Sorry! I Still Love You 10



BAB 10
Tengku Ariffin duduk di atas katilnya sambil bersandar. Cermin mata yang dipakai tadi untuk membaca ditanggalkannya. Dia duduk termenung kemudian tersenyum. Buku di tangan diletakkan di sebelahnya.
“Mak Limah.” Tengku Ariffin memanggil orang gajinya itu. Mak Limah yang tadinya sedang mengangkat baju-baju kotor Tengku Ariffin berlari-lari anak ke arah lelaki itu.
Dia mengangguk perlahan.
“Ye, tuan?” tanyanya perlahan.
“Panggilkan puan sekejap,” kata Tengku Ariffin.
“Baik, tuan.”
Mak Limah bergegas ke tingkat bawah. Matanya melilau mencari Tengku Sharida yang sejak dari tadi sibuk berada di dalam dapur. Memasak. Mak Limah menggelengkan kepalanya.
“Apa puan buat ni?” tanya Mak Limah sambil menepis perlahan tangan Tengku Sharida yang sedang sibuk mengacau kuah asam pedas.
Tengku Sharida tersenyum.
“Masak le Mak Limah oi.”
“Dah, dah. Biar saya yang buat semua ni. Tu, kat atas tu. Tuan panggil.”
“Hmm, ye la.”
Tengku Sharida mengelap tangannya pada kain lap tangan yang tersangkut di dapur. Kemudian dia mengatur langkah dan berjalan ke bilik suaminya itu. Dia membuka pintu bilik Tengku Ariffin, melihat suaminya itu yang sedang membaca buku.
Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Abang ni, kalau dah sihat sikit tu. Tak habis-habis la nak membaca.”
Tengku Ariffin tersenyum.
“Abang bosan. Kalau Ida bagi abang pergi office kan senang? Tak payah susah-susah abang baca buku dekat rumah.”
“Ha, tu la dia. Kalau orang tegur dia, selalu sangat ungkit pasal nak pergi office la. itu la, ini la. Ida dah lali dengan semua tu, bang.”
Tengku Ariffin hanya mendengar.
“Hmm, ni abang panggil Ida ni nak buat apa?”
“Abang ingat nak suruh Ida ajak si kawan Rayyan tu. Apa nama dia?”
“Sha,” jawab Tengku Sharida sambil tersenyum.
“Ha, Sha! Ajak dia datang rumah kita. Suruh Mak Limah masak lebih sikit malam ni.”
“Eh, abang ni biar betul nak ajak dia datang rumah?”
Dahi Tengku Sharida sudah berkerut. Kalau tak silap dia, Tengku Ariffin sungguh la tidak berkenan akan Shahira. Tengoklah masa Shahira datang ke rumahnya dahulu, mentah-mentah budak tu dicop sombong oleh Tengku Ariffin.
“Eh, tak ada la. Abang tipu je,” perli Tengku Ariffin sambil tergelak kecil. “Iye la abang nak ajak dia datang sini,” katanya lagi dengan pandangan serius.
“Isy, abang ni kan. Lepas balik dari hospital ni, suka sangat main-main.” Tengku Sharida mencubit perlahan lengan suaminya itu.
Tengku Ariffin menghela nafas lega.
“Entah la. Abang rasa lepas sihat dari sakit ni, abang rasa tenang sangat. Macam ada semangat baru la katakan.”
Tengku Sharida tersenyum.
“Mesti pasal budak tu kan?”
Tengku Ariffin memandang isterinya itu. Dia termenung seketika.
“Could be,” jawabnya perlahan.
Tengku Sharida bangun dari tempat duduknya.
“Ida nak pergi tengok Rayyan kejap. Nak bagi tau dia suruh telefon Sha.”
“Ha, ye la.”
Tengku Sharida mengatur langkahnya dan berjalan keluar dari bilik tidur dia dan Tengku Ariffin. Dia berjalan ke bilik Afiq yang terletak di hujung tingkat. Diketuknya perhalan pintu bilik anak lelakinya itu.
“Siapa?” tanya Afiq sebaik sahaja mendengar ketukan di pintunya. Dia bangun dari katilnya dan berjalan ke muka pintu.
“Mama la,” jawab Tengku Sharida kuat.
Afiq membuka pintu biliknya dan melangkah ke belakang setapak. Tengku Sharida yang sedang berdiri di muka pintu berjalan masuk ke dalam bilik itu. Dia berjalan ke arah sofa yang diletak di hujung bilik kemudian melabuhkan punggungnya di situ.
“Kenapa Mama datang bilik Rayyan ni?” tanya Afiq sebaik sahaja Tengku Sharida berada di dalam ruang biliknya itu. Dia kembali duduk di atas katilnya. Laptop yang terbuka tadi diletakkan di sebelah.
“Rayyan buat apa ni?” tanya Tengku Sharida kepada anak bujangnya itu.
“Buat kerja la. Ha, ni nak bagi tau Mama. Rayyan dapat kerja dekat Hospital Pakar Damansara. Baru dapat surat semalam,” kata Afiq gembira.
Tengku Sharida mengeluh.
“Isy, berapa kali Mama nak cakap? Tak payah kerja dekat luar tu. Buat je klinik sendiri, kan senang?”
“Rayyan tak nak,” jawab Afiq selamba.
“Bukannya Mama dengan Papa tak nak sponsor. Papa tu kalau boleh nak Rayyan ambik alih syarikat dia terus. Rayyan yang tak nak. Tolak rezeki betul.”
“Rayyan ni doktor, Mama. Doktor.”
“Jadi?”
“Eee, apa kes doktor kerja dekat syarikat besar macam tu?”
“Alah, banyak la alasan kamu.”
“Ye la. Business and management isn’t my forte.”
Tengku Sharida buat muka meluat. Afiq tergelak kecil melihat reaksi Tengku Sharida itu membuatkan dia hanya menggelengkan kepalanya.
“Ha, ni Mama nak apa-apa ke? Datang bilik Rayyan ni, nak lepak je la?” tanya Afiq kepada Tengku Sharida. Botol air di atas meja tepi diangkat perlahan. Dia membuka penutup botol itu kemudian menunggangnya ke dalam mulut.
Tengku Sharida memandang sekeliling.
“Tak la. Ni ha, Papa suruh Sha datang makan malam dekat rumah kita hari ni.”
Tersembur air mineral yang diminum Afiq tadi. Dia tersedak kuat sambil menepuk-nepuk dadanya yang bidang itu.
“Kamu ni apa kena?” tanya Tengku Sharida pelik. Dahinya berkerut seribu.
“N---Ni, air... air dia masuk semut,” tipu Afiq kepada Tengku Sharida.
Tengku Sharia menggelengkan-gelengkaj kepalanya. Dia bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah muka pintu.
“Tu, jangan lupa telefon Sha.”
“Hah?” tanya Afiq sedikit bingung.
“Alah, susah-susah. Kamu pergi ambik dia dekat sana. Tak payah dia bawa kereta dia datang sini. Dia bukan tau jalan sangat,” pesan Tengku Sharida lalu mengangkat kakinya dan berjalan pergi.
Afiq tergamam.
-------------------------------
Shahira duduk di kerusi belakang. Senyap. Tidak mahu berkata apa-apa. Terasa amatlah janggal bila dia perlu naik kereta bersama Afiq. Dan Dira sekali. Tapi nasib baiklah Dira ada sekali, kalau tak. Rasanya dah mati Shahira dibuatnya. Tak bernafas.
Afiq memandang cermin hadapannya. Kelihatan Shahira yang masih lagi diam membatu di belakang. Dira dari tadi asyik dengan iPodnya saja. Langsung tak peduli dengan keadaan sekeliling.
“Aku tak kacau kau ke?” Afiq menanya Shahira yang semakin tidak selesa.
Shahira hanya mendiamkan diri.
“Kau okey ke?” tanya lelaki itu lagi.
Shahira memandang ke hadapan melihat Afiq yang sedang bercakap dengannya melalui cermin hadapan.
“Awak cakap dengan saya ke?” tanya Shahira sedikit keliru.
Afiq mendengus perlahan.
“Kau tak payah la nak perli aku macam tu. Mentang-mentang la aku sakitkan hati kau hari tu,” kata Afiq dengan nada sinis.
Shahira terdiam. Isy, bukannya aku tak nak dengar. Memang aku tak perasan. Takkan la itu pun dia nak marah?
“S---Saya memang tak dengar tadi. Sorry la,” jawab Shahira perlahan. Dia menunduk ke bawah.
“Aku tanya. Aku tak kacau kau ke? Tiba-tiba je Mama aku ajak kau dinner dekat rumah aku. Kau okey ke?”
“Biasa je.”
“Bunyi macam tak suka je datang rumah aku.”
“Tak ada la.”
Afiq membelok ke kiri dan memasuki ruang tempat letak kereta rumah Tengku Ariffin dan Tengku Sharida. Setelah mematikan enjin keretanya, dia melangkah keluar dari kereta Honda City itu. Shahira hanya mengikutnya dari belakang. Gadis itu memandang sekeliling.
Dia mengeluh panjang. Sudah lebih kurang setahun dia tidak menjejakkan kaki ke rumah itu. dia tercegat di situ memandang rumah yang semakin lama semakin tersergam indah di matanya.
“Oi, bangun la! Dah sampai.”
Afiq menolak lengan Dira yang sudah tertidur di dalam kereta. Dira bangun sambil menggosok-gosok matanya. Mulutnya berkumat-kamit memarahi perbuatan Afiq yang menganggu tidurnya yang nyenyak itu.
“Isy, Abang Long ni kan.” Dira membentak.
Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam rumah sebaik sahaja Mak Limah membukakan pintu hadapan. Seperti biasa, Shahira akan bersalaman dengan orang tua itu. Segan Mak Limah dibuatnya. Walaupun lebih setahun mereka tidak bersua muka, Shahira masih lagi ingat akan wanita tua itu.
“Isy, cik puan ni. Tak payah la salam saya. Saya ni kan orang gaji je,” kata Mak Limah sambil tersipu-sipu malu.
“Biar la Mak Limah. Dah dia nak salam,” kata Afiq perlahan sambil tersenyum manis ke arah Shahira.
Jantung Shahira berdegup laju. Oo, kau nak main dengan aku ek? Jom, aku tak kisah. Kita tengok siapa dapat award ‘Pelakon Terbaik 2010’ kali ni.
“Angah!” jerit Dira sebaik sahaja melihat Tengku Azhar yang sedang duduk di depan televisyen. Dia berlari-lari anak ke arah lelaki itu.
Afiq tersentak. Betul ke apa yang aku dengar ni? Dia bergegas masuk ke dalam rumah melihat Tengku Azhar dan Dira yang sedang pukul-memukul antara satu sama lain. Adrianna hanya berdiri di sisi mereka. Mereka bertiga tergelak serentak.
Tengku Azhar memandang Afiq yang hanya tercegat di situ. Dia tersenyum kecil kemudian berjalan ke arah Afiq.
“Takkan tercegat je kot. Tak nak kenalkan bakal kakak ipar aku ni?” kata Tengku Azhar dengan penuh gayanya. Dia memandang Shahira yang sedang berdiri di sisi Afiq.
Shahira terdiam.
“Shahira,” kata Afiq kepada Tengku Azhar kemudian berlalu pergi.
Serentak mata Shahira dan Tengku Azhar memandang Afiq yang sudah berlalu pergi ke ruang makan. Tengku Azhar sudah biasa dengan perangai abangnya itu yang pada pandangannya itu sombong tetapi bagi Shahira, ianya adalah sesuatu yang baru + pelik.
“Tengku Azhar Nickson,” kata Tengku Azhar sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
Shahira hanya menunduk sambil tersenyum.
“Ila Shahira,” jawabnya perlahan.
“Pleasure to meet you,” ujar Tengku Azhar sambil menarik semula tangannya ke sisi. “Shall we?” Tengku Azhar membukakan tangannya dan menunjukkan arah ke arah ruang makan.
Shahira tersenyum manis. Very gentleman, desis hatinya.
“Sure.”

Comments