Sorry, I Love You 9



CHAPTER 9 : WHICH ONE IS MY MR RIGHT ?

“About your shirt. Sorry sangat,” aku meluahkan rasa bersalahku. Dia cuma tersenyum sambil menyedut air Latte yang baru sampai tadi.


“Tak apa,” dia membuka mulut. Ala, comelnya dia ni! Aku rasa macam nak cubit-cubit je pipi dia. Tembam sangat! Dah la putih, rambut Mohawk pulak tu. Memang sebijik macam Joe Jonas masa dia zaman high school dia la. “First time awak yang jatuh, kali ni saya pulak yang jatuh,” tambahnya lagi.


Kitaorang tergelak serentak. Kalau nak diingatkan balik, memang asyik jatuh je la kitaorang ni setiap kali bertembung secara kebetulan mahupun tidak. Ah, takpe. Budak cute ni punya pasal, jatuh berapa kali pun tak apa. Aku sanggup!


“Duduk mana?” Dia menanya aku yang sedang leka melihat keadaan sekeliling.


“Area ni je.”
“Ye la, ‘area ni’ tu kat mana?”


“Ada la,” aku tergelak sedikit lalu bangun dari tempat duduk. Tak elok kalau orang nampak aku duduk dengan dia ni lama-lama. Tambah pulak dekat shopping mall ni. nanti mula la orang buat andaian itu dan ini.


Mak aku dah la cikgu, penolong kanan sekolah lagi. Kalau orang nampak lepas tu buat cerita, habislah aku. Headlines suratkhabar esok, ‘Anak Penolong Kanan Sekolah Spotted With A Stranger.” Best jugak tu. Hahaha… Terer jugak aku bagi headlines kan? Macam reporter pulak.


“Eh, nak pergi mana?” Dia menanya dengan pantas sebelum aku melangkah keluar dari tempat itu.


“Balik la. Dah lewat ni,” selamba aku menjawab.


“Tak nak makan?”
“Tak apa la.”


Tanpa melengahkan waktu, aku mula mengangkat kaki dan berjalan keluar dari Starbucks. Dah pukul sebelas malam pun ada jugak orang lepak dekat Starbucks ni kan? Mesti kaya punyalah tauke dia. Kopi tak adalah sedap mana pun.


“Eh, kejap!” Tanganku disambar seseorang dari belakang. Aku terkejut lalu memalingkan muka ke belakang. Oh, ingatkan siapa tadi. Aku cepat-cepat tarik semula tanganku ke sisi.


“Yes?” Nak apa lagi dia ni? Aku dah lambat ni, kalau sampai rumah nak dekat pukul dua belas tengah malam nanti kan susah. Habis Mama melenting nanti.


“Atleast, tell me your name.”
“Erm, S-Shahira.” Aku senyum dan berlalu pergi.


--------------------------------------


Aku masih lagi memegang telefon bimbitku. Sungguh tak percaya dengan apa yang baru aku dengar tadi.


“Kita jumpa sekarang boleh tak?” Pemuda itu menanya dengan suara yang sedikit perlahan.


“Hah? Nak jumpa? Buat apa?”
“Abang nak balik Shah Alam dah ni. Orang tunggu dekat Padang Ipoh.”
“P-Pada---“


Panggilan diputuskan. “HELLO?” Isy, dah la telefon orang lepas tu tutup pulak. And then cakap nak jumpa, apa kena mamat ni? Janganlah buat aku nervous, dah la problem hari tu tak settle lagi. Isy, nak pergi ke tak ni?


Nak jumpa, itu je yang dia cakap. Nak pergi ke tak hah? Ataupun biar je dia tunggu dekat situ? penting sangat ke halnya sampai nak jumpa sekarang? Tak boleh ke jumpa esok-esok? Dah la aku masih janggal dengan apa yang baru berlaku hari tu. Ni nak jumpa pulak, aku takut la. Rasanya tercabut lutut aku berjalan ke sana. Tapi, suara hati kuat mengatakan yang aku harus pergi.


Aku gagahkan jugak kaki ini untuk mengambil kunci kereta. Dipandunya laju kereta Kyvi itu ke Padang Ipoh. Nasib baik hari ni Selasa. Takde la jam sangat jalan. Orang semua dah pergi kerja pun. tapi, ada jugak kereta yang masih memenuhi jalanraya. Aku menyelinap di antara kereta-kereta yang sedang beratur menunggu untuk menggerakkan kereta masing-masing.


Diparkirnya kereta sebaik sahaja tiba di destinasi yang dituju. “Assalamualaikum,” ditegurnya Zaid yang sedang duduk di atas kerusi panjang berwarna hijau itu. dia berpaling kebelakang dan tersenyum. Aku melabuhkan punggungku di sebelahnya.


“Wa’alaikumussalam,” dia menjawab dengan tenang.


“Apa yang penting sangat ni?”
“About that day.”
“Which day?”
“That day when you saw the pictures.”


“Oh,” aku ketap bibir. Tanganku sedikit menggeletar. Degupan jantung mula berdegup kencang. Aku dah agak dah, mesti dia nak ungkit pasal hal ni punya. Isy, tak payah la cakap pasal benda tu pulak. merah muka aku jadinya menahan malu yang tak tertanggung. Dah la aku datang sini pun buat muka tebal setebal-tebalnya.


“I like you.”


Mataku terbeliak. Eh, jap. Betul ke apa yang aku dengar ni?! Biar betul mamat ni! Kenapa cakap macam ni kat aku tiba-tiba?! Dah buang tabiat ke? Orang macam aku yang dia suka? Isy, tak betul ni. Bukan ke dia ni jenis yang suka dekat budak yang matang, lawa and sofistikated? I have nothing.


“A---Apa?” Aku memberanikan diri untuk menanya. Aku tak boleh berdiam diri, nanti nampak sangatlah aku ni lemah dan tak berani melawan. Perempuan kena tabah sikit.


“Abang dah lama suka dekat Sha.”
“Apa yang Zaid merepek ni?!”
“Kenapa?”
“We are cousins!”
“I know.”


“This is so wrong,” aku bangun dari tempat duduk. Tak boleh, aku tak boleh layan kerenah dia ni. Nanti lain pulak yang jadinya.


Dia menarik tanganku, “Kalau cousins tak boleh bercinta ke?” Aku tergamam. Ya Allah! Angin siklon mana pulaklah yang masuk kat dalam badan sepupu aku yang sorang ni?


“Zaid! I mean we’re like cousins, CLOSE cousins! Kita mana boleh suka sama suka. Tak mungkinlah Abang Zaid suka dekat kakcik.”
“Well, dah terbukti I do now.”


Diletaknya tapak tanganku ke atas dahinya. “Abang demam ek?” Aku cuba nak tukar topik. Saja aku buat macam tu, tak kuasa aku nak layan kelakuan dia yang pelik ni. Benda ni, isy! Janggallah! Dah la beruda je, nak kata romantic memanglah. Tapi, semacam tau tak bila rush.


Perlahan-lahan dia menepis tanganku. Pleaselah, jangan buat aku macam ni Zaid oi. “Orang tak demam la.”


“Dah tu kenapa ni?”
“Feels like I should tell you now.”
“Abang Zaid, Zaid, Muhammad Zaidulkhair. Listen to me, WE CANNOT DATE.”
“Kenapa tak boleh pulak?”


Aku terdiam. Kenapa tak boleh ek? Cuba bagi alasan yang rasional sikit wahai si otakku. Dia menanya soalan itu lagi sekali. Apa lagi aku pakai ranap aje lah. “B---Because, I don’t like you.”


Dia tengok aku. mencari kebenaran disebalik kata-kata yang baru terucap tadi. Muka dia tersentak semacam. Mungkin kecewa kot sebab ditolak. Tapi, seriously kalau kitaorang on pun tak ke naya nanti? Semua orang tak setuju. Maybe mak dia pun nanti benci dekat aku.


“You’re lying,” suaranya kedengaran sangat tenang dan mendatar.


“Huh?”
“You like me.”
“W---What?”


Apa dia ni? Tiba-tiba je cakap macam tu. Tapi, memang tak dinafikan aku memang suka dia dari dulu lagi. Dari aku kecik lagi. Teringat masa aku jatuh dalam parit masa kecik-kecik dulu, dialah yang tolong selamatkan aku. sejak dari tu la, aku dengan dia mula rapat.


Dia pun tak ada adik perempuan, time tu aku rasa dia rapat dengan aku sebab dia sayang aku macam adik dia. Tapi lama-lama, aku pulak yang suka dekat dia. And then, sekarang ni dia cakap dia suka dekat aku pualk? Aduh, bumi dah tunggang-terbalik agaknya.


“Jangan tipu la,” dia masih lagi mahu menahankan pernyataannya sebentar tadi.


“What makes you think that I lied?”
“Because I’ve read your diaries.”
“W---WHAT?”
“Yup.”


AGHHHHH! Apa dia ni!? tak aci la cilok orang punya diari! Patut la diari yang aku ingatkan dah hilang masa aku balik kampung tahun lepas tak jumpa-jumpa. Dekat dia rupanya. Aku ingatkan aku tertinggal dekat mana-mana. Isy, mamat ni memang nak kena betul! Tapi, aku diam je. Tak melawan mahupun menjawab.


Aku tengok tanah yang diselimuti rumput hijau itu. “Abang nak balik hari ni,” Zaid memberitahuku. Aku mengangkat muka dan mengangguk. “And, I really want to know your answer.”


Aku kebingungan. “Answer to what?” Us. Itu yang dia cakap. Dua huruf tu dah membuatkan kakiku bergetar. Aku tunduk ke bawah semula, tak tahu la nak jawab apa. Kalau aku accept maknanya aku dah gali kubur aku sendiri dan secara automatiknya telah menempatkan diri ke Kampung Batu Dua.


Nanti bila semua orang tahu, takkan dia nak tinggalkan aku macam tu je? Aku tak naklah ada boyfriend yang tinggalka aku bila semua benda dah jadi gawat. Tapi, aku pun tak boleh tipu diri sendiri. Aku memang sayang dekat dia. Tapi, masalahnya benda tu dah lama. Aku sendiri tak pasti sama ada sekarang ni aku sayang dekat dia sebagai abang, sepupu ataupun lebih dari tu.


Lebih kurang sepuluh minit kemudian, terdengar satu keluhan berat di sebelah. “Sorry, I wasted your time,” dia mengumam. Huh? Zaid bangun dari tempat duduknya da mula berjalan ke arah tempat letak kereta lalu membuka pintu keretanya dengan perlahan.


“ABANG!”

********************

Comments