Sorry! I Still Love You 8



BAB 8
Afiq memandang lantai hospital. Dia masih lagi memikirkan tentang cadangan Tengku Sharida. Dia mengeluh. Dia tidak boleh kahwin dengan Shahira. Kalau tidak gadis itu akan fikir yang dia ni hanya menurut kata Tengku Sharida. Dia tidak mahu Shahira fikir yang dia terkejar-kejarkan gadis itu.
“R---Rayyan...”
Afiq memandang ke arah katil Tengku Ariffin. Dia bangun dari sofa kemudian berjalan ke arah katil Tengku Ariffin. Dia menunduk sedikit.
“Ye, Pa?”
“Papa nak bersandar.”
Afiq mengangguk kemudian menaikkan sedikit bantal Tengku Ariffin. Ditariknya badan Tengku Ariffin ke atas sedikit, kemudian lelaki tua itu menghela nafas.
“Rayyan tengah fikir apa tu?” tanya Tengku Ariffin.
“Tak ada apa la, Pa.”
Tengku Ariffin hanya memandang wajah anaknya itu kosong.
“So, kamu dah fikir pasal cadangan Papa dan Mama?”
“Huh?”
“Papa nak kamu dan Sha berkahwin secepat mungkin,” kata Tengku Ariffin sambil tersenyum lebar.
Afiq mengeluh. Lagi lagi pasal benda tu! Kepalanya sudah semak memikirkan tentang cadangan Tengku Ariffin dan Tengku Sharida. Dia hanya berdiam diri, tidak mahu menjawab pertanyaan Tengku Ariffin tadi.
“Rayyan?”
“Hmm?”
“So, kamu dengan Sha dah berbincang ke belum?”
Afiq tidak tahu hendak menjawab apa. Dia tidak mahu melawan kata-kata Tengku Ariffin. Nanti kena serangan jantung lagi sekali, baru tahu.
“Err, d---dah.” Afiq memilih untuk menipu. Sudah setahun lebih dia menipu semua orang dengan tidak berkata apa-apa berkenaan dengan hubungannya dan Shahira. Kini sekali lagi dia memilih untuk menipu juga. Dia mengambil keputusan untuk tidak bercakap kenyataan.
“Bagus,” kata Tengku Ariffin gembira. “Kita rent ball room hotel, okey?” tanya Tengku Ariffin lagi.
Afiq tersentak. Perasaannya sekarang seakan-akan sedang berdiri di atas bumbung sebuah bangunan tinggi. Hanya tunggu masa nak terjun je lagi. Begitulah dia menggambarkan perasaannya sekarang.
“S---Sure,” jawabnya ringkas.
“Papa happy sangat kamu terima cadangan Papa.”
Afiq hanya tersenyum tawar.
“Papa dah ambik keputusan untuk alihkan syarikat tu ke pegangan kamu pula.”
Mulut Afiq terlopong. Dia memandang Tengku Ariffin. Dia? Jaga syarikat besar tu? Aku ni doktor! Jerit Afiq di dalam hati namun jeritannya mampu menggoyahkan sesiapa saja yang sedang berada di dalam bilik itu kalau dikeluarkan.
“Tapi, Papa. Afiq ni lulusan kedoktoran. Kenapa Afiq pulak yang nak jaga syarikat Papa tu?”
“Alah, tak payah la jadi doktor tu. Ada syarikat sendiri kan bagus?”
“Tapi, Angah yang jaga syarikat Papa kan?”
“Angah bukan pengarah syarikat tu.”
Afiq tidak berkata apa-apa. Hanya mendengar saja.
“Hmm, cakap pasal Angah ni. Mana dia?” Tengku Ariffin menanya Afiq. Matanya memandang sekeliling mencari anak lelakinya yang lagi satu itu. Sudah dua hari dia sedar, anak lelakinya yang lagi satu itu masih lagi tiada di situ.
“Ada lagi dekat London. Rayyan suruh dia balik tapi hari tu dia ada mesyuarat penting dengan klien dari Jepun. Katanya la.”
Afiq buat muka menyampah.
“Biar la dia. Papa ni bukannya sakit sangat. Lagi pun memang Papa amanahkan dia untuk jaga cawangan Papa di sana.”
“Mamat tu bukannya boleh percaya sangat. Papa hantar dia sampai ke London. Dah tiga tahun duduk sana, tak reti-reti nak balik. Balik sini, tengok-tengok dah melekat dengan minah saleh kat sana.”
“Kamu ni. Kalau cakap pasal Angah tak sah kalau tak perli atau kutuk dia.”
Afiq diam. Malas dia hendak bertekak dengan Tengku Ariffin di hospital.
------------------------------
Tini mengetuk pintu bilik Shahira.
“Siapa?” tanya Shahira dari dalam.
“Tini la,” jawab Tini ringkas.
Shahira memulas tombol pintu dan membukakan pintu biliknya yang terkunci. Tini melangkah masuk ke dalam. Dia duduk di atas katil sambil turut disertai oleh Shahira yang sudah pun melabuhkan punggungnya di sebelah Tini.
“Yup? Nak apa datang bilik orang ni?” tanya Shahira.
Tini memandang sekeliling kemudian menoleh ke Shahira. Dia mengecilkan matanya kemudian memuncungkan bibirnya sedikit. Shahira hanya memandang. Kalau adiknya buat begitu, maknanya adalah sesuatu yang hendak dikorek olehnya.
“Hmm, apa ni? Pandang kakcik macam tu,” tanya Shahira sedikit pelik.
“Tini tanya, kakcik jawab. Jujur,” kata Tini ringkas tapi padat dengan maksud tersirat.
Dahi Shahira berkerut.
“Apa dia?”
Tini terdiam sekejap. Beberapa minit kemudian, barulah dia membuka mulut.
“Kakcik dengan Abang Afiq dah putus ke?”
Mata Shahira sedikit terjegil.
“Dah, jangan nak jegil-jegil mata macam tu. Jawab je,” sindir Tini sambil tersenyum sinis.
“T---Tak la. Kitaorang okey je,” kata Shahira cuba untuk menipu.
“Dah tu kakcik dengan Abang Zaid pulak? Ada apa-apa ke?”
Shahira terdiam.
“Alah, you don’t have to lie to me la kakcik. You’re a terrible liar.”
Shahira bangun dari tempat duduknya kemudian berjalan ke arah meja belajarnya. Dia mengemas barang-barangnya. Sengaja dia berpura-pura seperti sedang sibuk. Lagi lama dia melayan kerenah adiknya itu, makin banyaklah rahsia yang dapat adiknya korek.
“Tini dengar la apa yang kakcik dengan Abang Zaid cakap semalam.”
Shahira pandang adiknya itu. Dia berjalan pantas ke pintu biliknya kemudian dikunci. Dia menoleh ke belakang dan menatap adiknya semula.
“Kakcik tak faham la apa yang Tini tengah cakap sekarang ni.”
“Tini tau kakcik dengan Abang Zaid ada something.”
Shahira tertunduk.
“Apa yang kononnya Tini terdengar semalam?”
Tini menelan liurnya.
“Tini dengar something pasal kakcik dengan Abang Zaid...” Dia pandang kakaknya itu kemudian meneruskan kata-katanya. “Plan nak kahwin.”
Mulut Shahira terlopong.
“W---What?”
“Apa yang Tini dengar tak penting, yang penting betul ke apa yang Tini dengar?” Kata-kata yang mampu membuatkan orang pening tetapi sebenarnya mengandungi sesuatu yang tersirat.
Shahira tidak tahu apa yang harus dia jawab. Jawab ya pun salah, jawab salah pun salah sangat!
“Yup, apa yang Tini dengar memang betul.”
Shahira dan Tini memandang ke arah pintu bilik. Kelihatan Zaid sedang bediri di situ sambil melipatkan tangannya. Belakangnya disandarkan ke dinding yang berwarna putih itu.
----------------------------
Shahira, Tini dan Zaid saling berpandangan. Masing-masing tidak mahu berkata apa-apa. Tini yang tadinya berani, kini makin suka mendiamkan diri. Shahira pula memang tidak berkata apa-apa dari tadi. Dia lebih suka mendengar dari bercakap. Zaid mengeluh.
“Okay, Abang Zaid tahu semua ni tough. Tapi Abang Zaid betul-betul nak kahwin dengan Sha.”
Tini memandang Zaid.
“Abang Zaid. You guys are cousins.”
“I know.”
“You can’t get married!”
“Why not? Hukum tak cakap pun yang Abang Zaid dengan Sha tak boleh kahwin?”
“Sha?” Tini berpura-pura tergelak. “Seriously, you guys make me feels grossed! You’re freaking me out!” bentak Tini.
Muka Shahira sudah merah padam.
“Tini!”
Tini memandang kakaknya itu.
“Ha, ni lagi satu. Dah Abang Afiq tu nak letak dekat mana?”
Tini menanya selamba. Kini, muka Zaid pula merah padam.
“Kakcik dengan Afiq dah tak ada apa-apa.”
Tini mendengus kasar.
“Great, now you’re good in lying. Huh?”
Shahira gigit bibir.
“Abang Zaid tak kisah Tini nak cakap apa, tapi tolonglah hormat keputusan Abang Zaid dengan kakcik okey?”
Tini diam.
“So, Abang Zaid nak pergi cakap dengan Mama Zai la ni?”
Zaid mengangguk yakin.
“Don’t be.”
Dahi Zaid berkerut.
“Kenapa pulak?”
“Because Tini dengan Mama dah bincang pasal ni semalam, and guess what? She don’t like the idea of you guys getting together,” ujar Tini selamba.
“You what?!” tanya Shahira separuh menjerit.
“Tini bagi tau, Ma.”
“Kenapa!?”
“Because to tell you the truth, your plan is not going to work!”
“Kenapa Tini cakap macam tu?” Zaid mula memasuk campur. Dia tidak boleh berdiam diri. Walaupun perasaan marah sedang menguasai diri, dia masih lagi boleh menahan rasa amarahnya itu.
“Kakcik, Abang Zaid. Tolonglah fikirkan hal-hal ni masak-masak. Hubungan korang tak akan menjadi. Perasaan korang sebenarnya macam sepupu yang lain jugak. Nothing more than that. Macam kakcik, sebab dulu dia memang pernah suka dekat Abang Zaid. So, bila Abang Zaid dah kosong, dia rasa macam ada harapan balik.”
Shahira terdiam.
“W---What?” Tergagap-gagap Zaid.
“And Abang Zaid pulak terima kakcik sebab Abang Zaid rasa empty tanpa Kak Yunie. You guys need each other because you guys wants hope. That’s all.”

Comments

Anonymous said…
hua...ape neh !!!
x suke !!! herm..
sian zaid ..alo..
mau diorang together !!!
Anonymous said…
wah....bagus3...nk sha ngan afiq...afiq is a nice, and kind hearted man, sis. just accept him...
ignore zaid...they are cousins...
they just felt like want to protect each oyhers only...

waiting for the next entry...
can't wait for it!!!

-geomaxrider-
Anonymous said…
Yeah! Bagus Tini. Saya sokong. Betul apa yang Tini cakap. Huh, nak Afiq dengan Sha ;)

macam manalah ending dia eh? hmm
luv' said…
dis poll make me crazy!!!
hahaha after vote then view result~~tgok no 2 more higher than 1..why5x??? bile baca btul2 tipah tertipu rupenya!!!
new entry 2x sminguu ptotpun~~walala

i vote 4 afiq+sha~~betul ckp tini tu, sha n zaid x sswai tuk kawen~(^_^)
Anonymous said…
Luv btul...skong Luv...sha dgn afiq bukan zaid