Sorry! I Still Love You 3




BAB 3
“Uncle apa khabar?” tanya Shahira sewaktu kakinya melangkah masuk ke dalam bilik Tengku Ariffin.
Buat masa ini, dia dan Dira sudah pun bersetuju untuk menjaga Tengku Ariffin secara bergilir-gilir. Kasihan Shahira melihat keadaan Dira yang pucat lesu. Sudah tiga hari keadaan Tengku Ariffin begitu dan sudah tiga hari juga Dira tidak pergi ke kampus.
Keadaan Tengku Ariffin masih lagi begitu. Seakan-akan mayat hidup. Bernyawa tetapi tidak bergerak. Sesekali nafasnya tidak sekata dan memerlukan bantuan oksigen yang banyak. Shahira harus mengawasinya. Terutama pada waktu Tengku Ariffin sedang tidur. Iaitu malam.
Takut pula nanti jadi apa-apa, gadis itu tidak tahu.
“Uncle dah makan?”
Shahira memandang Tengku Ariffin. Dia tergelak kecil.
“Sorry uncle, lupa pulak . Uncle kan tengah koma...”
Dia tertunduk.
“Oh, hmm. Hari ni saya ada bawa suratkhabar untuk uncle. Dah tiga hari uncle tak tau pasal perkembangan dekat Malaysia ni kan?”
Shahira mengangkat begnya yang diletakkan di atas lantai ke paha. Dibuka zip beg itu dan suratkhabar Mingguan Malaysia ditarik keluar.
“Uncle nak saya baca yang mana dulu ek? Yang luar negara ke dalam negara?”
Dia memandang semula Tengku Ariffin kemudian tersenyum.
“Saya baca yang dalam negara dulu la ye?”
Dia tersenyum kemudian memulakan pembacaannya. Semua berita yang ada di dalam suratkhabar itu dibaca. Dia tahu walaupun Tengku Ariffin tidak boleh bergerak atau pun memberi tindak-balas, tetapi lelaki itu masih lagi boleh mendengarnya.
Pintu bilik dikuak perlahan. Shahira memandang.
“Cik ahli keluarga pesakit ke?”
“U---Umm, yeah.”
Jururawat itu mengangguk lalu tersenyum.
“Tak apa, saya datang nak periksa saja.”
Shahira bangun dari kerusinya lalu mengundur ke belakang.
“Oh, sila la nurse.”
Bukan nurse yang semalam, desis hati Shahira. Jururawat itu menjalankan tugasnya. Diperiksanya bekalan oksigen Tengku Ariffin kemudian dia beralih pula kepada mata lelaki itu. Setelah itu, dia mencatat perkembangan Tengku Ariffin di dalam nota.
“Err, nurse?”
Jururawat perempuan itu memandang Shahira sambil mengangkat keningnya.
“Bila dia nak sedar ek?”
“Entah la cik. Saya tak boleh nak bagi harapan. Orang yang koma ni susah kita nak jangka. Maybe it takes him a week, a month or perhaps a year time for him to be awake.”
“But, he’s going to be fine right?”
“Insyallah. Pihak hospital akan jalankan pemeriksaan secara teliti. Kami akan tolong setakat yang kami mampu. Itu cik jangan risau.”
Dia tersenyum.
“Okeylah cik. Saya ada kerja lagi. Saya minta diri dulu la ye?”
Shahira mengangguk.
Pintu bilik dibuka dan jururawat itu melangkah keluar.
----------------------------
“Mama, Kak Lisa panggil makan. Mak Limah dah masak,” kata Adrianna kepada Tengku Sharida. Anak bongsunya itu baru sahaja sampai dari asrama malam semalam.
Dia tersenyum.
“Ha, ye la. Lagi lima minit Mama turun.”
Adrianna mengangguk lalu berjalan pergi.
Setelah semuanya berkumpul di meja makan, Mak Limah mula melayan setiap seorang daripada mereka. Nasi, lauk sehingga ke air semuanya dilakukan oleh Mak Limah sendiri. Dia faham keadaan keluarga majikannya yang sedang tertekan sekarang. Semuanya kelihatan tidak bermaya.
“Lepas ni Lisa nak pergi hospital,” kata Dira kepada Tengku Sharida.
“Mama ikut ye, Lisa?”
Dira memandang Tengku Sharida.
“Mama rehat la dulu. Lisa tengok Mama tak bermaya lagi. Rehat dulu. Lisa pergi ni pun sebab Lisa nak ganti dengan Sha. Kesian dia. Lepas kelas je terus pergi sana.”
Tengku Sharida terdiam.
“Didie ikut ye Kak Lisa?” tanya adiknya perlahan.
“Okey.”
Selesai saja makan tengah hari, Dira dan Adrianna terus bertolak ke Hospital Ampang. Ditinggalnya Tengku Sharida di rumah seorang diri bertemankan Mak Limah yang sedang sibuk menjalankan tugasnya di dapur. Tengku Sharida memang orang gajinya itu. Sudah lebih sepuluh tahun orang tua itu bekerja dengannya.
“Mak Limah,” panggil Tengku Sharida perlahan.
Mak Limah menoleh ke belakang sambil mengelap tangannya di kain lap. Dia tersenyum.
“Ye, puan?”
“Mak Limah rasa keadaan suami saya macam mana?”
Mak Limah terdiam.
“Mak Limah rasa dia...”
“Isy, puan. Kita sebagai manusia hanya boleh berusaha saja. Tuhan yang menentukan segala-galanya. Puan dah banyak berusaha untuk menjaga kesihatan Tuan Ariffin. Kalau dah Tuhan tu sayang lebih dekat dia, kita tak boleh nak buat apa-apa.”
Tengku Sharida mengangguk perlahan.
Melihat Tengku Sharida yang masih tidak bersuara, Mak Limah jadi risau. Takut pula majikannya itu terasa dengan kata-katanya tadi.
“Puan, saya minta maaf ye kalau kata-kata saya tadi buat Puan terasa hati. Saya tak berniat pun nak---“
“Mak Limah,” potong Tengku Sharida.
Mak Limah memandang Tengku Sharida.
“P---Puan?”
“Saya tak terasa langsung. Malah, saya berterima kasih sangat Puan cakap macam tu. Buat saya tersedar.”
Tengku Sharida dan Mak Limah tersenyum sesama sendiri.
“Mak Limah minta diri ke depan dulu la ye?”
Tengku Sharida mengangguk.
-----------------------------------
Dira mengetuk pintu bilik Tengku Ariffin. Pada mulanya, dia ingatkan Shahira sudah pun berangkat ke kampus tapi rupa-rupanya gadis itu tertidur di atas sofa yang disediakan di belakang bilik. Terduduk dia di situ, nyenyak sekali tidurnya.
“Hello, kak. Sini bukan tempat tidur.”
Adrianna menggoyang-goyangkan badan Shahira yang sedang terlena. Dira berlari-lari anak ke arah adiknya yang berumur tujuh belas tahun itu. Dia menarik lengan adiknya itu.
“Isy, Didie. Buat apa tu?” tanya Dira perlahan masih lagi tidak mahu membangunkan tidur Shahira.
Dahi Adrianna berkerut.
“Kak Lisa, ni strangers. Apa dia buat dalam bilik Papa ni?”
“Tu kawan akak la.”
Shahira terjaga dari tidurnya. Dia memandang sekeliling kemudian matanya terhenti kepada kelibat Dira dan Adrianna.
“Ha, Dira. Bila kau sampai?” tanya Shahira perlahan.
Tangannya menggosok-gosok matanya. Dia menguap. Terasa mengantuk benar dia tadi. Sampaikan dia boleh terlena sekejap. Adrianna berjalan ke katil Tengku Ariffin. Kerusi di sebelah katil itu ditarik lalu dia melabuhkan punggungnya. Dipegangnya tangan Tengku Ariffin.
“Siapa tu?” tanya Shahira separuh berbisik.
“Oh, ha. Ni adik aku, Tengku Adrianna Sofea.”
Shahira tersenyum lalu mengangguk.
“H---Hai,” kata Shahira sedikit tergagap kepada Adrianna.
Adrianna menoleh ke belakang lalu tersenyum sinis. Kemudian, dia mengalihkan semula pandangannya kepada Tengku Ariffin.
“Macam mana keadaan Papa aku sekarang?”
“Nurse cakap semuanya okey. Setakat ni dia masih lagi tak ada apa-apa response, tapi everything’s fine.”
Dira memandang Tengku Ariffin kemudian mengeluh.
“Eh, Dira. Aku kena cepat ni. Kelas aku nak start dah ni,” ujar Shahira lalu bergegas mengambil beg galasnya.
Dira hanya memandang kawannya itu kemudian tertunduk.
“Sha, thanks ek sebab kau sudi jaga Papa aku.”
Shahira tersenyum.
“Aku tak tau la kalau kau tak ada. Nak harapkan aku ni. Hmm, entah la apa jadi dekat Papa aku nanti,” tambah Dira lagi.
“Oit, aku memang appreciate kau nak puji aku. Tapi, kita sambung balik lepas aku habis kelas boleh? Aku kena rush ni.”
Dira tergelak.
“Aku belasah karang baru tau.”
Sempat lagi Dira memerli kawannya itu. Shahira hanya menggelengkan kepalanya sambil tergelak. Dia mengangkat kakinya lalu keluar dari bilik itu. Tinggallah Dira dan adiknya sendirian di dalam bilik itu. Memerhatikan keadaan Papa mereka.
Dira mengeluh.
“Papa, bila Papa nak bangun?” tanya perlahan.
Adrianna mengusap perlahan bahu kakaknya itu. Dia turut sama mengeluh. Dah la dia duduk di sekolah berasrama penuh. Nak jumpa Tengku Ariffin kena tunggu dua atau tiga bulan. Baru dapat jumpa. Tiba-tiba bila dia balik semula ke sini, Tengku Ariffin sudah pun terlantar di atas katil hospital. Tidak bergerak mahupun berkata apa-apa.
“Didie nak pergi toilet jap ek?”
Dira mengangguk.
Adrianna membuka pintu lalu berjalan keluar meninggalkan Dira di dalam bilik. Keseorangan.

Comments

Anonymous said…
i thought the previous one was i sorry *still* love you??
isn't?
or dah tukar tajuk???
Shera Jung said…
a'ah , dulu mmg sorry , i *still* love you . tapi sbb de terfikir nk wt season 2 kn . i tuka la tjuk dye awl2 . ehehehe .
si.tudung.ungu said…
ler... patut la... mule² agak pelik gak.. tgk kt p2u, mmg ad *still*

emm... skrg ni still tgh bingung dgn perkembangan watak² ni... so, sgt² menanti n3 sterusnya... hehe =)
Shera Jung said…
kiwi : shazee da ckp kt p2u tp dyeorg cam lmbt ckit , so shazee tuka sndiri . hehe . nk entry lg ke ? hoho , sbr .