Sorry! I Still Love You 1




BAB 1
Kakinya melangkah keluar dari tandas perempuan. Dia tersenyum. Hmm, new semester has begun. Aku kena banyak berusaha. Shahira berjalan ke tempat letak keretanya. Pintu kereta dibuka dan dia melangkah masuk ke dalam. Enjin kereta dihidupkan.
KRING!
Dahinya berkerut. Amboi, mentang-mentang la dia tahu aku dah habis kelas. Terus dia nak call aku, desis hatinya. “Hello?” tanya Shahira perlahan menyapa pemanggil di sebelah sana.
“Dah habis kelas?” tanya pemanggil itu pula.
“Dah, baru nak keluar la ni.”
“Okey, Abang Zaid tunggu dekat sana.”
“Orait.”
Dia memutuskan panggilan itu dan mula memandu. Dalam setahun ni, hubungan Shahira dan Zaid sudah makin rapat. Terutama sekali lepas Afiq pergi meninggalkan dia, Shahira perlukan seorang teman untuk mendengar keluhan hatinya. Tapi buat masa ni, dia sudah tidak menganggap sepupunya itu sebagai seorang teman. Tetapi mungkin lebih dari itu. Dia pun pernah menaruh harapan pada lelaki itu.
Tetapi, pada masa itu dia masih lagi kecil dan tidak kenal erti cinta yang sebenarnya. Shahira tersenyum. Ah, yang aku fikir pasal kenangan lama ni kenapa? Let’s move on Shahira. Dia tersenyum lagi. Nasib baiklah Zaid ada dengan aku selama ni. Kalau tak, aku tak tau la nak mengadu perasaan aku ni dekat siapa. Duduk pulak sorang-sorang dekat Shah Alam. Tini tak ada. Kalau Tini ada dekat sini, Shahira tidak akan cari Zaid langsung.
Dia membelok ke kiri dan memasuki tempat letak kereta Shah Alam Convention Centre. Enjin kereta dimatikan lalu dia melangkah masuk ke dalam pusat membeli belah itu. Kelihatan Zaid sedang duduk di atas sebuah kerusi di depan sebuah restoran makanan segera.
Shahira berjalan ke arah lelaki itu.
“Hei, berangan di petang hari ke?”
Zaid menoleh dan tersenyum.
“Lambat sampai?”
“Traffic jam.”
“Jom la.”
Dia bangun dari tempat duduknya dan berjalan masuk ke dalam kafe Big Apple Donuts and Coffee. Zaid membuat pesanan untuknya dan juga Shahira. Kemudian, pelayan itu berjalan pergi meninggalkan meja mereka.
“Macam mana dengan semester baru?” tanya Zaid.
“Everything’s fine,” jawab Shahira lembut.
Satu lagi perubahan dalam diri Shahira. Sejak dia rapat dengan Zaid, cara percakapannya sudah semakin lembut. Kalau dulu dia selalu cakap ikut mulut, sekarang ni selu berjaga-jaga. Kalau tak perlu, dia tak akan cakap pun. Tapi, kalau dengan orang yang dia kenal. Fuuh, cakap tak henti-henti.
Walau bagaimana pun, padanya ia adalah satu perubahan yang bagus dan patut dia lakukan. Ye la, dia tu kan perempuan? Sedang meningkat dewasa lagi. Nanti apa pulak kata orang.
“Tengah fikir apa tu?”
Shahira memandang Zaid kemudian tersenyum.
“Tak ada apa la,” jawabnya tenang. “Hmm, Abang Zaid teman kakcik pergi MPH lepas ni boleh?” tanya Shahira.
“Nak cari apa?”
Shahira mencebik.
“Cari harimau.”
Zaid tergelak kecil.
“Dah nak pergi kedai buku cari buku le. Ee, Abang Zaid ni. Tanya lagi buat apa?”
“Saja la. Mana la tau pergi MPH cari boyfriend ke?”
“Tak ada kerja.”
--------------------------------
Muka surat yang seterusnya diselak. Shahira bersila di atas lantai. Buku ‘Narnia: Voyage of The Dawn Treader ‘ memang menarik perhatiannya. Walaupun karakter kesukaannya iaitu Peter tak ada dalam edisi kali ini, tapi dia tetap menjadi penyokong setia cerita itu.
“Kakcik?” panggil Zaid perlahan.
“Hmm?”
Shahira tidak menoleh untuk melihat Zaid yang sedang duduk di sebelahnya. Terlalu asyik dengan buku yang sedang dibacanya. Dia langsung tidak perasaan yang selama setengah jam itu, dia telah menjadi bahan perhatian Zaid.
“Abang Zaid nak cakap something,” tambah lelaki itu lagi.
“Cakaplah.”
Melihat Shahira yang masih tidak mahu melepaskan bukunya itu, Zaid bangun dari tempat duduknya. “Excuse me everybody,” katanya dengan nada suara yang sedikit kuat dari tadi.
Semua orang yang sedang membeli, membaca mahupun melihat buku-buku di dalam kedai buku MPH itu beralih pandangan untuk memandang Zaid yang sedang berdiri di tengah-tengah kedai. Tidak terkecuali, Shahira. Pengunjung-pengunjung mula membuat bising. Ada yang bercakap-cakap.
“I’m sorry if I disturb your beautiful quality time,” kata Zaid.
“Abang Zaid, apa yang Abang Zaid buat ni?”
Shahira menarik hujung seluar Zaid. Dia yang tadinya sedang asyik membaca buku, menghentikan pembacaannya. Buku itu diletakkan semula di dalam rak. Tapi, dia masih lagi begitu. Terduduk di atas lantai. Memikirkan apa yang akan dilakukan oleh sepupunya yang seorang tu.
“I have a beautiful perfect girl sitting on the floor next to me right now.”
Mata Shahira melilau mencari kelibat gadis yang dikatakan oleh Zaid itu. Dia tidak perasan yang lelaki itu sedang bercakap tentang dirinya. Pengunjung-pengunjung sudah pun tersenyum manis sambil melihat Shahira yang masih buntu.
“He’s ging to propose,” kata salah seorang pengunjung berbangsa Cina kepada kawannya di sebelah.
“And I want you guys to witness this,” ujar Zaid sambil melutut menghadap Shahira.
Shahira memandangnya tidak mengerti. Dahinya berkerut.
“Ila Shahira, will you marry me?” tanya Zaid separuh berbisik di telinga gadis itu. Dia mengeluarkan sebuah kotak kecil berwarna merah yang berisi cincin.
Shahira tergamam. Matanya sedikit terbeliak. Zaid tersenyum melihat reaksi gadis itu. Pengunjung kedai buku itu sudah pun bersorak-sorai dan bertepuk tangan. Shahira buntu. Apa yang dia buat ni? Kenapa tiba-tiba je?
“I---I don’t k---know,” kata Shahira. Jantungnya seakan-akan berhenti berdegup dan gugur di atas tanah. Begitulah perasaannya sekarang.
Zaid masih lagi menanti jawapannya.
“Go girl. He loves you,” kata cashier lelaki berbangsa Cina itu. Dia menganggukkan kepalanya tanda yakin.
Shahira memandang cashier itu kemudian beralih semula kepada Zaid. Dia tak nak bikin Zaid malu di sini. Lagi pun, dia tak nak Zaid kecewa lagi. Tapi, dia tak nak bagi harapan pada lelaki itu. Kalau keluarganya tahu dan tidak setuju, bagaimana pula tu?
Shahira ketap bibirnya dan menarik nafas panjang.
“I guess... yes, then?”
Dia mengukir senyuman lalu dibalas semula oleh Zaid.
----------------------------------
“I can’t believe you just did that,” kata Shahira sewaktu kakinya melangkah keluar dari keretanya.
Lelaki itu tersenyum.
“Kenapa? Tak percaya?”
Shahira mengangguk.
“Sha, thank you. Thank you sangat sebab terima Abang Zaid.”
Shahira terdiam.
“Mulai hari ni Abang Zaid tak nak dah panggil kakcik. Okey?”
Shahira tersenyum lalu mengangguk.
“Kakcik takut---“
“Uhh hmm. Tak mau kakcik dah,” potong Zaid laju sebelum Shahira dapat meneruskan ayatnya. Shahira tersenyum.
“Fine. Sha takut Mama Zai dengan Ayah Zul tak boleh nak terima Abang Zaid.”
Zaid tertunduk.
“We’re going to make it. Walau apa pun yang terjadi, Abang Zaid tak akan lepaskan Sha. Okey? Abang Zaid promise.”
“Sha cuma tak nak bagi harapa dekat Abang Zaid. Sha tak nak lkalau benda ni tak jadi, Abang Zaid kecewa untuk kali yang kedua.”
“Don’t worry. Kita akan cakap dekat Mak Long, Mama Zai dengan Ayah Zul tentang benda ni. secepat yang mungkin.”
“Okey.”
“Esok Abang Zaid tak boleh keluar la. Kerja bertimbun-timbun lagi tu. Biasalah first year lepas habis praktikal.”
“Banyak ke kerja dekat hospital tu?”
“Hmm, banyak jugak la.”
“Tak apa la, kalau tak boleh keluar kita texting.”
Zaid tergelak kecil.
“Okay, sweetie. Dah pergilah masuk.”
-----------------------------------
Shahira membuka beg galasnya. Ditariknya keluar buku Narnia yang dibacanya tadi di MPH. Zaid beli juga buku itu untuknya. Katanya sebagai hadiah tanda terima kasih sebab gadis itu sudi menerima dirinya. Shahira tersenyum. Hari ni terasa bagaikan mimpi baginya.
KRING! KRING!
Shahira memandang telefonnya yang sedang menjerit memanggilnya untuk menjawab panggilan tersebut. Dia menarik telefon bimbitnya. Dilihatnya kawan sebilik di sebelah yang sedang nyenyak tidur.
“Hello?”
“Sha, ni aku Dira.”
Shahira tersenyum.
“Ha, Dira. Lama tak jumpa kau. Apa cerita sekarang?”
“A---Aku okey.” kata Dira dalam sedu-sedan.
Dahi Shahira berkerut.
“Kenapa ni?”
“Sha, kau boleh tolong aku tak?”
“Anything. Kau nak aku tolong apa?”
“Kau datang Hospital Ampang sekarang. Aku tunggu kau dekat depan.”
“Sekarang?”
“Kenapa? Kau busy ke? Kalau kau tak boleh datang, tak apa. Aku tak kisah pun.”
“Aku okey je. Lagi setengah jam aku sampai ek?”
“Okey.”
Shahira terus berlari ke bawah dan melangkah masuk ke dalam keretanya. Enjin kereta dihidupkan dan ZUUUSH! Laju kereta itu meluncur pergi ke destinasi yang ingin dituju. Tak pernah gadis itu membawa kereta selaju itu. Kena saman pun kena saman la, gumam hatinya.
Kenapa dengan Dira? Ada apa-apa yang tak baik terjadi ke? Entah-entah dia kemalangan. Eh, kalau dia accident takkan dia yang telefon aku? Aunty accident ke? Isy, Sha jangan fikir bukan-bukan! Apa la kau ni! Shahira memarahi dirinya sendiri.
Keretanya dibelokkan ke kiri setibanya dia di kawasan hospital. Keretanya diparkirkan. Laju kakinya melangkah masuk ke dalam ruang hospital.


"Pak Abu pakai spek mata,
Hai, tak nak komen ke kome?"
Hahaha.

Comments

entry baru..season baru..i loike..sape yg xcident tu?curios..afiq ke?
Shera Jung said…
zura asyfar : huhu . kne le bce bru tau .
si.tudung.ungu said…
Sha! npe trima??? huuuu~ :(
madel godaime said…
erk,sy ad baca sorry i still luv u smpai bab32...sha dtg rumah afiq..ap yg jd mlm tu?