Sorry, I Love You 8

CHAPTER 8 : WHAT A MOMENT TO START THE DAY .
“Kakcik nampak charger akak tak?” Kak Nisa menanya aku yang sedang membaca suratkhabar di ruang tamu. Aiman sedang merengek-rengek di pangkuannya. Aku tersenyum.
“Tak nampaklah pulak. Kenapa?”
“Phone habis bateri ni.”
“Ada dekat Zaid kot?”
Aku pandang Aiman yang sedang didodoikan. “Tolong akak boleh? Pergi mintak dekat dia? Aiman nak menyusu ni,” rungutnya perlahan. Aiman masih lagi menangis dalam pangkuannya. Anak sedara punya pasal, wokeh! Lagi pun, aku bukannya ada buat apa-apa sekarang ni. Aku mengatur langkah ke bilik Zaid dan dibukanya pintu kayu bilik itu perlahan-lahan. Niat hendak memberi salam dibatalkan dek kerana dia tiada di situ. Charger, charger, charger. Di mana kau? Mataku melilau mencari kemudiannya terhenti.
La, dia guna untuk charge kamera dia ke? Mesti kes lupa bawak charger la ni! Ada ke patut dia cabutnya kepala charger tu semata-mata sebab nak masukkan gambar dalam laptop dia. Esok-esok pun boleh buat jugak kan? Aku duduk di atas katil dan switch on balik laptop yang tengah standby tu. Wayar kamera yang disambung ditepi laptop tak disentuh. Tak berani aku, kalau jadi apa-apa nanti aku yang susah.
Skrin yang tadinya berwarna hitam kini terpampang gambar-gambar yang sedang dimuat ke dalam laptop itu. Mataku terbeliak saat melihat satu gambar yang laju meluncur di atas skrin komputer. Astaghfirullahalazim! Apa ni?! Mataku yang masih terbeliak dibelenggu dengan perasaan yang tak tentu hala.
Terdengar pintu bilik kayu itu dibuka. Aku pusing ke belakang melihat Zaid yang sedang berdiri di muka pintu. Aghhh! Malunya! Mana nak letak muka ni?! Dari riak muka dia, aku rasa macam ada yang tak kena. Pucat semacam. Aku memberanikan diri untuk bercakap, kalau diam lagi jadi tak kena. “Aba---“. Belum sempat aku menanya, dia mula memintas.
“Keluar.”
“But---“
“KELUAR!”
Aku tergamam. Gerunnya aku tengok dia macam ni. dengan sepantas kilat aku mengangkat kaki dan berlari keluar dari bilik itu. Terasa bulu romaku meremang sebaik sahaja dia menghempas pintu bilik. Selepas kejadian tu, dia dah tak keluar langsung dari bilik sampailah keesokannya bila aku bangun pagi tu. Kereta dia dah tak ada. Tapi yang peliknya, Mak Long masih ada dekat kampung.
“Abang Zaid mana Mak Long?”
“Dah balik.”
“Balik?”
“A’ah. Pagi-pagi lagi dia dah balik. Katanya terlupa yang dia ada assignment nak buat.”
Aku berkerut. Assignment? Bukan dia ni jenis kalau ada assignment takkan bawa balik rumah ke? Ya Allah, lupa pulak semalam aku tertengok ‘private and confidential’ stuff dia. Mestilah dia rasa janggal nak jumpa aku hari ni. aduh, salah aku jugak. Patutnya aku bagi salam baru masuk ni tak, main rempuh je. Ala, rilek la. Gambar je kan? Tak bawa maksud apa-apa pun, buat apa nak malu? Kita bukan suka each other pun. Aku gigit bibir. Kita tak suka each other. Kan?
----------------------------------------
Dipandangnya siling bilik yang kosong itu. Dah buntu hendak membuat apa, Zaid mula mengambil air sembahyang dan menunaikan solat Zuhurnya. Usai solat, dia duduk di atas sejadah. Ditenungnya tenunan ukiran Ka’abah di atas sejadah. Ya Allah! Apa aku dah buat ni? Desis hatinya. “Mesti aku dah buat dia takut,” katanya bermonolog sendirian. Terasa tunggang-langgang dirinya hari ni.
Kedengaran orang menekan loceng pintu hadapan. Zaid bingkas bangun dan berjalan ke ruang tamu lalu membuka pintu. Dia tersenyum, dengan pantas dia memeluk orang itu. “Apa kau buat dekat sini?” Pelukan itu dileraikan sebaik sahaja tetamu melangkah masuk ke dalam rumahnya.
“Jenguk kau la,” Afiq menepuk-nepuk bahunya lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa. Makin segak mamat ni. Kalau dulu masa first year dekat U tu, macam sakai pun ada. Sekarang ni bukan main, dengan Ray Bans dia, seluar jeans branded. Dari atas sampai bawah, semua branded. Maklumlah anak datuk/tengku lagi. Belambak la duit dia dapat dari bapak dia tu, rungut hati Zaid tentang kawan baiknya itu.
“Kalau kau nak minum, ambik sendiri dekat dapur tu.”
“Eh, aku guest la. Kau la tolong buat.”
“Ni rumah aku, guna rules aku.”
Afiq tergelak kecil lalu berjalan masuk ke dalam dapur. Beberapa minit kemudian, dia keluar semula dengan membawa segelas Nescafe panas di tangan kanannya. Zaid yang sedang menonton televisyen ditenungnya. “Apa cerita?” Dia menanya.
“Apa?” Zaid mengemukakan soalan itu semula kepada pemuda itu. Dia bingung. Cerita apa yang mamat ni nak tau? Afiq mengeluh kecil.
“Awek kau tu la.”
“Hah?”
“Ala, buat-buat tak tau pulak.”
“Serious, bro. Aku dah la tengah confused gila ni, kau cakap pasal apa sekarang ni?”
“Cousin kau tu la.”
Zaid memandang ke bawah, tersenyum sinis. Oh, ‘awek’ aku tu. Banyak la, lepas ni aku gerenti 100% tak jadi awek aku dah! “Kitaorang dah break,” selamba Zaid menjawab tanpa rasa gentar.
“Hah? Bukan hari tu kau cerita kat aku korang belum dating ke?” Afiq terkial-kial mencari jawapan.
“Tukar topik la!” Zaid terasa dirinya terganggu sedikit dek kerana Afiq makin berminat dengan ceritanya. Kalau boleh sekarang jugak dia nak tukar topik.
“Eh, cerita dulu. Apa kes ni?”
“Aku rasa dia dah takut kat aku.”
Afiq tergelak. “Apa kau buat dekat dia? Kau nak makan dia ke?”
Zaid tersengih. “A’ah, saja pun aku nak makan dia.” Afiq tergelak kuat. Se’nerd-nerd’ dia ni pun, gatal jugak rupanya. Nescafe yang dibuat tadi, dihirupnya perlahan. Dilihatnya sekeliling. “Mak kau mana?”
“Aku balik sorang.”
“Nanti kau pergi ambik dia balik ke?”
“Tengoklah, lepas cousin aku tu dah balik.”
“Kau ni, baru satu awek, dah kalah. Semangat la sikit macam aku ni.” Ditepuk-tepuknya bahu Zaid perlahan. Tergelak dia melihat gelagat kawannya itu. Seriously, dia yang tak pernah ada steady girlfriend pun tau macam mana nak tackle awek. Awek yang dia nak, nama pulak tak tau. Jumpa pun sekali je, kebetulan. Sampai sekarang tak tau dia dekat mana.
----------------------------------------
Beg baju dimasukkan ke dalam but kereta. Disalamnya Mak Long dan Opah. Dalam kereta, aku tak banyak cakap. Asyik tengok kat luar cermin je. Kenapa aku sedih sangat ni? Sebab tak jumpa diaZaid sebelum aku balik ke? Tak pun sedih sebab lepas ni keadaan akan jadi janggal semacam je? Entah la, aku jadi tak yakin dengan apa yang aku tengah fikir sekarang ni. I’m usually a positive thinker, but not today I guess.
2 bulan kemudian…
Aku sedut air Coke yang baru aku beli dari tempat wayang tadi. Mata tengah fokus dekat skrin telefon. Texting si Ainaa dengan Safura pasal plan nak tengok wayang hari Sabtu ni. Mentang-mentanglah aku kerja tempat wayang, ada hati nak minta tiket free. Kalau low price sikit, boleh la aku bodek senior aku tu. Ni nak free terus! Banyak cantik muka kau!
Sedang jariku laju menekan kunci-kunci di atas telefon, DUSH! Lelaki itu terjatuh ke atas lantai. Air Coke yang masih penuh tertumpah di atas bajunya. Mataku terbeliak, mulutku terlompong. Cepat-cepat aku melutut di hadapannya. “Ya Allah! Sorry, sorry!”
Dia masih lagi tidak memandangku. Tangannya ligat mengibas-ngibas t-shirt Polonya yang berwarna hijau itu, kesejukan kot. Aku rasa bersalah sangat. Kenapalah aku ni clumsy sangat?! Aku selongkar beg aku dan keluarkan sehelai sapu tangan. Dilapnya t-shirt lelaki itu dengan penuh gopoh.
Dia mengangkat mukanya, memandang aku. Tanganku dipegangnya perlahan, sepantas kilat aku tarik semula dek kerana terkejut. Dia tersenyum. “Tak apa saya buat sendiri.” Dia menarik sapu tangan berwarna biru itu dari tanganku. Aku sedikit menggeletar. “Finally, jumpa jugak kita,” katanya lagi.
Aku tak faham apa yang dia cakap. Cepat-cepat aku menolongnya bangun, “Jom, saya pergi belikan awak t-shirt baru.” Dia tersenyum lalu bingkas bangun dari tempat duduknya. Kami berjalan masuk ke kedai Teenage 21. Dibelinya sehelai t-shirt berwarna merah untuknya. Selepas itu, sekali lagi aku meminta maaf sebelum berlalu keluar dari kedai itu.
“Eh, kejap!” Tanganku ditarik pantas. Aku tersentak. Apa lagi ni Mr Clone-Joe-Jonas? Janganlah nak flirt dengan aku. Nanti mula la aku ingat kau ni Joe yang sebenarnya. “Maybe kita boleh pergi minum kejap?” Dia mempelawa.
“Huh?”
“My treat.”
**********************
Comments