Sorry! I Still Love You 2



BAB 2
Dira duduk di atas lantai. Berita yang baru didapati tadi sangat meruntun jiwanya. Dia menangis di situ sendirian. Tengku Sharida sedang berada di dalam bilik, menjaga suaminya yang masih lagi tidak sedar. Lututnya dibawa ke dada. Diletakkan kepalanya di atas lutut. Dira cuba menahan tangisnya tetapi memandangkan tiada sesiapa di sisi yang bisa memujuknya, air matanya jatuh lagi.
Kalau la Abang Long ada, katanya sendirian.
“Dira, kau okey ke ni?” Bahunya ditepuk perlahan oleh seseorang. Dira mengangkat mukanya yang masih basah dengan air mata lalu memandang gadis itu. Dia tersenyum.
Sha.
“Eh, kenapa kau menangis ni?” tanya Shahira yang sedang terpinga-pinga. Risau dia melihat kawannya yang sedang tersedu-sedan di sebelahnya.
“Papa aku Sha. Papa aku,” kata Dira perlahan.
“Kenapa dengan Papa kau?”
“Dia koma. Heart attack petang tadi dekat pejabat.”
Mulut Shahira terlopong.
“I’m so sorry to hear this,” ujar Shahira simpati. Terus dia memeluk Dira seerat yang mungkin.
Merasa tangan Shahira yang sedang melingkari bahunya, air mata Dira berjurai keluar. Dia memegang lengan Shahira yang masih kejap memeluknya.
“Aku takut Sha.”
“Kau tak payah takut, aku ada dekat sini.”
Dira mengesat air matanya.
“Aku takut Papa aku...”
“He’ll be fine,” jelas Shahira cuba menenangkan kawannya itu.
Sedang mereka terduduk di atas lantai hospital, pintu bilik Tengku Ariffin ditempatkan dibuka. Kelihatan Tengku Sharida sedang berdiri di sebelah pintu menatap wajah aku dan Dira. Shahira tersenyum tawar lalu meleraikan tangannya dari bahu Dira. Dia berjalan ke arah wanita tua itu dan mendakapnya erat.
Sekali lagi, Tengku Sharida menitiskan air matanya.
“Bila Sha sampai?” tanya wanita itu lalu meleraikan dakapan Shahira.
“Baru je aunty. I’m sorry,” kata Shahira penuh kesal.
“It’s okay.”
-----------------------------------
Tengku Sharida mengangkat perlahan cawan kopi lalu disuakan ke mulutnya. Kopi yang masih lagi sedikit berasap-asap seperti tidak meninggalkan kesan pada Tengku Sharida. Mungkin dia tertekan agaknya, fikir Shahira.
“Lisa pergi tengok Papa kejap ye, Ma?” tanya Dira sambil memegang tangan Tengku Sharida.
Tengku Sharida mengangguk sambil menepuk-nepuk tangan anak gadisnya itu. Dia berasa sangat bersyukur yang Dira masih lagi di sisinya. Nasib baiklah anaknya itu ada di situ, kalau ke luar negara seperti abang-abangnya, Tengku Sharida tidak tahu hendak membuat apa.
Shahira pandang wanita itu.
“Aunty okey?” tanya Shahira.
Tengku Sharida mengukirkan senyuman. Tawar benar.
“Entah la, Sha. Aunty risau sangat. Masuk kali ni dah dua kali heart attack dia datang tahun ni.”
“Doktor cakap apa?”
“Doktor cakap penyakitnya dah sampai ke tahap yang boleh dianggap kritikal. Tekanan kerja katanya.”
Shahira mengangguk faham.
“Kita berdoa je la aunty. Mohon yang uncle selamat.”
“I hope so.”
Sekali lagi air kopi itu dihirup.
“Don’t worry. He’s going to be fine. He’s a tough man, kan?”
Tengku Sharida tergelak kecil. Kali ini ikhlas dari hatinya. Shahira tau itu.
“Macam mana Sha tau dia tough?”
“Ye la, first time masa Sha datang rumah aunty dulu. Tegas betul dia tu.”
“Yeah.”
Jam di tangan, Shahira kerling. Sudah pukul sebelas malam. Kalau balik lambat nanti, kena marah pulak dengan warden. Dia mana boleh keluar sampai tengah malam. Baru student semester dua dah nak buat masalah ke? Dia gigit bibir. Baru saja dia hendak meminta izin untuk mengundur diri, Tengku Sharida terlebih dahulu memulakan perbualan sekali lagi.
“Aunty call Rayyan semalam,” katanya perlahan sambil menatap wajah Shahira.
Shahira terkejut. Tiba-tiba sahaja nama lelaki itu disebut.
“O---Oh.” Itu sahaja yang dapat keluar dari mulut gadis berumur dua puluh tahun itu.
Melihat Tengku Sharida yang tidak berkata apa-apa, Shahira mula menanya.
“Dia macam mana sekarang ek?”
Tengku Sharida memandang Shahira. Dahinya sedikit berkerut.
“You guys not keeping in touch?”
Shahira terdiam. Dia mencari-cari jawapan yang bernas. Dia tidak mahu menyinggung perasaan wanita itu. Pada tanggapan Tengku Sharida, Afiq dan Shahira masih lagi seperti dulu. Sepasang ‘kekasih’. Shahira menggengam tangannya.
“U---Umm, no. Dia selalu call Sha. But we lost contact like already a month. Sebab Sha nak focus study and dia pun nak focus study. So...”
Tengku Sharida mengangguk.
“Dia tak dapat nak balik sini. Sebab dekat sana tengah ada heavy storm.”
“Hmm.”
“Tapi anak aunty dekat asrama tu balik esok.”
“Oh ye ke?”
Tengku Sharida mengangguk.
“Tak apa, aunty. Aunty jangan risau. Kalau aunty perlukan pertolong. Just call me. Let me give you my number.”
Shahira menyelongkar beg galasnya dan mengeluarkan sehelai kertas. Ditulisnya nombor telefon bimbitnya kemudian kertas putih itu dihulurkan kepada Tengku Sharida. Wanita itu hanya meneliti nombor telefon yang dicatat.
Sekali lagi Shahira mengerling jam tangannya. Dahinya berkerut. Kakinya menendang perlahan lantai.
“Rushing somewhere?” tanya Tengku Sharida.
Shahira memandangnya.
“No, it’s just that. Sha dah lewat. Nanti warden asrama cakap apa pulak.”
Tengku Sharida tersenyum.
“Tak apa la. Sha balik dulu.”
Shahira menggengam tangan Tengku Sharida.
“Listen aunty. This is really important. Kalau ada apa-apa yang Sha boleh tolong aunty atau Dira, just call me. Don’t be hesitate. Just... just call me okay?”
Tengku Sharida menguntum senyuman lalu mengangguk perlahan.
“Sha, balik dulu ye aunty?”
Shahira mencapai tangan wanita itu lalu bersalaman dengannya. Kemudian, dia pergi meninggalkan Tengku Sharida keseorangan di ruang kafeteria hospital yang masih lagi dikunjungi keluarga pesakit-pesakit yang menetap di hospital itu.
------------------------------
Ya, aku dapat kain baru lagi. And ya, aku ada projek baru lagi. And ya, aku hanya ada seminggu untuk siapkan tiga helai baju. Gosh! This is killing me! Bukan ke minggu lepas kitaorang baru habis projek yang dulu tu? Ni ada lagi? Shahira mula menyumpah seranah.
Dia mengeluh. Daripada dia memarahi dinding dan siling yang tak ada perasaan tu, lebih baik dia pergi ke hospital menjenguk ayah Dira. Jauh lagi bagus. Kereta Perodua Myvi berwarna hitam itu dihidupkan enjinnya.
Sesampainya dia di hospital, kakinya terus laju melangkah menuju ke bilik Tengku Ariffin. Kelihatan Dira yang sedang berdiri di luar pintu. Matanya menjenguk keadaan ayahnya yang sedang terbaring kaku.
“Macam mana Papa kau?” tanya Shahira perlahan.
Dira menoleh ke belakang. Dia mengeluh kemudian menghala semula kepada ayahnya.
“Macam tu la. Dah dua hari dah ni, still tak ada perubahan.”
Shahira terdiam. Dia memandang Dira yang kelesuaan.
“Dira, kau tak balik semalam dengan hari ni ek?”
Dira mengangguk perlahan dengan pertanyaan Shahira. Shahira menggelengkan kepalanya.
“Aunty mana?”
“Mama dekat rumah. Aku suruh dia berehat dulu.”
“Dah la kau pergi balik, teman aunty Sharida. Kesian dia dekat rumah tu sorang-sorang.”
“Tak apa la, Sha. Aku nak tengokkan Papa.”
“Masalahnya kau dah lesu dengan pucat. Nanti kau pulak yang masuk wad. Time tu siapa yang nak tengok-tengokkan uncle? Aunty mesti stress.”
Dira tertunduk.
“Tak apa. Pasal Papa kau, kau jangan risau. Aku kan ada?”
Dira pandang temannya itu.
“Eh, Sha. Tak payah la. Susah-susah je kau kena jaga Papa aku pulak.”
“Tak apa. Tak susah pun. Kau kan kawan aku?”
Dira terdiam.
“But, Sha. Really...”
“Aku okey Dira. Tak apa.”
Dira mengeluh.
“Ni, visitors boleh masuk dalam tak?”
Dira mengangguk perlahan.
“Okey,” kata Shahira lalu tersenyum.
“But...”
“Dah. Sudah. Pergi. Balik,” saran Shahira pada Dira yang makin lama makin degil perangainya. Dira menguntum sedikit senyuman sebelum berlalu pergi meninggalkan Shahira di bilik ayahnya.
Dia membuka pintu bilik Tengku Ariffin dan melangkah masuk ke dalam. Kemudian, pintu bilik itu ditutup. Dia memandang lelaki itu. Beg galasnya diletakkan di atas meja kemudian dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi plastik berwarna biru tua itu. Nafas Tengku Ariffin mendatar. Maknanya lelaki itu dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
“Macam mana boleh jadi macam ni, uncle?”
Tengku Ariffin terdiam. Shahira pula mengeluh.
“Minta maaf cik, ganggu sekejap.”
Shahira memandang ke belakang lalu tersenyum.
“Okey.”
Jururawat itu ke depan dan memeriksa keadaan Tengku Ariffin.


“Pak Abu pakai spek mata,
Hai, tak nak komen ke kome?”
Hahaha.

Comments

Anor said…
seronoknya ada sambungan kali ni...
Shera Jung said…
anor : hehe . sronok sgt nmpk .