Potret Cinta Kita 1


LUKISAN PERTAMA
Pintu bilik Kayla diketuk perlahan namun gadis itu tidak mengendahkannya. Dia sibuk mencari gaun yang sesuai untuk dipakai di majlis hari jadinya.
“Boleh Ezza masuk?” Ezza menanya kakaknya setelah lama menunggu jawapan namun tiada tanda-tanda yang kakaknya itu akan memberi respons. Dia mengeluh perlahan kemudian mengukir satu senyuman. Kakinya berjalan melangkah masuk ke dalam bilik kemudian pintu bilik ditutup semula.
“Happy birthday, kakak!”
Kayla diam.
“Kakak nak pergi mana ni?” Ezza menegur kakaknya yang kelihatan sibuk.
Masih tiada jawapan.
“Ezza tanya, kakak nak pergi mana?” Dengan penuh kesabaran, gadis itu menanya lagi.
Kayla menoleh ke belakang. Dia merenung tajam anak mata adiknya itu kemudian dahinya berkerut.“Tak payah nak sibuk boleh tak? Apa kau buat dekat sini?” Kayla menyambung perkerjaannya.
“Ezza baru balik kerja la. Kan bookstore tutup pukul 10?”
“Ada aku kisah?”
Ezza terdiam. Isy, kenapa la dia ni benci sangat dekat aku? Aku dah cuba sedaya upaya nak berbaik dengan dia.
“Kakak tak suka Ezza ada dekat sini ek?”
“Dah tau kenapa nak tanya lagi?”
“Kenapa kakak tak pernah nak pandang Ezza bila Ezza cakap dengan kakak? Kita ni kan adik beradik? Yang bezanya, ayah kakak dengan ayah Ezza lain.”
“Eh, kau tak payah nak poyo sangat la dengan aku.” Dress singkat berwarna merah jambu dengan campuran ungu ditariknya keluar dari almari baju. Kayla tersenyum puas. Bagus! This is the best! Dia meneliti setiap kawasan dress itu supaya tiada cacat cela. This will look good on me.
“Ezza bukan nak...”
“Dah, dah. Aku malas nak dengar kau cakap pasal benda ni lagi. Keluar sekarang, aku nak pakai baju. Aku dah lambat ni!”
“Kakak nak keluar ke?”
“Ye la! Isy, kenapa kau banyak tanya sangat malam ni?”
“Ezza ikut ye?”
Kayla tergelak besar. “Kau? Nak ikut aku?” Kayla sambung tawanya. Habis merah padam mukanya. “Bukan apa Ezza oi... aku bukan tak nak bawa. Tapi, kau ni...” Tubuh Ezza dipandangnya dari kepala hingga ke jari kaki. Sekali lagi Kayla tergelak besar.
“Dah la tak cantik. Rambut pun... aduh, conditioner apa la yang kau pakai ni? Tak lembut langsung! And then, kau nak pakai apa? Kau nak pakai dress kampung kau tu? Ya Allah, hancur! Tu pasal aku malu nak mengaku kau adik aku! Walaupun adik tiri!” Kayla menyudahkan pernyataannya dengan kata-kata pedas.
Ezza terdiam. Entah kenapa kata-kata terakhir itu yang membuatkan dia sedih. Dia tak kisah kalau ada yang hendak menegur cara pemakaiannya, tapi...
“Buruk sangat ke Ezza ni sampai kakak tak nak mengaku Ezza ni adik kakak? Kampung sangat ke Ezza ni sampaikan kakak tak pernah anggap Ezza ni adik kakak? Ezza sayang kakak, macam kakak kandung Ezza sendiri. Walaupun Ezza ni anak tunggal Papa, Ezza tak pernah pun anggap kakak macam orang lain. Ezza layan kakak macam kakak Ezza sendiri.” Ezza melahirkan rasa tidak puas hatinya.
Ezza tahan! Kau tak boleh menangis lagi kali ni! Ezza menahan dirinya dari menumpahkan air mata. Dia tak nak nampak lemah malam ni. Dia tak nak jadi seperti malam-malam sebelum ini. Asyik menangis bila berbincang tentang hal ni.
Kayla pandang riak wajah adiknya. Dia kenal benar dengan pandangan yang sedang adiknya lontarkan itu. Heh, nak menangis lagi la tu!
“Dah, dah. Aku tak nak tengok kau menangis kat sini. Aku jadi kakak kau pun baru 10 tahun. So, tak payah la nak sedih sangat! Shuhhh! Keluar la!” Kayla menghalau adiknya seperti dia menghalau kucing.
Ezza menghela nafasnya panjang. “Be careful. Have fun on your birthday party.” Tanpa memandang wajah kakaknya, terus dia melangkah keluar dari bilik. Pintu bilik ditutupnya perlahan.
“I will surely do!” Sempat lagi Kayla menyakitkan hati adiknya.
*******
“Eh, Kayla. Mana tunang you ni? Lama lagi ke kitaorang nak kena tunggu ni? You ingat masa kitaorang ni untuk you punya birthday party je ke? Kitaorang ada banyak party lagi nak pergi malam ni.” Seorang gadis lingkungan awal 20-an menegurnya.
Kayla terdiam. Azrul ni memang nak kena tau! Dah janji nak datang awal, tapi sekarang ni batang hidung dia pun tak nampak-nampak lagi!
Soalan yang ditanya tadi, tidak dijawab. Dengan laju, Kayla terus mengangkat kakinya dan berjalan meninggalkan tempat tadi. Lagu-lagu yang kuat dipasang di dalam pub itu membuatkan hati Kayla panas. Malu betul! Telefon bimbit yang disimpan di dalam beg tangan ditariknya keluar dengan kasar. Dengan pantas dia mendail nombor telefon tunangnya itu.
“Hello?” Lelaki itu menyapa perlahan.
“Hello you cakap?!”
“Umm, Kayla sayang... you ke ni?”
“You tanya lagi? You dekat mana ni, baby?! Lama I tunggu you, tapi you tak datang-datang jugak ni! My girls semua dah tanya okey, kenapa tunang I tak datang-datang lagi ni? And yet you’re still nowhere to be found.” Kayla menghenyakkan punggungnya di atas kerusi. Nada suaranya kedengaran marah benar.
“Tunggu I? You dekat mana ni?”
Mulut Kayla terlopong besar.
“Are you kidding me? You tengah tanya I dekat mana? I planned this... no. WE planned this like two months ago and you cakap I dekat mana?”
“Baby, seriously. I tak faham apa yang you tengah cakapkan ni. Fikiran I tengah runsing sekarang, I baru balik dari kerja and I got a huge project! Semua orang nak I buat kerja dengan cepat. I kena siapkan draft untuk presentation esok.”
“Enough of your excuses! Meet me at Tin Valley now and you better come up with a better excuses!” Terus Kayla menamatkan panggilan itu.
*******
“You sepatutnya datang like an hour before the party even started!” Kayla menyatakan rasa tak puas hatinya sebaik sahaja dia keluar dari pub tadi.
“Sorry, sayang... I banyak kerja sangat malam ni. I baru balik kerja ni, mandi pun tak sempat lagi. I terus datang dekat sini, jumpa you. It’s good enough kan?” Azrul tersenyum manis, cuba memujuk buah hati pengarang jantungnya itu.
Kayla menarik nafasnya sedalam mungkin. Hilang! Habis hilang semua mood aku hari ni! “Sorry? Itu je la yang you nak cakap?” Kayla mengecilkan matanya. Tangannya dilipatkan ke dada.
“Okay, okay. You nak apa untuk birthday present you? I akan beli semua benda yang you nak malam ni jugak!”
Kali ini, Kayla memang tak sangka dengan apa yang baru sahaja dikatakan lelaki itu.
“You what?!”
“Apa? I salah cakap ke?”
“Birthday present I pun you tak beli lagi?! Tunang jenis apa you ni hah?!” Kayla menghentakkan kakinya sekuat hati, sampai nak patah rasanya kasut tinggi yang sedang dia pakai.
“Sayang, sayang. Please... I’m really sorry! I sibuk sangat la!”
“Memang la kan? Sibuk sangat sampaikan birthday I pun you lupa. Bukan sekali tau, tapi you dah buat perangai ni for the last three years! Three years, Azrul! Tiga tahun I tak dapat hadiah hari jadi dari you. I dah tak tahan dengan perangai you ni!”
“Tapi, I selalu je beli present dekat you kan?”
“Itu lain!”
“Apa yang lain? Sama je! Hadiah jugak kan?”
“Dah la, Azrul! I malas nak cakap dengan you sekarang ni. Leave me alone!” Kayla mula melangkah pergi dari tempat itu. Baru sahaja dia hendak melintas jalan untuk ke seberang, tangannya ditarik oleh Azrul.
“Kayla, you tau kan I sayang dekat you?”
“Whatever.” Kayla terus melintas tanpa melihat kanan dan kirinya. Azrul hanya memerhati gerak geri gadis itu dari belakang. Nak tahan, takut kena hentam lagi sekali. Hmm, lantak la dia cool down dulu.
Azrul mula bergerak ke arah keretanya yang diletakkan di tempat letak kereta depan pub tadi. Baru sahaja dia hendak melangkah, terdengar bunyi jeritan seorang wanita dari belakangnya. Azrul berpaling semula ke arah jalanraya.
“Kayla!”
*******
Ezza teringat kata-kata kakaknya tadi. Entah kenapa hatinya rasa tak sedap. Semua benda yang dia buat, semua tak menjadi. Pen hitam yang berada dalam genggamannya dipegang kuat. Buku diari di atas meja ditatapnya.
“Dah la tak cantik. Rambut pun... aduh, conditioner apa la yang kau pakai ni? Tak lembut langsung! And then, kau nak pakai apa? Kau nak pakai dress kampung kau tu? Ya Allah, hancur! Tu pasal aku malu nak mengaku kau adik aku! Walaupun adik tiri!”
Kata-kata itu masih lagi berada dalam kotak fikirannya. Kakak tak nak ada adik macam aku sebab aku ni tak pandai bergaya macam dia kot? Maybe aku kena tukar stail aku! Baru la kakak suka!
“Adik!” Ezza menoleh ke kanannya, melihat Haziq yang sedang berdiri di muka pintu. Lelaki itu kelihatan tercungap-cungap. Baru lepas jogging ke apa dia ni?
“Abang Iz ni kenapa? Macam orang kena kejar hantu je? Masuk bilik orang tak ketuk pintu pulak tu!” Ezza buat muka tak puas hati.
“Kakak...” Haziq mencari-cari nafasnya. Dia melangkah masuk ke dalam bilik kemudian tangan Ezza ditariknya.
“Kakak? Kenapa dengan kakak?”
Haziq tidak menjawab soalan adiknya tadi. Kunci kereta terus dicapai, tangan adiknya masih dalam genggaman. “Mummy dengan Papa dah pergi hospital.”
Ezza terdiam. Kakak? Hospital? Eh, apa benda ni! Apa yang terjadi sekarang ni? Kenapa Abang Iz tak nak cakap?
“Hospital? Abang Iz, apa dia ni? Adik tak faham la!” Ezza tetap menanya walaupun gerak hatinya mengatakan yang sesuatu telah berlaku. Kayla...
*******
“Saya mintak maaf. Anak encik dan puan dalam keadaan koma. There’s nothing more we can do. Dia ada internal bleeding dan organ dalaman dia hancur disebabkan hentakan kuat. Rangka kepalanya pun pecah.”
Menggeletar seluruh tubuh Azrul ketika mendengar kenyataan doktor. Apa aku kena buat? Ya Allah, ni semua salah aku!
“Jadi, doktor... berapa peratusan anak saya untuk hidup?” Tuan Jamal dengan beraninya menanya doktor Melayu yang merawat anaknya. Puan Alisa masih lagi menangis teresak-esak di atas kerusi. Dipandangnya Azrul yang sedang berdiri di sebelahnya.
“Saya mintak maaf, tuan. Saya tak berani nak cakap peratusan untuk dia hidup. Keadaan cik Kayla sangat teruk sekarang ni. Hampir seluruh tubuhnya tak berfungsi lagi. Sekarang ni pun cik Kayla sednag bergantung kepada mesin untuk terus hidup.”
“Konklusinya doktor?”
Doktor Melayu itu menganggukkan kepalanya perlahan. “Saya harap tuan bersedia untuk dengar apa yang akan saya katakan ni.”
Puan Alisa lantas bangun dari tempat duduknya kemudian berjalan ke arah doktor itu. “Kenapa doktor? Apa yang akan jadi dekat anak saya? Cakap doktor!”
“I’m afraid that... Cik Kayla akan koma seumur hidupnya dan cuma dapat teruskan hidup dia dengan menggunakan mesin yang kami sediakan. Otak cik Kayla sudah tidak berfungsi.”
“Jadi doktor...”
“Ya, saya mohon kerjasama baik tuan dan puan.”
“Maksud doktor?” Azrul mula membuka mulutnya.
“Saya nak dapatkan kebenaran semua pihak untuk tanggalkan wayar pernafasan pada tubuh cik Kayla kerana mesin itu tak dapat tampung kehidupan cik Kayla selama-lamanya.” Doktor itu memaklumkan semua pihak dengan tenang dan lembut.
“NO! Saya tak akan benarkan doktor buat macam tu dekat anak saya!”

Comments

Anonymous said…
shazee! best! best! sambung lagi tau! setia menunggu nieyh! ;)

-kleo-
Aida Nadia said…
suka3...
cpt l smbng...!!!
Anonymous said…
shazee ..! best lah ..! hahaha ..! cepat sambung , yek ! excited nak tunggu next entry ni ..! XDXD

-cik ubi-
ciknie said…
wah3..da de n3 bwu la..x sbar la nk bce ag..tah3 nti adk lak kne kwin ngn fiance akk dye kn..pape pn x sbar la
Nina Zizan said…
okie...... best!
rasa mcm bez ssangat akhirnya blog ni ada update lagi...
Anonymous said…
beznye n3 nie....
nk lgi..
cpt smbung ea...
Entry pertama dah buat orang eksaited nak baca bab seterusnya. Tapi kalau boleh check spelling balik sebab ada beberapa error. :)