Sorry! I Still Love You 7




BAB 7
Shahira meletakkan dulang yang berisi makanannya di atas meja lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Dia dan Zaid berhenti di kawasan rehat dan rawat Rawang. Katanya hendak mengisi minyak kereta lagi pun perut masing-masing pun kosong. Masih lagi belum diisi.
Zaid duduk di hadapan Shahira tersenyum.
“Aik, makan pau je?”
Shahira mengangguk.
“Tak lapar ke?”
“Sampai Ipoh nanti mesti Mama masak lagi. Time tu baru orang makan.”
Zaid tergelak kecil.
“Banyak songeh,” katanya sambil menyuap bihun goreng ke dalam mulutnya.
“Abang Zaid rasa Mama cakap apa ek kalau kita bagi tau dia nanti?”
Suapan bihun goreng tadi terhenti. Zaid memandang Shahira kemudian tersenyum.
“Well, kita tak bagi tau lagi. So, Abang Zaid tak tau la nak cakap macam mana.” Dia memandang Shahira sekali lagi. “Takut sangat nampak?” tanyanya lagi.
“Mesti la. Orang takut nanti kena reject ke?”
Zaid saja mengusik.
“Takut kena reject? Sayang sangat kat Abang Zaid ke?”
Shahira yang sedang minum tersedak saat mendengar kata-kata Zaid tadi. Mukanya merah padam. Dia mencubit lengan Zaid.
“Mengada-ngada.”
BRRRR!
Telefon bimbit Shahira bergetar. Dia membuka inboxnya dengan dahi berkerut.
“Siapa?” tanya Zaid.
Shahira terdiam. Kalau aku cakap aunty Sharida, mesti dia marah. Sebab aku masih lagi berhubung dengan Mama Afiq. Dia mesti marah gila, rungut hati Shahira.
“Sha?” Zaid memanggil ‘teman wanita’nya itu.
“Hmm?” Shahira memandang Zaid sedikit blur.
“Siapa?”
“Arr, umm, Tini.”
“Dia tanya apa?”
“Sekarang ada dekat mana.”
“Oh.”
Setelah Zaid agak pasti akan siapa yang menghantar SMS kepada Shahira, dia menyambung makan tengah harinya. Shahira membaca khidmat pesanan ringkas yang diterimanya.
-Aunty nak nombor telefon Mama Sha boleh?
+Kenapa aunty?
Beberapa minit kemudian, satu lagi SMS masuk ke dalam inbox Shahira. Dia membuka mesej itu.
-Saja aunty nak berkenalan dengan Mama Sha. Boleh ye?
+ Err, okey.
Kemudian, dia menghantar mesej itu berserta dengan nombor telefon Mamanya.
-----------------------------------
Afiq sedang menonton teevisyen saat Tengku Sharida melangkah masuk ke dalam rumah. Kedengaran bunyi kereta yang dipandu Pak Man dimatikan enjinnya. Afiq memandang Tengku Sharida.
“Aik, kenapa Mama balik tak bagi tau Rayyan? Siapa yang jaga Papa dekat hospital?” tanya Afiq sebaik sahaja Tengku Sharida melabuhkan punggungnya di atas sofa.
“Didie dengan Lisa ada dekat sana.”
Afiq lihat sekeliling. Tak perasan pula yang adik-adiknya sudah pun keluar dari rumah meninggalkan dia sendirian di situ. Tu la, asyik sangat tengok tv. Sampai bunyi pintu terbuka-tertutup pun dia tak perasan.
Televisyen yang tadinya terpasang ditutup oleh Tengku Sharida. Dia memandang anak lelakinya itu kemudian menarik nafas.
“Mama, kenapa ni?” tanya Afiq pelik dengan perangai Tengku Sharida.
“Mama nak cakap sesuatu dengan Rayyan.”
“Apa dia?” Afiq menduga.
-----------------------------
“WHAT?!”
Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut Afiq saat mendengar kata-kata Tengku Sharida tadi. Buat kali pertamanya dia tidak setuju dengan cadangan Tengku Sharida. Mukanya sudah merah padam menahan marah.
“Mama tak boleh buat macam ni dekat Rayyan!”
“Kenapa pulak? Dia kan teman wanita Rayyan. Apa salahnya? Rayyan suka dia, dia pun suka Rayyan kan?”
Afiq terdiam. Bibirnya menjadi mangsa gigitannya.
“T---Tapi, takkan dia setuju? Dia tu kan muda lagi.”
“Mama dah berbincang dengan Mama dia.”
Afiq tergamam. Who the hell say what?!
“Dan Mama dia cakap Mama dia akan berbincang dengan Sha dulu.”
Afiq bangun dari tempat duduknya. Tangannya dilipatkan.
“Boleh ye, Rayyan? Ini permintaan Papa. Papa nak tengok anak sulung dia kahwin dulu. Dan Papa dah pilih Sha.”
Afiq mengeluh.
“Tapi, Ma. Rayyan tak boleh nak...” Afiq tidak meneruskan kata-katanya. Takut tersinggung pula Tengku Sharida.
“Apa kenanya? Kamu dengan Sha kan suka sama suka.”
“Itu la masalahnya.”
“Mama tak faham apa yang kamu tengah cakapkan ni Rayyan.”
Afiq menunduk.
“Mama, Sha tu muda lagi. She’s 20. I mean, I know I’m 26. Memang dah boleh nak kahwin sekarang ni. But, Sha? Seriously, Ma?”
“Age is not the problem.”
Afiq memegang kepalanya.
“It is the problem!”
“Rayyan ni banyak sangat fikir. Tengok-tengok Sha tu tak kisah pun.”
Afiq duduk semula di atas sofa. Dia memegang kepalanya. Tengku Sharida tak akan faham. Tak akan pernah faham. Dan Afiq tidak bercadang pun hendak memberitahu Tengku Sharida tentang itu. Biarlah semuanya terkubur begitu.
“Susah-susah sangat jom kita jumpa Sha sekarang. Kita cakap dengan dia.”
“NO!”
Tengku Sharida memandang Afiq. Dahinya makin berkerut.
“Kenapa dengan Rayyan ni?” tanya Tengku Sharida pelik.
----------------------------------
Mata Shahira tersembul keluar. Tak percaya dengan apa yang baru didengarinya tadi.Perlahan-lahan kepalanya menoleh ke arah Zaid yang sedang duduk bertentangan dengannya. Zaid hanya terdiam.
“M---Mama ni. Jangan la nak buat lawak dekat sini,” kata Shahira sambil berpura-pura tergelak.
“Isy, kenapa pulak Mama nak buat lawak? Betu la! Aunty Sharida baru je call Mama tadi. Dalam tiga jam lepas.”
Shahira tergamam. Tiga jam yang lepas? Patutlah Tengku Sharida meminta nombor telefon Mama tadi, desis hatinya.
“So, apa kamu rasa?” tanya Puan Zainida pada anaknya. Dia tersenyum lebar. Walaupun anaknya itu baru dua puluh tahun, tetapi memandangkan ada orang datang merisik. Tak baik pula menolak. Tambah pula yang datang merisik itu, bukannya orang yang tidak dikenali. Teman lelaki anaknya juga. Zainida tersenyum lagi. Tahun lepas anak ketiganya baru sahaja melangsungkan perkahwinannya.
Kini, anaknya yang keempat pula. Murah betul rezekinya. Anak-anaknya smeua pakat hendak berkahwin. Setelah berdiam diri untuk beberapa ketika, Shahira membuka mulut.
“B---Bagi Sha fikir dulu la Ma,” katanya perlahan dan tersekat-sekat.
Puan Zainida mengangguk lalu menoleh ke arah Zaid yang sedang leka dibuai angan.
“Zaid rasa macam mana?”
Zaid memandang emak saudaranya itu. Dia mengangkat keningnya.
“Hmm?”
“Zaid rasa macam mana? Sha kahwin dengan Afiq sekarang? Okey tak?”
Mulut Shahira terlopong. Habislah aku malam ni, rungut hatinya.
“Umm, Zaid rasa tak patut la Mama Zai. Kakcik kan muda lagi. Baru je dua puluh tahun. Kahwin sekarang nanti dia tak fokus dengan study pulak.”
Kakcik. Dengan Puan Zainida dia membahasakan Shahira sebagai ‘kakcik’.
Puan Zainida mengangguk.
“Hmm, ye ke?”
-----------------------------
Malam itu, Shahira bertafakur di atas tikar sembahyang. Dia menangis sendirian.
“Ya Allah, apa yang harus aku buat? Terima atau menolaknya? Aku tak nak menghampakan harapan Zaid mahupun mana-mana pihak yang lain. Kata Aunty Sharida ini adalah permintaan uncle. Dia mahu jodohkan aku dengan Afiq. Tetapi aku sendiri tak tau apa perasaan aku pada Afiq, Ya Allah.”
Shahira terdiam.
“Mama pula beriya-iya nak satukan aku dengan Afiq. Kerana semuanya tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku antar aku dengan Afiq Ya Allah. Aku malu. Malu dengan perangai aku ni. Ya Allah, kau berikanlah aku petunjuk supaya aku dapat mencari jalan demi untuk menyelesaikan masalah ini.”
Tapak tangannya ditekupkan ke muka. Dia mengesat air mata yang mengalir turun. Kedengaran bunyi ketukan di pintu biliknya. Dia memandang ke belakang.
“Siapa?” tanyanya sambil membuka telekung yang sedang dipakainya. Dia melipatkan telekungnya itu kemudian berjalan ke pintu biliknya.
“Abang Zaid,” kata Zaid perlahan di sebalik pintu.
Shahira memulas tombol pintu. Dia tidak tersenyum langsung. Zaid melangkah masuk ke dalam bilik. Kedua-duanya melabuhkan punggung masing-masing di atas katil Shahira.
“You’re not going to accept right?”
Shahira pandang Zaid. Dia terdiam.
“Sha?” panggil Zaid lagi.
Shahira pandang lelaki itu kemudian perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya. Zaid tersenyum lega melihat perbuatan Shahira tadi.
“Abang Zaid ingat Sha akan terima ‘lamaran’ mamat tu.”
“Entah la Abang Zaid. Sha runsing dah ni.”
“Tak payah nak runsing-runsing. Tak payah terima. Kahwin je dengan Abang Zaid.”
Shahira hanya mendengar kata-kata Zaid tadi.
“Tapi, tu permintaan uncle. Sha tak nak uncle ingat Sha ni tak hormat dengan permintaan dia.”
Dahi Zaid berkerut.
“Kalau dia mintak benda yang boleh ditunaikan, Abang Zaid tak kisah. Masalahnya dia mintak benda yang tak dapat Sha tunaikan!”
Shahira terdiam.
Di balik pintu, Tini memasang telinga. Dia hanya mendengar sahaja perbualan Shahira dan abang sepupunya itu. Diaorang ni couple ke? Tanyanya sendirian di dalam hati.

Comments

Anonymous said…
aaaaaaaa!!!!!sha tolak afiq!!!!
nak sha dgn afiq...zaid teruk,dulu macam nak gunakan sha je...
Anonymous said…
owh..sha neh bru sdar dri rupenye !!!
hua..mau die dngan zaid..ta kire2..
afiq tu pon poyo gak !!!huhu..
bia la die blik, blik ngan yunie ..
kan bgus..hehe (:
Anonymous said…
pilih je afiq