Sorry! I Still Love You 9




BAB 9
Sepanjang perjalanan balik ke Shah Alam, Shahira dan Zaid tidak bersua muka. Masing-masing takut hendak membuka mulut. Nanti yang diujarkan tu salah, merajuk pula yang lagi satu. Pintu kereta sebelah Shahira dibuka perlahan. Dia melangkah keluar dari kereta. Zaid membuka but kereta dan mengeluarkan beg baju Shahira.
Tangan Shahira kejap memegang beg bajunya. Matanya memandang Zaid. Lama mereka berdiri di situ. Tidak berkata apa-apa. Shahira mengeluh.
“Look, Sha tau Abang Zaid marah dekat Sha dengan Tini.” Shahira mula membuka bicara. Dia tak nak semuanya tergantung macam tu saja. Biarlah semuanya jelas di mata Zaid.
“No,” laju Zaid menjawab.
Dahi Shahira berkerut.
“Dah tu, kenapa Abang Zaid tak nak cakap pun dengan Sha?”
“Entah la.”
Kini, tiba giliran Zaid pula untuk mengeluh. Dia menyepak pasir di atas jalan.
“Abang Zaid cuma nak Sha tau yang apa yang Tini cakap tu smeua tak betul. Abang Zaid betul-betul ikhlas sayangkan Sha.”
Shahira terdiam.
“Do you get what I mean?” tanya lelaki itu sekali lagi.
Shahira mengangguk perlahan.
“Apa yang Abang Zaid nak Sha buat sekarang ni, jangan terima lamaran pihak Afiq. Sha sayangkan Abang Zaid kan?”
Termakan dengan pujuk rayu Zaid, Shahira mengangguk laju. Zaid tersenyum gembira.
“Abang Zaid balik dulu la. Ada banyak kerja lagi kat hospital tu.”
“Take care.”
“Sure, sweet pie.”
Zaid tersenyum lalu melangkah masuk semula ke dalam keretanya. Shahira hanya memandang sahaja kereta lelaki itu hilang dari pandangannya. Setelah pasti yang kereta Zaid agak jauh meninggalkannya, dia mengangkat beg-beg bajunya dan melangkah masuk ke dalam asrama.
------------------------------------
Skrin telefon ditenung lama. Shahira buntu. Pening memikirkan cadangan Tengku Sharida. Emaknya, Zainida, menyokong tanpa sebarang bantahan. Dia termenung. Kalau aku terima, aku yang rugi. Sebab perasaan aku dekat dia dah lain. Shahira terdiam. Dah lain? Ye ke? Dia menduga.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Menyangka yang ianya panggilan dari Zaid, tangannya laju saja menekan skrin iPhonenya.
“Hello?” Shahira menjawab. Telefon diletakkan di atas bahu sambil dikepitkan dengan telinganya. Rambutnya dikumpulkan kemudian disepitkan ke atas. Shahira memegang semula telefon bimbitnya.
“Ha, kakcik. Ni Mama.”
Shahira tersenyum.
“Mama. Kenapa telefon kakcik? Ada apa-apa yang penting ke nak bagi tau kakcik?”
“Mama nak tanya. Kamu setuju tak dengan lamaran Afiq tu?”
Shahira tergamam.
“M---Maksud Mama?”
“Ye la, kalau kamu setuju Mama nak terus bagi tau aunty Sharida.”
“Mama, kakcik rasa benda ni cepat sangat la. Kakcik tak nak kahwin sekarang. Kakcik nak belajar,” jelas Shahira.
Kedengaran keluhan di hujung talian.
“Mama tau pasal hubungan kamu dan Zaid.”
Shahira terkejut. Lidahnya kelu.
“Mama tak halang hubungan kamu tapi kita smeua tahu yang hubungan kamu dengan Zaid tak akan ke mana.”
“Then what makes you think my relationship with Afiq will lasts?”
“Because you and him are deeply in love. Once.”
Sekali lagi kata-kata Puan Zainida membuatkan Shahira terdiam seribu batu. Ni semua mesti kerja Tini. Mesti dia yang bagi tau Mama pasal aku dengan Afiq dah break up, rungut Shahira sendirian di dalam hati. Kadang-kadang dia geram dan naik menyampah juga dengan perangai adiknya itu.
“I don’t know, Mama.”
“Cinta boleh dipupuk semula. Lepas kahwin, Mama pasti yang Afiq akan lebih menyayangi kakcik. He’ll love you more than when you were dating.”
Shahira menunduk. Dia tidak mahu memberi harapan, tetapi kalau dia setuju dia pula yang merana. Dia takut kalau-kalau Afiq fikir yang dia ni perempuan yang selalu dengar cakap orang. Dia tak nak Afiq ingat yang dia terkejar-kejarkan sangat lelaki tu. Banyak persoalan bermain di mindanya.
“Kakcik fikir dulu ye, sayang?”
Shahira mengangguk walaupun Zainida tidak nampak.
“Hmm, tu Papa baru balik. Mama letak ye sayang?”
Sekali lagi Shahira mengangguk. Tidak lama selepas itu, talian diputuskan.
Shahira baring di atas katil bujangnya. Aku memang bodoh kalau aku terima, katanya di dalam hati. Sekali lagi telefon bimbitnya berdering.
“Hello?” jawabnya lemah. Dia sudah tiada semangat untuk berkata apa-apa.
“Esok datang hospital. Aku nak cakap something,” kata Afiq laju lalu memutuskan panggilan.
Dahi Shahira berkerut. Dia memandang skrin telefonnya. Itu bukan nombor Afiq, tapi nombor Dira. Shahira masih ingat yang dia belum lagi memadam nombor telefon Afiq dari senarai pemanggilnya. Nombor telefon Afiq juga masih lagi belum ditukar dari sistem ‘speed dial’.
Laju jari Shahira menekan nombor telefon Dira di atas skrin.
“Hello?” Dira menjawab panggilan itu.
“D---Dira, ni nombor kau kan?”
Dahi Dira berkerut. Dia tergelak kecil.
“Ha, ye la nombor aku. Nombor siapa lagi?”
“T---Tadi kau ada telefon aku tak?”
“Telefon kau? Tak ada la. Aku baru je keluar dari bilik air ni.”
Shahira terdiam.
“Hmm, tak apa la.”
Panggilan diputuskan.
--------------------------------------
Biskut Oreo perisa campuran vanilla dan coklat menjadi snek pilihan Shahira petang itu. Satu-persatu biskut itu menjadi mangsanya. Muka surat sebelah diselak. Dia leka membaca buku Harry Potter and The Deathly Hallows. Karya J.K Rowling sentiasa menjadi pilihannya. Dia memang meminati penulis, buku dan filem itu. Pernah sewaktu dia kecil dahulu, dia teringin sangat nak jadi watak Hermione. Satu-satunya gadis di dalam trio itu.
Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar. Dia melihat skrin telefon. Ada satu khidmat pesanan ringkas baru saja masuk. Dia tekan inbox dan membaca mesej itu.
+ Aku dekat bawah. Jumpa aku kejap.
Mesej dari Dira. Shahira bangun dari katilnya. Selipar hitamnya dipakai lalu pintu bilik dikunci. Dia berjalan keluar dari biliknya. Sampai sahaja di kawasan tempat letak kereta, matanya melilau mencari kelibat rakannya itu.
Mulut Shahira terlopong sedikit. Dia tergamam. Kelihatan Afiq sedang berdiri di sisi keretanya. Masih lagi dengan kereta Honda Civic Type-R yang berwarna putihnya itu. Shahira berjalan ke arah Afiq.
“D---Dira mana?”
Afiq menoleh ke sebelah, tersenyum. Darah Shahira berderau laju. Tiba-tiba sahaja tangannya menggeletar. Tapi, dia cuba untuk menutup rasa gusarnya itu.
“Dia ada kelas. Aku tunggu sini nak ambik dia la.”
Shahira mengangguk perlahan.
“Oh,” jawabnya ringkas.
“Kau mesti tau kenapa aku datang sini kan?”
Shahira menoleh ke arah Afiq.
“Tak payah la nak buat-buat tak tau. Aku tau kau tau pasal benda ni,” jelas Afiq lagi membuatkan Shahira tersentak.
Shahira menunduk. Dia tau benar akan apa yang sedang lelaki itu ujarkan. Tetapi dia malas hendak bahas tentang perkara itu. Buat kusut kepala otaknya saja. Shahira hanya berdiam diri. Buat masa ni, kalau dia buka mulut. Ada saja la yang tak betul keluar dari mulutnya.
Afiq menatap wajah Shahira yang kosong.
“Aku datang sini bukannya nak tengok kau diam membatu je.”
“Awak nak saya cakap apa lagi?”
“Aku nak tau apa pendapat kau.”
“Tak payah tanya pendapat saya pun awak tau saya nak jawab apa kan?” Shahira memandang lelaki itu sambil tergelak sinis.
Afiq terdiam. Dia ni nak perli aku pulak ke? Desis hati kecil lelaki itu.
“Kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau?” kata Afiq sambil tersenyum sinis. Tangannya yang diselukkan ke dalam poket dikeluarkan.
Shahira memandang lelaki itu. Matanya dikecilkan.
“Lebih baik aku pergi ambik adik aku. Daripada duduk dekat sini, cakap dengan kau pasal benda yang tak ada makna ni. Buang masa aku je,” katanya sambil mendengus kasar.
Mulut Shahira sedikit terlopong. Berani dia cakap macam tu dekat aku, tanya Shahira di dalam hati. Kalau boleh, mahu saja ditumbuk-tumbuk Afiq tu sampai lumat. Dia ingat aku ni apa hah? Dia fikir dia punya hati je nak jaga, hati aku ni siapa yang nak jaga? Shahira memaki hamun lelaki itu sendirian.
Afiq membuka pintu keretanya lalu melangkah masuk. Enjin kereta dihidupkan. Shahira hanya memandang sahaja lelaki itu hilang dari pandangannya. Dia mengeluh.
“Kalau tak nak buang masa kau, jangan la datang sini jumpa aku! Aku pun tak nak la tengok muka kau!” jerit Shahira sebaik sahaja lelaki itu lesap dari pandangannya.
“Cik, cik tak apa-apa ke? Kenapa jerit-jerit ni?” tanya pengawal asrama di situ yang sedang berlegar-legar di tempat letak kereta.
Shahira tersengih malu.
“S---Saya okey pak cik. Okey,” jawabnya sambil menahan malu.
-------------------------------
Afiq menumbuk stering kereta perlahan. Dira yang sedang duduk di sebelah pelik melihat kelakuan abangnya itu. Dahi gadis itu berkerut.
“Ni, apa kena tumbuki-tumbuk stering kereta ni?”
Afiq pura-pura tidak dengar akan pertanyaan adiknya itu.
“Oi, Abang Long. Okey ke ni?” tanya Dira sekali lagi.
“Aku okey la!” jerkah Afiq membuatkan Dira tergamam.
“Abang Long ni kenapa hah? Orang tanya sikit dah marah.”
Afiq mendengus kasar.
“Abang Long malas nak cakap dengan sesiapa sekarang ni. Jangan ganggu Abang Long,” jelas lelaki itu sambil menekan minyak. Kereta Honda Civic Type-Rnya makin meluncur laju di atas jalan.

Comments

luv' said…
adoiii dorg berdua ni lucu lah~~~gaduh2 tpi bila da jauh rindu2ian=p
ihaaz said…
... saye follow je..
ecadwinkyasha said…
nmpk sgt eh afiq mc suka kat sha...sha ne pun..terima je la~.~
Anonymous said…
waaaaa....nak sha n afiq...
huhuhuhu..
Anonymous said…
Erk, shazee, i jz read ur Sorry, I love you! Tp sampai bab 18 je sbb ur thumb drive dah k.o kan? Apa yg jd dgn afiq n sha ek? What made them breakup? Please enlighten me..

-novelaholic-
Shera Jung said…
@novelaholic: In SILY, Afiq dengan Sha break up sebab Sha kata dia tak cintakan Afiq macam mana dia cintakan Zaid. Dia sebenarnya tengah confuse sebab waktu tu Zaid dan Yunie dapat tahu yang dia orang ni sebenarnya adik beradik. So, bila Zaid datang balik dekat Sha. Sha dah tak tahu nak pilih siapa. Eventually, dia pilih Zaid and Afiq pergi sambung belajar dekat oversea tinggalkan dia. Harap informasi ni dpt membantu :)