Sorry! I Still Love You 5




BAB 5
Sebaik sahaja kaki Zaid melangkah masuk ke dalam kereta, pintu keretanya dihempas kuat. Shahira yang duduk di sebelah terkejut. Enjin kereta dihidupkan. Kereta masih lagi kaku di situ. Zaid masih lagi tidak menggerakkan kereta dari ruang hospital.
“Abang Zaid okey?”
Zaid memegang kepalanya.
“Okey Sha cakap? Abang Zaid rasa kalau Sha tak ada dekat sana tadi, dah lama Abang Zaid tumbuk dia tahu tak?”
Shahira tergelak kecil.
“Sha dengar dia cakap apa tadi?” tanya Zaid lagi.
Shahira mengangguk.
“Dia sindir Abang Zaid tau tak!”
“Dia tak sengaja kot.”
“Yang Sha pertahankan dia kenapa? Dah nak balik dekat dia?” bentak Zaid.
Dahi Shahira berkerut.
“Abang Zaid jangan merepek boleh tak?”
“Ye la, dari tadi asyik sebelahkan dia je. Bila Abang Zaid nak menang ni?”
Shahira tersenyum manis.
“Abang Zaid selalu menang dekat hati Sha okey?”
Zaid tergelak kecil.
“Tapi, seriously Abang Zaid cakap. Abang Zaid nak je tumbuk dia, tunggu masa je.”
--------------------------------
“Abang Long ni kenapa hah?” bentak Dira sebaik sahaja Shahira dan Zaid hilang dari pandangannya.
“Apa?” selamba sahaja jawapan Afiq.
“Sampai sini tak nak bagi tau orang. Datang sini terus cari gaduh.”
“Mana ada Abang Long bergaduh pun.”
“Yang tadi tu apa?”
“Eh, nak sembang dengan kawan pun tak boleh ke?”
“Tu bukan sembang namanya.”
Afiq menyandarkan badannya di sofa kemudian tergelak kecil.
“Yang Lisa nak pertahankan diaorang sangat kenapa?”
“Sebab Abang Long dah kecilkan hati diaorang!” kata Dira separuh menjerit.
Afiq pandang adiknya itu. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Dah, diaorang tu kecilka----“ Baru sahaja dia hendak memberontak tetapi dia terdiam. Dia menghela nafasnya perlahan. Dira hanya memandang.
“Abang Long malas nak bergaduh dengan kamu pulak,” tambahnya lagi kemudian mengeluarkan sebotol air mineral dari begnya lalu menunggangkannya ke dalam mulut.
Hatinya perlu bertenang dahulu.
“Lagipun tak payah nak jaga hati diaorang sangat. Diaorang tu siapa pada kita? No one,” ujar Afiq lagi membuatkan mulut Dira terlopong.
“Abang Long ni dah gila ke? Sha tu kan girlfriend Abang Long!”
“EX... girlfriend. Kalau boleh, Abang Long tak nak anggap pun dia tu ex-girlfriend Abang Long dulu.”
Dira mengeluh.
“Suka hati Abang Long la nak anggap dia tu siapa pada Abang Long. Tapi yang penting dia tu dah banyak buat jasa dekat kita?”
“Yeah right,” kata Afiq perlahan sedikit menyindir.
“Abang Long tau tak? Tiga hari dia bersengkang mata sebab nak jaga Papa dekat sini tau. Sebab apa? Sebab Dira tak boleh nak buat semua ni sendiri. Abang Long, Angah, Didie. Semua tak ada nak temankan Lisa. Sha je yang sanggup luangkan masa dia untuk Lisa.”
Afiq terdiam.
“Abang Long dah kecilkan hati orang yang sudi jaga Papa Abang Long yang sorang ni. Just think about it,” kata Dira perlahan lalu melangkah keluar dari bilik Tengku Ariffin.
--------------------------------
Malam itu sekali lagi Shahira menjejakkan kaki ke hospital. Seperti biasalah, dia dan Dira bergilir-gilir tugas. Dira menjaga pada sebelah siang dia pula sudi menjaga Tengku Ariffin pada sebelah malam. Walaupun Dira menolak, Shahira masih lagi mahu menjaga lelaki itu. Katanya ikhlas.
Pintu bilik dikuak perlahan.
“Ehmm hmm.”
Shahira memandang belakang. Jantungnya hampir saja gugur mendengar suara lelaki di dalam bilik. Itu. Kelihatan ada kelibat seseorang di dalam bilik Tengku Ariffin. Sedang duduk di atas sofa di hujung bilik. Afiq. Mulut Shahira sedikit terlopong. Kakinya kembali mengundur ke belakang.
“S---Sorry, I thought no one is here.”
Afiq hanya memandang. Masih lagi terdiam.
Shahira mengeluh lalu mengangkat kakinya semula. Belum sempat pintu bilik Tengku Ariffin ditutup rapat, Afiq menegur.
“Alang-alang dah datang tu, masuk je la.”
Shahira terhenti. Dia menunduk. Nak masuk ke tak? Kalau aku masuk, aku ni siapa? Bukannya ahli keluarga pesakit pun. Tak ada kena mengena dengan pesakit pun. Tapi, kalau aku tak masuk nampak sangatlah aku ni biadab. Alah, masuk je la. Lagi pun, selama ni aku juga yang jaga uncle kan? Masuk je la, desis hati kecil Shahira.
Kakinya melangkah semula masuk ke dalam bilik Tengku Ariffin. Pintu bilik ditutup rapat. Dia hanya memandang Tengku Ariffin. Afiq yang sedang duduk di atas sofa masih lagi begitu. Sedang membaca suratkhabar yang dibelinya pagi tadi. Dia mengeluh. Sombong yang amat mamat ni lepas balik dari UK, rungut hati kecil Shahira.
Baru sahaja dia hendak mengundur diri, Afiq berjalan ke arahnya. Shahira terkejut melihat lelaki itu yang sedang berdiri di sebelahnya.
“Papa masih lagi tak sedar.”
Shahira mengangguk.
“I---I’m sorry about today.”
Shahira menoleh untuk memandang lelaki itu.
“Pardon?”
“Aku tau aku tak patut sindir kau dengan Id macam tu.”
Shahira menunduk.
“Aku tengah minta maaf dengan kau ni,” tambah Afiq lagi.
Shahira terdiam. Inilah kali pertama dia mendengar Afiq membahasakan dirinya menggunakan ‘aku’. Kasar benar bunyinya. Selalunya mereka selalu menggunakan nama masing-masing. Dia tak tahu hendak membalas dengan apa. Nak guna yang mana satu? Aku? Kasar sangat bunyinya. I? Eee, geli. Saya? Formal sangat. Shahira masih lagi terdiam di situ.
“Kau okey ke?” tanya Afiq.
Dari tadi asyik lelaki itu sahaja yang cuba memulakan perbualan.
“Ak...” Jangan Shahira. Kasar sangat tu. “I---I...” Jangan Shahira! Gedik je bunyinya! “S----Saya okey.” Perlahan-lahan Shahira menghela nafasnya. Terasa lega untuk seketika.
Beberapa minit kemudian, mereka kembali terdiam. Janggal benar keadaan pada waktu itu membuatkan Shahira boleh pengsan pada bila-bila masa. Afiq sudah pun kembali ke sofa di penjuru bilik. Dia membaringkan badannya di atas sofa itu. Shahira hanya melabuhkan punggungnya di atas kerusi di sebelah Tengku Ariffin. Dia membelakangkan Afiq.
Yang peliknya dia masih lagi di situ. Langsung tidak mahu mengangkat kaki untuk keluar dari bilik Tengku Ariffin. Melihat keadaan yang semakin senyap sunyi, Shahira berdehem. Mata Afiq laju melihat ke arah Shahira.
Walaupun Shahira tidak nampak, tetapi dia dapat rasakan Afiq sedang memandangnya. Lantas itu, dia terus memusingkan kerusinya dan menghadap Afiq. Afiq yang tadinya sedang terbaring berpura-pura seakan-akan tidak melihatnya.
“S---So, how’s UK?”
Mata Afiq memandang Shahira.
“Fine.”
“Study dekat sana okey?”
“Better than here.”
Sengaja Afiq berkata begitu. Sebenarnya memang ada maksuda tersirat di sebalik kata-kata lelaki itu tadi. Dia mahu hati Shahira terluka dengan kata-katanya, persis dengan apa yang gadis itu lakukan kepadanya dahulu.
Shahira tertunduk.
“S---Sha balik dulu.”
Dia bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi. Pintu bilik Tengku Ariffin dihempasnya sedikit kuat. Dia keluar dari ruang hospital dengan hati yang geram. Yang peliknya kenapa dia terasa seperti hendak menangis? Sedangkan dia dan Afiq tiada apa-apa hubungan lagi.
Afiq terdiam.
Aku dah sakitkan hati dia ke? Reaksi dia tadi macam dah terasa dengan kata-kata aku. Tapi, itu memang apa yang aku nak sampaikan dekat dia. Aku nak dia tau betapa sakitnya hati aku saat dia tinggalkan aku setahun yang lepas. Betapa peritnya rasa kecewa buat kali kedua.
Sejam kemudian, Afiq tertidur di atas sofa memikirkan yang dia sudah mengecilkan hati gadis yang pernah dia sayangi sebelum ini.
----------------------------------
Tengku Sharida, Adrianna, Dira dan Afiq berdiri di sekeliling katil Tengku Ariffin. Semuanya tersenyum gembira. Setelah empat hari menunggu, akhirnya Tengku Ariffin sedar juga. Afiqlah orang yang pertama sekali menjadi saksi Tengku Ariffin sedar dari komanya. Perasaannya ketika menggenggam tangan Tengku Ariffin itu tidak akan dia lupakan.
“Okey, saya tau tuan masih lagi tidak boleh banyak bergerak dan bercakap. Tetapi saya nak tuan memberi respons apabila saya menanya. Boleh tuan buat tu?” tanya jururawat yang sedang memeriksa keadaan Tengku Ariffin.
Kepala Tengku Ariffin dianggukkan perlahan.
“Adakah tuan berasa sesak nafas? Kalau ya sila pejam mata tuan dua kali.”
Mata keempat-empat beranak itu terus tertumpu ke arah mata Tengku Ariffin. Mata Tengku Ariffin masih lagi seperti tadi. Semuanya tersenyum.
“Adakah tuan rasa sakit di bahagian dada?”
“T---Tak...” Perlahan sahaja suara Tengku Ariffin menyapa gegendang telinga kesemuanya yang sedang berada di dalam bilik itu.
“He’s perfectly fine,” kata jururawat itu. “Dia perlukan rehat yang banyak,” tambahnya lagi.
Semuanya menganggukkan kepala masing-masing.
Jururawat itu mengangkat notanya lalu berjalan keluar dari bilik itu meninggalkan anak-beranak itu dengan Papa mereka.
“Abang? Abang nak apa-apa?” tanya Tengku Sharida sebaik sahaja pintu bilik Tengku Ariffin ditutup kemas.
Tengku Ariffin hanya tersenyum lemah. Dia menarik tiub oksigen yang dipakainya perlahan.
“Papa jangan tarik tu,” saran Afiq lalu memakaikannya semula ke hidung Tengku Ariffin.
“S---Sha...” kata Tengku Ariffin perlahan. Nafasnya yang masih lagi belum sekata membuatkan Afiq keliru.
“Apa, Pa?” tanya Afiq lalu mendekatkan telinganya ke mulut Tengku Ariffin.
“S---Sha...” bisik Tengku Ariffin.
Afiq terdiam lalu berdiri tegak sambil tersenyum tawar .

Comments

Anonymous said…
huhu..again !!!
adeh sha sbenarnye ngan sape ???
aqilah said…
aduhhhhhhhhhhhhhh......kenapa harus jadi begini, dong???????????? hehhee......bukan afiq aje yg tertekan, akak pun sama tau!!!!!!!!
heheheeeeeeeeeee
si.tudung.ungu said…
ngaaa~~~...
Shazee... apa sudah jd?
apa nk jd ni?
Shera Jung said…
aqilah : sabo kak . haha .

kiwi : apa nk jd , jd le kiwi oi .
Zuera said…
story sudah semakin menarik. i like ur idea. n indeed, x sabar nk baca next. keep it up. afiq, afiq... selamat afiq rayyan. bukan afiq azwa. kalau tak ramailah yg tangkap cintan.