Sorry! I Still Love You 6



BAB 6
“Assalamualaikum.”
Shahira memberi salam. Semua mata memandangnya saat dia melangkah masuk ke dalam bilik Tengku Ariffin. Dia tergamam. Pelik kenapa semua mata sedang melihatnya yang masih berdiri di muka pintu.
“Ha, Sha. Masuk la. Lama aunty tak jumpa,” kata Tengku Sharida sambil tersenyum.
Shahira tersenyum sumbing kemudian melangkahkan kakinya ke arah Tengku Sharida dan Dira. Matanya memandang sekeliling.
“Rayyan keluar kejap. Dia ada dekat kafeteria,” tambah Tengku Sharida saat melihat Shahira yang sedang mencari kelibat seseorang. Dia tersenyum.
Shahira hanya memandang wajah Tengku Sharida kosong.
“Uncle dah okey?”
Tengku Sharida mengangguk seronok.
“Dia baru je sedar lima jam yang lepas. Tengah tidur tu.”
“Oh.”
“Aunty nak berterima kasih sangat dengan Sha.”
“Untuk apa aunty?”
“Sebab Sha sudi jaga uncle. Thank you.”
Shahira hanya tersenyum.
Sembang punya sembang, tiba-tiba pintu bilik Tengku Ariffin dikuak. Kelihatan Afiq sedang berdiri di muka pintu sambil memandang Shahira, Tengku Sharida dan Dira. Dia berpura-pura tersenyum.
“La, Sha nak datang sini tak bagi tau Afiq pun. Kalau Afiq tau, boleh Afiq tolong datang ambik.” Lembut benar bunyinya. Bukan macam semalam, ‘kau-aku’.
Shahira tersentak.
“U---Umm, Sha saja tak nak bagi tau.” Dia turut sama bermain dengan Afiq membuatkan Tengku Sharida tersenyum manis.
“Lain kali buat lagi macam tu, Afiq cubit baru tau.” Afiq tergelak kecil. Palsu betul pada pandangan Shahira tetapi gadis itu turut sama tergelak kecil. Pandai betul semua orang berlakon hari ni, desis hati Shahira.
“Hmm, Sha balik dulu la ye aunty?” Shahira bangun dari tempat duduknya.
Afiq buat tidak tahu. Tengku Sharida memandang anak lelaki bujangnya itu. Kepalanya digeleng-gelengkan perlahan.
“Isy, dia ni. Girlfriend nak balik dia buat tak tahu je?” kata Tengku Sharida membuatkan Afiq yang sedang minum tersedak.
Afiq menepuk-nepuk dadanya.
“Pergi hantar Sha balik.”
“Huh?”
Afiq buat muka bingung.
“Eh, tak apa la aunty. Saya datang sini naik kereta sendiri.”
Tengku Sharida mengangkat keningnya.
“So, Rayyan. Pergi hantar dia sampai ke kereta.”
“Rayyan pulak?”
“Hisy, bukan girlfriend Mama kan?”
Afiq terdiam.
“Pergi!” kata Tengku Sharida separuh mengugut. Matanya dijegilkan.
Afiq mengeluh kemudian mengikut Shahira yang sedang berjalan keluar dari bilik itu.
----------------------------------
“Tau apa Papa cakap masa dia bangun dari koma?” Afiq memulakan perbualan dengan menujukan soalan kepada Shahira.
Shahira memandang Afiq sambil mengangkat keningnya.
“Apa?”
“Your name.”
Dahi Shahira berkerut.
“Kenapa pulak?” tanya gadis itu. Dia pelik. Kenapa namanya pula disebut-sebut Tengku Ariffin saat lelaki tua itu sedar dari komanya?
“Aku tak tau. Papa tak sempat cakap apa-apa. Yang aku tau dia berbisik dekat telinga aku. Aku pasti dia cakap nama kau.”
“Oh.”
Kedua-duanya terdiam saat kaki melangkah ke tempat letak kereta hospital.
“So, kau dengan Zaid serious ke?” tanya Afiq perlahan tetapi masih lagi boleh didengari oleh Shahira.
Shahira memandang lelaki itu.
“M---Maksud awak?” Dia masih lagi membahasakan dirinya sebagai ‘saya’. Lebih baik guna itu daripada aku, desis hatinya. Walaupun dia terasa amat janggal, tetapi dia haruslah beradab. Takkan dengan Afiq cakap ‘kau-aku’ pulak kan?
“Pasal perkahwinan tu.”
Shahira terdiam.
“Hmm?”
“Y---Yeah, I mean. Umm, kitaorang dah berbincang tapi kita hanya merancang. Tuhan yang menentukan,” jawab Shahira tenang tapi masih lagi sedikit tergagap.
“Right.”
Kedua-duanya berhenti di hadapan hospital.
“It’s okay. Sh---Saya boleh pergi sendiri. Go and look out after your dad.”
“Fine,” jawab Afiq ringkas. Sedikit pun dia tidak rasa bersalah dengan meninggalkan Shahira di situ.
Shahira terdiam kemudian perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya.
“Bye,” katanya perlahan lalu melangkahkan kakinya ke tempat letak kereta.
Melihat Shahira yang sudah hilang dari pandangannya, Afiq mengeluh perlahan.
“Bye.”
------------------------------
Zaid menghidupkan enjin keretanya. Hari ini dia dan Shahira akan pulang ke Ipoh. Rancangannya adalah untuk memberitahu kedua-dua belah keluarga tentang hubungan mereka. Sekali gus meminta restu untuk menjalankan perkahwinan mereka.
Shahira melangkah masuk ke dalam kereta selepas meletakkan beg bajunya ke dalam but kereta. Pintunya ditutp rapat.
“Ready?” tanya Zaid sambil tersenyum.
“Kinda.”
“What’s wrong?”
Zaid risau melihat Shahira yang sedikit pucat.
“Takut.”
Shahira tergelak kecil tapi jelas kelihatan dia memang takut.
“Don’t worry, everything’s gonna be fine okay dear?”
Shahira mengangguk.
---------------------------------------
Afiq, Dira dan Adrianna sudah pun pulang ke rumah. Kata Tengku Sharida, biarlah dia saja yang berada di hospital mejaga Tengku Ariffin. Anak-anaknya pula boleh datang pada waktu malam menggantinya nanti.
Tengku Sharida memotong sebiji buah epal. Sejak petang tadi, keadaan Tengku Ariffin sudah semakin baik. Doktor juga kata yang Tengku Ariffin sudah boleh mula makan sesuatu yang pejal. Cuma dia masih lagi perlukan bantuan oksigen untuk bernafas.
“Ida...”
Tengku Sharida memandang suaminya yang tercinta itu.
“Ye bang?”
“Kawan Rayyan tu mana?”
“Yang mana satu, bang?”
Dahi Tengku Sharida berkerut.
“Yang dulu dia pernah datang rumah kita tu.”
“Siapa bang?”
“Perempuan tu. Sha...”
Tengku Sharida terdiam. Sejak dari dia sedar dari koma, nama gadis itu juga yang disebut-sebutnya. Dia pelik. Aih, dah gila bayang ke orang tua ni?
“Kenapa abang nak sangat jumpa dia?”
“Abang selalu sangat dengar suara dia masa abang koma dulu.”
“Oh.”
“Dia baik sangat dengan abang. Selalu datang sini, bacakan suratkhabar untuk abang. Lapkan badan abang, urutkan kaki dan tangan abang.”
“Dia tu memang baik kan abang?” kata Tengku Sharida sambil tersenyum.
Baru sahaja dia hendak mengandaikan yang buruk-buruk tentang Shahira. Rupa-rupanya suaminya itu sangat menghargai gadis itu.
“Abang nak mintak maaf sangat dengan dia.”
Dahi Tengku Sharida berkerut.
“Kenapa pulak, bang?”
“Sebab masa kali pertama dia datang rumah kita, abang sombong dengan dia. Abang marah dia, tuduh dia sombong. Abang tak suka dia sikit pun.”
Tengku Sharida hanya terdiam mendengar keluhan suaminya itu.
“Tapi, tengoklah sekarang. Dia yang tunggu sini jaga abang bila awak dan anak-anak tak ada. Dia sanggup bersengkang mata untuk abang.”
Tengku Sharida tersenyum.
“Ida pasti yang dia langsung tak terkilan. Dia akan maafkan abang.”
Tengku Ariffin mengangguk perlahan.

Comments

Anonymous said…
shazee,knpe yng nie cam xfull je cerita dia???
Shera Jung said…
tu la , shazee pon x phm nape . sdgkn shazee anta full tp dye x nk kuar . da check 3/4 kali still x tau ape da jd nie . try post yg bru pon x nk kuar gak .
Shera Jung said…
okeyh , sume da settle da .enjoy la bce balek . :)))
si.tudung.ungu said…
Ler... dah jd pelakon lelaki terbaik pulak si Afiq ni...

Shazee, I love Afiq bcoz of 3 reasons
*Dia doktor ^^
*Dia sweet (dulu, xtaula skrg cmne kn? -___-')
*nme crush kte dlu... ngahaha =))
Shera Jung said…
ngahahaha . ptot la ske sgt . oo , klu bkn doktor x ske la . hmm , i c i c .