Sorry! I Still Love You 4




BAB 4
Yogurt di tangan Zaid disuapkan ke dalam mulut Shahira. Gadis itu tersenyum.  “Lama tak jumpa,” kata Zaid perlahan lalu meyuapkan pula yogurt itu ke dalam mulutnya.
Shahira mengelap mulutnya menggunakan tisu. “Busy,” jawabnya ringkas.
“Busy buat apa?”
“Jaga Papa Dira.”
Dahi Zaid berkerut. “Kenapa dengan Papa dia?”
“Heart attack, three days ago.”
“Oh, really?”
Shahira mengangguk. Entah bagaimanalah keadaan Tengku Ariffin sekarang ini? Kesian pulak tinggalkan Dira seorang diri di situ bersama dengan adik dia, Adrianna tu. Lepas ni aku pergi jenguk diaorang la, gumam hatinya.
“Fikir apa tu?” tanya Zaid.
Shahira memandangnya. “Nothing.”
“Err, Sha masih lagi berhubung dengan family diaorang ke?”
“Maksud Abang Zaid apa?”
“Maksud Abang Zaid, Sha still contact dengan family Afiq lagi la?”
Shahira terdiam. “Kenapa Abang Zaid tanya?”
“Saja nak tau.”
“Well, umm, dengan Dira. Yes.”
“Dengan Afiq?” Zaid menanya lagi. Mendengar soalannya tadi, terus Shahira memandang Zaid. Matanya dikecilkan. Kenapa nak ungkit nama lelaki tu lagi? Tanyanya sendirian.
“Tak.”
Zaid tersenyum lega.
“Hehe... Abang Zaid jealous ek?” tanya Shahira sambil tergelak kecil.
Zaid buat muka selamba.
“Abang Zaid ada hak nak jealous kalau ye pun. Sha tu kan bakal jadi milik Abang Zaid jugak nanti,” katanya sambil tersenyum penuh makna.
“Isy, gatal.” Pinggang Zaid dicubit perlahan.
“Amboi, cubit orang nampak.”
“Biar la.”
“Dosa tau, dera bakal suami.”
Shahira tergelak. “Hmm, alang-alang belum lagi. Biar la Sha cubit Abang Zaid banyak kali!”
Zaid bangun dari tempat duduknya lalu memulakan lariannya.
“Cubit la! Tapi sebelum tu, kena kejar Abang Zaid dulu!” katanya yang sudah meninggalkan Shahira di belakang.
Shahira berhenti berlari. Dia memegang dadanya sambil tercungap-cungap.
“Siaplah! Kalau Sha dapat Abang Zaid, siap!” katanya sambil mencekak pinggang.
----------------------------------
“Thank you for choosing Malaysian Airlines. The whole crew hope you enjoys the flight and hope to see you again. Thank you,” kata salah seorang daripada krew kapal terbang yang sedang bertugas.
Lelaki itu bangun dari tempat duduknya lalu berjalan keluar dari ruang kapal terbang. Dia menunggu di tempat bagasi-bagasi penumpang dikeluarkan. Setelah terjumpa bagasinya, dia terus membongkok lalu menarik bagasinya itu.
Dia berjalan ke ruang utama lapangan terbang KLIA. Ditahannya sebuah teksi yang berwarna merah itu. Kakinya melangkah masuk ke dalam kereta.
“Nak ke mana Encik?” tanya pemandu teksi itu.
“Hospital Ampang,” jawabnya perlahan.
Pemandu teksi itu mengangguk lalu mula menekan pedal.
------------------------------------
Zaid mematikan enjin keretanya. Pintu kereta dibuka lalu dia melangkah keluar dari kereta. Shahira sudah pun berdiri di sisi kereta. Mereka berdua berjalan beriringan ke bilik Tengku Ariffin. Shahira melemparkan senyuman apabila bertembung dengan jururawat-jururawat yang pernah merawat Tengku Ariffin.
Tiba-tiba tangan Shahira ditarik. Dia berhenti melangkah lalu menoleh ke belakang.
“Sha?”
“Ha, Dira. Aku baru nak pergi tengok uncle.”
Dira tersenyum kemudian memandang Zaid.
“Hai,” kata Zaid perlahan sambil mengangkat tangan kanannya.
“Datang nak tengok Papa jugak ke?”
Zaid mengangguk sambil tersenyum.
“Jom la.”
Dira, Shahira dan Zaid melangkah ke bilik Tengku Ariffin.
“Kau dari mana?” tanya Shahira pada rakannya itu.
“Kafeteria. Makan jap.”
“Hmm, adik kau?”
“Aku dah hantar dia balik tadi. Dia cakap nak temankan Mama aku.”
“Hmm.”
Pintu bilik Tengku Ariffin dibuka. Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dira duduk di atas kerusi dan menatap muka Tengku Ariffin. Sayu sahaja riak mukanya. Shahira memandang Zaid yang sedang duduk di sofa belakang.
“Uncle macam mana?”
“Nurse cakap tak banyak sangat perkembangan.”
Dipandangnya tiub-tiub yang masih lagi terlekat di badan Tengku Ariffin. Lelaki itu masih lagi memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas. Mendatar sahaja pernafasannya. Shahira pandang pula skrin monitor. Tiada apa yang tidak normal baginya.
Sejak menjaga Tengku Ariffin tiga hari lepas, dia sudah arif dengan alat-alat di dalam bilik itu. Buat masa ini masih lagi tiada tanda-tanda yang mencurigakan. Macam mana la agaknya rasa berada di tempat Tengku Ariffin? Mesti sakit sangat.
Tiba-tiba pintu bilik Tengku Ariffin dikuak. Siapa pula yang datang jenguk lagi ni? Tanya hati Shahira. Semua yang berada di dalam bilik itu menoleh ke belakang. Tiga pasang mata tersembul keluar. Mulut seolah-seolah kaku tidak boleh berkata apa-apa.
Zaid masih lagi terduduk di atas sofa. Jelas kelihatan di mukanya, terkejut. Ya, semua orang di dalam bilik itu terkejut. Makhluk Tuhan itu berjalan ke katil Tengku Ariffin lalu dikucup kasih dahi lelaki tua itu. Dia mengeluh.
-----------------------------
Dira, Shahira, Zaid dan tetamu yang tadinya membawa kejutan kepada mereka bertiga duduk bertentangan antara satu sama lain. Dira di sebelah kanan Tengku Ariffin, di belakangnya berdiri Shahira dan Zaid. Afiq memandang mereka bertiga kemudian berpaling pula kepada Tengku Ariffin.
“Bila Abang Long sampai?” tanya Dira perlahan.
“Tadi,” jawabnya sepatah. Dira menanya sepatah, dia pun menjawab sepatah.
Shahira dan Zaid yang berdiri di belakang sudah semakin tak selesa. Zaid cuba berlagak selamba sambil mencuit perlahan tangan Shahira. Shahira pula seakan-akan mengerti. Dia mahu keluar dari bilik itu secepat yang mungkin.
“Err, Dir---“
“So, bila korang nak kahwin?” tanya Afiq sedikit sinis.
Afiq memandang Shahira dan Zaid. Tajam pandangannya membuatkan tapak tangan Shahira berpeluh.
“Korang tengah dating kan?” tambahnya lagi.
“A---Abang Long.”
“Hmm?”
Afiq memandang Dira. Dia mengangkat keningnya seolah-olah dia tidak mengerti apa yang hendak disampaikan oleh adik perempuannya itu. Pandangannya dialihkan semula kepada Shahira dan Zaid. Kedua-duanya masih lagi berdiam diri.
“Oit,” panggil Afiq lagi. “Tak payah malu-malu, bagi tau je aku.” Dia tersenyum.
Shahira pelik. Kenapa dengan dia? Macam tak ada apa-apa yang berlaku pun.
“A’ah, memang aku plan nak kahwin dengan Sha next month.”
Selamba sahaja Zaid menjawab. Shahira pandang dia denga mata sedikit terbeliak kemudian menunduk. Isy, memang la aku setuju dengan cadangan dia tu. Tapi, tak payah la nak heboh-heboh dulu. Nanti tak jadi kan susah? Malu!
Afiq terdiam kemudian tersenyum sinis.
“Kenapa tak kahwin esok je? Jangan tangguh sampai sebulan, nanti jadi macam dengan Yunie tu.” Kedengaran sinis saja kata-kata Afiq tadi. Dia tergelak, kononnya hendak membuat lawak. Tetapi Zaid sudah mendiamkan diri. Ditatapnya wajah Afiq lama. Shahira pandang ‘teman lelaki’nya itu. Dia gigit bibir. Jangan gaduh dekat sini sudah la, gumamnya sendirian.
“Hey, chill. Aku main je tadi,” kata Afiq sambil tersenyum.
Shahira terdiam. Kalau dia jadi Zaid, rasanya dah lama dia terkam si Afiq tu. Sinis betul sindirannya tadi. Shahira tahu yang kata-kata Afiq tadi itu bukannya bahan gurauan tetapi lebih kepada bahan sindiran. Afiq sengaja mahu menyakiti hati Zaid.
“Err, D---Dira. Aku balik dulu la ek.”
Dira mengangguk perlahan.
“Bawa kereta tu elok-elok.” Sempat lagi Afiq memesan kepada Shahira. Dia tersenyum.
“Don’t worry, dia naik dengan aku. Aku takkan biarkan ‘sesiapa’ pun harm dia,” saran Zaid sambil tersenyum sinis.
Shahira menarik tangan Zaid lalu membuka pintu. Mereka berjalan keluar dari bilik Tengku Ariffin.

Comments

Anonymous said…
aiseh..sweet btul la zaid n sha..
tpi npe die curang..sian zaid nnt..
*relationship ngn cousin..mmg interesting !!! same case here..but i x curang !!
si.tudung.ungu said…
I am still a fan of Afiq,
till'

Afiq balik-> Happy, siap lompat2 lgi
Afiq mula bersuara -> Oh,My! What happened to my Afiq!!
aqilah said…
tapi akak dapat rasakan, yg sha dgn zaid pun tak boleh bernikah.....sebab.....sebab........
hanya shazee aje yg tau.................heheheeeeeeeeee
apapun, akak still pilih afiq as a first hero!!!!!!!!!!
eina said…
nak sha dgn afiq!!!!
kenapa dengan zaid..huhuhu...xshuke...
Shera Jung said…
kiwi : cewah . shazee tgk kiwi ske benor kt afiq tu . hoho .

aqilah : haha . shazee igt akak da tau cte nie . bru igt nk tukar writer . haha .

eina : tu la kn . afiq tu lembab sgt . x nk amik move . haha .