tu. Ikat jamin hanya akan diberikan apabila seseorang saspek telah dituduh di mahkamah dengan kes yang boleh dijamin. sebagai contoh, dalam kes ini saya kira OKT dituduh utk kes mencederakan. Jadi boleh dijamin.

Seterusnya, prosedur di mahkamah bukan semudah dan seringkas itu. hakim tidak akan terus membuat keputusan selepas mendengar hujahan dari peguambela. Hakim akan membuat keputusan setelah mendengar keterangan dari kedua-dua pihak. Kes masih belum habis lagi, jadi bagaimana hakim boleh buat keputusan?

Cik shazee, sekiranya novel ini ditawarkan untuk dibukukan, saya harap sgt cik shazee buat research btl2 tentang prosedur. Kita nak cerita atau novel yg bukan sahaja menarik tetapi jugak dpt memberikan pengetahuan kepada pembaca.

Apa2 pun best of luck!
Shera Jung said…
@Anonymous: To be honest, nothing is logic when it comes from me, really. Hahaha. And again, thank you for telling me all these. Sedikit sebanyak mengajar Shazee yang we are not supposed to play with law. Okay, got that. Thank you for telling me all those terms used in court. I got that clear, for now. And regarding the procedure in court, you must know that I'm not a lawyer. Hahaha. Shazee bukan pro. I can't be possibly elaborating every single details since I'm not fond of it. So, semua kes dalam Mahkamah Cinta hanya akan menampakkan Nadhrah handle kes sebagai seorang peguam in her own perspective. That is all. Yes, the case was meant to show Nadhrah's character as a lawyer. Anyway, thank you for everything miss-I-bet-you-are-a-lawyer! Hahaha. Shazee akan tingkatkan lagi mutu penulisan agar dapat menghasilkan karya yang baik dan berkualiti untuk tatapan umum. That's my goal, really. Terima kasih sekali lagi! Have a nice day!