Mahkamah Cinta 2


BAB 2
Nadhrah melabuhkan punggungnya di atas kerusi lalu fail-fail yang dipegangnya tadi diletakkan ke atas meja. Dia mengeluh panjang memikirkan perbualannya bersama dengan Puan Aisyah sebentar tadi. Kenapalah mak ni nak aku kahwin cepat-cepat? Aku bukannya nak lari ke mana pun! Dia menghantukkan kepalanya ke atas meja dengan lembut.
Aiman yang melihat dari jauh tergelak kecil. “Hai, cik Nadhrah kita ni awal-awal pagi lagi dah mengeluh panjang nampak? Takkan nervous nak masuk court kut? Kau kan dah selalu menang.” Lelaki itu mengusik.
Valerie yang sedang meneliti dokumennya juga turut tersenyum.
“Wahai Encik Aiman yang budiman. Kalau tak nak kena tumbuk dengan aku, jaga sikit mulut tu. Aku nak nervous?” Nadhrah mengangkat semula wajahnya ke atas lalu membetulkan rambut hadapannya yang sudah menutupi mata dengan penuh gaya. Pen hitam yang kemas berdiri di dalam balang ditariknya perlahan.
“Pigidah..” Aiman menyambung semula pekerjaannya.
Valerie bangun daripada duduknya lalu berjalan ke arah papan putih yang terletak di suatu sudut di bilik itu. Dia menulis sesuatu di dalam buku notanya sambil matanya laju meneliti maklumat yang tertera di papan putih tersebut.
“Nadhrah, awak ada hearing pukul sepuluh pagi nanti. Jangan lupa ye?” Gadis yang berumur sebaya Nadhrah itu mengingatkan. Dia kembali berjalan ke arah ruang kerjanya. Pekerjaan yang dilakukannya tadi disambung semula.
Nadhrah hanya mengangguk lemah. Fikirannya leka memikirkan kata-kata Puan Aisyah sebentar tadi.
“Nad tak malu ke bila orang-orang kampung panggil Nad ni anak dara tua?” Puan Aisyah cuba memancing. Dia benar-benar ingin melihat anaknya itu naik pelamin sebelum dia meninggalkan dunia ini.
Nadhrah kembali meletakkan kepalanya ke atas meja. “Kenapalah mak buat Nad macam ni..” Dia bermonolog sendirian. Nadhrah tidak mahu mengecewakan harapan ibunya tetapi pada masa yang sama dia juga tidak mahu berkahwin!
Nadhrah masih lagi teringat saat ibu dan ayahnya bercerai dahulu. Kejadian itulah yang membuatkan Nadhrah benci dengan lelaki! Nadhrah tidak percaya dengan cinta. Cinta apa kalau sampai dah baling-baling pinggan lepas tu bercerai? Nadhrah mengingatkan dirinya sendiri.
Ayahnya juga pernah menampar ibunya sewaktu ibunya mendapat tahu yang ayahnya mempunyai hubungan dengan wanita lain. Puan Aisyah masih lagi mahu memaafkan suaminya tetapi lelaki itu bertindak menceraikannya tanpa sebab. Nadhrah bengang. Memikirkan perkara itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan darahnya meluap-luap. Selepas kejadian itu, ayahnya juga tidak memberi sebarang nafkah kepada dia dan ibunya. Nadhrah dan Puan Aisyah hidup susah kerana lelaki itu.
Sebab itulah Nadhrah mengambil keputusan untuk belajar bersungguh-sungguh dan menjadi seorang peguam. Dia ingin menyelamatkan semua wanita daripada terjebak dengan lelaki sebegitu. Dia juga ingin membanggakan Puan Aisyah dengan pencapaiannya. Itu yang paling penting.
“Nad, aku nak tanya sikit.” Suara milik Aiman mula memecah kesunyian. Lelaki yang sedang duduk di atas kerusi kerja yang beroda itu mula menoleh ke arah Nadhrah yang sedang mengelamun.
Nadhrah senyap.
Aiman tergelak kecil. Haa, itu je lah kerja dia. Mengelamun! Aku tak faham betullah macam mana minah blur ni boleh jadi terror dalam court? “Hello? Nad? Earth to Nad? Earth to Nad, roger!” Aiman mengusik saat melihat Nadhrah mengangkat wajahnya semula lalu memandang tepat ke dalam sepasang anak mata milik lelaki itu.
“Apa kau nak?”
Nadhrah buat muka toyanya. Dia baling pen hitam yang dipegangnya tadi ke atas meja. Nadhrah tahu yang Aiman itu seorang lelaki yang baik. Dia juga sering keluar makan dengan lelaki itu kerana Aimanlah rakan sepejabat yang paling rapat dengannya. Tetapi, Nadhrah tidak dapat menafikan yang ada masa Aiman membuatkan dia hilang sabar.
“Eei, aku cukup tak fahamlah dengan kau ni. Kerja kau dalam pejabat ni mengelamun je. Tapi, macam mana kau boleh asyik menang dalam court eh?” Lelaki itu menanya sambil jarinya mengusap-usap dagunya yang kasar itu. Aiman benar-benar curiga.
Nadhrah tersenyum bangga. “Sebab aku ni jenis tak banyak bercakap macam kau!” Terburai gelak tawa Nadhrah dan Valerie saat melihat Aiman yang sedang menahan malu di meja kerjanya. Kadang-kadang best juga menyakat si Aiman ni! Nadhrah tersenyum.
“Sudahlah kau!” Aiman kembali meletakkan failnya ke atas meja. Dia tidak jadi hendak menanya Nadhrah tentang perkara yang dia musykilkan tadi. Tak guna! Dia kenakan aku pula!
Nadhrah cuba menahan gelak. “Hmm.. Apa yang kau nak tanya aku tadi?” Dia berjalan ke arah meja kerja Aiman lalu membongkokkan sedikit badannya untuk melihat kertas yang sedang dipegang oleh Aiman itu.
Aiman cuba menutup kertas yang sedang dia pegang tadi daripada dilihat oleh Nadhrah. Perangainya itu persis seperti anak kecil. “Tak payah. Aku boleh fikir sendiri.” Dia simpan semula kertasnya ke dalam fail. Aiman memuncungkan bibirnya tanda protes.
Nadhrah mengukir satu senyuman manis. Nak merajuk dengan aku lah tu! Ah, tak ada maknanya aku kena belanja dia makan lepas ni. “Cepatlah.. Aku nak tolong ni..” Dia menarik semula fail yang dipegang oleh Aiman tadi dengan lembut kemudian meneliti bahan-bahan yang terkandung di dalam kes itu.
Aiman tergamam untuk seketika. Dia suka melihat sisi Nadhrah yang lembut itu. Lama dia menatap wajah Nadhrah sebelum kembali ke realiti. Uisy, Man! Bahaya kau ni! Jatuh saham kau kalau Nadhrah tahu!
Dia berdehem perlahan. “Ni, aku nak tanya. Kalau kes antara saudara walaupun dia tu saudara jauh, boleh ke kita minta saudara tu gugurkan tuduhan sebabkan pertalian darah yang diaorang ada?”
Nadhrah mengangguk laju lalu menerangkan segala maklumat yang boleh digunakan untuk memujuk saudara jauh itu untuk menggugurkan tuduhan tersebut kepada Aiman yang sedang memasang telinga. Walaupun Aiman dua tahun lebih tua daripadanya, namun pengalaman bekerja mereka berdua tidak banyak beza. Itu yang membuatkan dia selesa dengan Aiman.
*******
Buku-buku yang tersusun kemas di dalam rak ditariknya satu persatu. Raffi berjalan ke arah kotak-kotak kosong yang dia letakkan di atas katil bujangnya sebentar tadi. Buku-buku yang dia pegang tadi diletakkan ke dalam kotak kosong itu. Raffi tersenyum. Akhirnya! Lepas dua tahun aku dekat sini! Dipandangnya bucu tiket kapal terbang yang dia selitkan di dalam diari.
Semenjak menjejakkan kaki ke Australia untuk menyambung ijazah kedoktorannya dua tahun lalu, Raffi jarang pulang ke Malaysia. Dia ingin menghabiskan pembelajarannya tanpa sebarang gangguan. Lagi pun, dia sudah tidak mempunyai ibu dan bapa. Raffi dijaga oleh pakciknya sejak dari kecil lagi. Pakciknya pula jenis yang tidak peduli akan dirinya. Apa yang Raffi lakukan semuanya tidak menjadi perkara penting. Bagi lelaki itu Raffi hanyalah satu lagi beban yang perlu dia tanggung.
Selama ini, Raffi hanya hidup dengan tinggalan harta ibu dan ayahnya. Raffi bersyukur kerana masih mempunyai sumber pendapatan walaupun bergelar anak yatim piatu. Sebelum ibu dan ayahnya meninggal dunia, mereka berdua sempat mewasiatkan segala harta sepencarian mereka kepada Raffi yang merupakan satu-satunya anak mereka.
Raffi terdiam. Orang rindu sangat dengan mak dan ayah. Dia mengeluh perlahan kemudian menyambung semula pekerjaannya. Kotak yang hampir penuh berisi buku-bukunya itu ditutup lalu diletakkan di tepi.
“Flight kau esok pukul berapa Fi?” Wong menanya sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam ruang bilik. 
Dia melayangkan tubuhnya ke atas katil empuknya. Terasa lega sendi-sendinya setelah berjalan jauh dari kelas ke asrama mereka.
Fasih lelaki Cina itu berbahasa Melayu. Raffi kagum dengannya. “Pukul 8.” Dia menjawab ringkas. 
Dipandangnya kotak-kotak yang sudah bertimbun di tepi katil bujangnya. Petang nanti dia akan ke lapangan terbang bersama-sama dengan kotak-kotak itu untuk diposkan ke Malaysia.
Wong tersenyum lebar. “Bestlah kau! Aku ada lagi setahun dekat sini! Aghhh, aku nak balik Malaysia! Aku rindu dengan masakan mummy aku!” Rungutan Wong seolah-olah tidak berpenghujung.
Raffi sekadar menggelengkan kepalanya. Diperiksanya meja belajar dan juga almari bajunya yang rata-rata sudah kosong. Dia ingin memastikan yang tidak ada satu barang pun yang tertinggal. Kalau ada yang tertinggal pun nanti aku bagi dekat Wong je. Dia menganggukkan kepalanya perlahan.
“Aku balik ni pun dapat rehat sekejap je. Nanti nak mula kerja dah.” Raffi menoleh ke arah Wong yang sudah lama mendiamkan diri. Dia lihat mata lelaki Cina itu yang sudah tertutup rapat. Penat sangat agaknya.
Wong menghela nafasnya perlahan. “That is awesome! Aku dah mengidam sangat nak masuk court ni!” Dia tergelak kecil lalu membuka matanya semula. Wong bersila di atas katilnya lalu menghadap Raffi.
Raffi mengeluh perlahan. “Berat tanggungjawab yang kita pegang ni Wong..” Dia mengingatkan lelaki Cina itu. 
Raffi sudah menganggap Wong sebahagian daripada keluarga dan juga hidupnya sendiri. Dia bertemu dengan lelaki itu sejak tahun pertama dia berada di situ.
Wong mengangguk. “You don’t have to worry about anything Fi! You are a top student. Top scorer almost in every exams! I am sure you will be fine there in Malaysia.”
Kata-kata Wong sebentar tadi membuatkan Raffi sekadar tersenyum. Ya, Raffi merupakan antara pelajar yang cemerlang di universitinya. Kejayaannya itulah yang telah membuatkan ramai pelajar baru menjadikan dia sebagai seorang idola. Pelajar senior turut menghormatinya dan kagum dengan kebolehan yang dia miliki. Tidak kurang juga ada yang membencinya dan menganggap dia sombong.
Raffi memang begitu. Dia jarang membuka mulutnya jika tidak ada perkara yang penting untuk dikatakan. Sikapnya yang itulah yang telah membuatkan ramai orang salah anggap dengannya. Ada yang mengatakan dia sombong dan tidak mahu bergaul dengan orang lain. Tetapi, Raffi tidak pernah ambil hati dengan tohmahan pelajar lain. Yang penting, dia tahu tujuannya ke situ untuk membawa pulang segulung ijazah.
“Study hard and come back to Malaysia. Aku tunggu kau.” Raffi berjalan ke arah Wong lalu menepuk bahu lelaki itu perlahan. Dia menarik beg sandangnya yang tersangkut di tepi kerusi lalu berjalan keluar dari ruang bilik itu.
*******
Hakim menoleh ke arah peguam bela yang sedang duduk termenung di mejanya. “Peguam bela! Sila sampaikan hujah anda.” Lelaki itu sudah lali dengan perangai Nadhrah yang selalu mengelamun sewaktu perbicaraan sedang berlangsung di dalam ruang mahkamah.
Nadhrah bangun daripada duduknya lalu membetulkan skirt panjang yang dipakainya. Dia berdehem perlahan sebelum mengangkat failnya lalu berjalan ke hadapan kandang saksi. Sempat lagi dia melibas perlahan rambutnya ke belakang. Sepasang anak mata milik gadis berumur 18 tahun yang sedang duduk di kandang saksi itu ditatapnya lama. Dia cuba mencari kepastian melalui riak wajah itu kemudian mengukir senyuman sindiran.
“Cik..” Nadhrah memulakan bicaranya lalu menjungkitkan keningnya beberapa kali ke arah gadis yang sedang cemas itu.
“Linda.” Gadis itu menjawab perlahan.
“Linda, yes. Sekali lagi saya nak ingatkan yang setiap apa yang awak bagi tahu sekarang ini akan kami ambil sebagai bahan bukti dan jikalau ada apa-apa kecelaruan yang timbul akibat kata-kata awak ini, awak akan dikenakan hukuman. Awak faham?” Nadhrah mulai mengugut. Ditelitinya wajah gadis itu yang sudah tidak senang.
“Bantahan, Yang Arif! Peguam tidak dibenarkan untuk mengugut saksi!” Pendakwa di meja sebelah mulai bengang. Dia bangun daripada duduknya sambil melayangkan tangannya ke udara.
“Ini bukan ungutan tetapi ingatan untuk saksi!” Nadhrah menjeling ke arah pendakwa lelaki itu kemudian menoleh ke arah ketua hakim.
Hakim itu menganggukkan kepalanya perlahan. “Bantahan ditolak. Peguam bela dibenarkan untuk meneruskan hujahnya.” Dia menelan liurnya kemudian mula memasang telinga.
Nadhrah tersenyum sinis. Nak lawan aku ye? “Apa hubungan awak dengan tertuduh?” Dia menanya gadis itu sambil melihat ke arah tertuduh yang sedang terdiam seribu batu. Aku akan buktikan yang dia tidak bersalah!
“Di.. dia kawan se.. sekelas saya. Kami belajar di kolej yang sama.” Dia menjawab dengan penuh berhati-hati.
Nadhrah tersenyum sinis. “Pada 24 Julai 2013 lebih kurang dalam pukul dua petang, mangsa telah dijumpai tidak sedarkan diri. Didapati ada kesan lebam pada tubuh badan mangsa. Sewaktu pelajar-pelajar lain sudah berkumpul di dalam ruang kelas, awak berada di mana cik Linda?” Dia menanya dengan penuh teliti sambil matanya tajam melihat gadis yang sedang duduk di hadapannya itu.

Comments

Anonymous said…
Nice story! Hopefully besok writer boleh post entri ke-3 lebih panjang lagi , okeh? Best.. coz e-novel ni nampak lain drpd karya sedia ada. Good job writer. =)
Anonymous said…
Best shazee!!! Cepat sambung eh. Tak sabar nak tunggu Raffi muncul! Heheheeeeee

-Cik Ubi-
Anonymous said…
Hello Shazee. Saya baru habis chapter 2 ni. Just to share my knowledge with you. Di malaysia ni, kita takde undang-undang jenayah khas seperti mana yang awak gunakan dalam chapter 2 ni. Yg ada cuma undang2 jenayah.

Melalui pembacaan, saya percaya nad ni adalah seorang peguambela, tidak ada istilah peguambela am. Seterusnya, untuk kes jenayah term DEFENDAN tidak boleh digunakan. Defendan hanya digunakan untuk kes CIVIL. Jadi term yang betul adalah OKT atau orang kena tuduh.

Untuk makluman juga, sekiranya kita belajar law di uk, kita perlu pass bar exam sebelum pergi chambering. Tapi di malaysia, bila kita dah tamatkan LLB (hons) kita boleh terus menjalankan latihan dalam kamar di mana-mana firma yang kita pilih untuk tempoh 9 bulan.

Cerita ni menarik, cuma saya mintak awak buat reserach lebih sikit pasal dunia perundangan supaya lebih logik.
Good luck writer!
Anonymous said…
sorry ye, saya tambah sikit lagi. hanya ada seorang ketua hakim di malaysia ni iaitu Tun Ariffin Zakaria buat masa ni.

Mmg ketua hakim boleh dengar kes tp dia takkan dengan kes sorang2. Lebih baik awak betulkan dan tukar kepada hakim sahaja. Itu pun tgk jugak jenis kes. :)
Shera Jung said…
@Anonymous: Thank you so much for the knowledge! Yes, I admit, there are many things lacking here and there. Shazee pun kurang arif dengan hal ni since obviously I'm not a lawyer. I'm just a cikai writer yang tak tahu apa yang dia buat sebenarnya. My research was entirely from Google and Wikipedia. Hence, there will be some confusion sana sini. Hahaha. Anyway, thank you again for the info! Barakallahu khair!