Sorry, I Love You 7

CHAPTER 7 : PINGGANGKU PATAH !
Orang kampung mula membanjiri khemah-khemah yang disediakan. Lauk-lauk dihidangkan di atas meja. Tugas aku bagi bunga telur dengan gula-gule dekat orang yang datang nanti. Mata aku terkial-kial mencari kelibat seseorang. Dari tadi tak nampak pun dia. Mana pulak perginya mamat ni?
“Syok bagi bunga telur?” Kedengaran suara seorang lelaki dibelakangku menanyakan soalan. Aku pusing belakang. La, kat belakang aku rupanya. Dari kepala sampailah ke kaki, aku tengok keadaannya. Baju kitaorang sama warna la! Warna coklat.
“Ni apsal tak pakai baju Melayu warna merah? Tak takut ke kena marah nanti?” Aku menanya Zaid yang kelihatan selamba sahaja. Air oren diminumnya perlahan, cawan diletakkan semula ke atas meja.
“Tak apa la, sekali-sekala.”
“Tak bawa juga ke?”
“Bawa.”
“Dah tu?”
“Saja nak try warna lain pulak. Baru syok sikit jadi different than others.”
Aku toleh ke kiri melihat Kak Nisa yang sedang berjalan kea rah kitaorang. Dia cekak pinggangnya yang ramping itu. “Eh, cameraman! Buat la kerja, ni bersembang pulak!”
Zaid tersengih kemudian mengangkat tangan kanannya. Diletakkan di dahi. “Orait, bos!” Kak Nisa tergelak, tangannya yang tadi mencekak pinggang diturunkan ke bawah. Apa pulak orang kampung cakap nanti, bercekak-cekak pinggang. Syaitan suka bergantung tau!
“Ni apa kena pakai baju lain dari yang lain ni?” Kak Nisa melihat aku yang masih berdiri di situ. Matanya diturunkan ke atas dan ke bawah melihat aku yang sudah semestinya ada yang tak kena pada pandangannya.
“Lupa bawak la Kak Nisa.”
Kak Nisa menggeleng-gelengkan kepalanya lalu melihat Zaid pulak. “Ha, kamu pulak Zaid? Jangan tipu akak, tadi akak nampak kamu keluarkan baju warna merah. Kenapa tak pakai?”
“Bawa, tapi dah expired la.”
“Banyak la kamu expired. Dah, pergi ambik gambar pengantin tu.”
Zaid berlalu pergi meninggalkan aku dan Kak Nisa di khemah orang yang sedang menjamu selera. Kak Nisa mencapai sekotak gula-gula dari bakulku. Aku tersenyum. “Untuk Damia ke?” Aku menanya dia yang kini sedang tersenyum pula.
“A’ah, boleh ek?”
“Yaya punya pasal, ambiklah dua kotak pun.”
Dihulurnya lagi sekotak gula-gula ke tangan Kak Nisa. Dia tersenyum dan berlalu pergi meninggalkan aku di meja hidangan. Saudara-mara semuanya dah sampai dan sedang menikmati juadah yang disediakan. Keadaan jadi makin riuh-rendah bila pengantin dah masuk ke dalam khemah untuk menjamu selera. Gila, panas betul! Tengah-tengah hari ni, dah la kena pakai baju kurung. Tu satu hal, lagi satu kena ke hulu ke hilir bagi bunga telur kat orang. Habis la masam bau badan aku.
Bakul gula-gula dan bunga telur diletakkan di atas meja. Semuanya dah habis. tiga jam dah berlalu, orang yang datang semuanya berpakat nak balik ke rumah masing-masing. Maklumlah, orang kampung kenduri style diaorang start awal habis awal. Dulu masa aku kecik-kecik, abah selalu bawa aku pergi makan kenduri. Kenduri tu pulak semuanya start pukul 12:30 tengah hari habis pulak pukul satu atau dua petang. Start lambat habis awal kadang-kadang.
Melihat orang dah tak ramai datang, aku pun ambil kesempatan menjamah sedikit hidangan kenduri petang itu. Lapar kot! Dari pagi sampai petang pukul tiga ni aku tak sempat makan apa-apa lagi. Nasi minyak diceduknya masuk ke dalam pinggan, lauk ayam masak merah dan kuah dalca dituangnya ke atas nasi. Aku tersenyum, mesti sedap punyalah! Air oren dituangnya masuk ke dalam gelas yang disediakan. Usai membaca doa makan, aku mula menyuap nasi masuk ke dalam mulut.
Zaid meletakkan pinggannya dihadapanku. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi plastic yang berwarna merah itu. Aku lihat dalam pinggannya ada nasi, ayam masak merah, kentang sikit, sayur jelatah dengan tiga potong tembikai merah. Banyak betul dia ni makan. Kata doktor? Bukan sepatutnya dia jaga makan dan badan ke? Nasib baik maintain lagi, tak buncit. Makin tough lagi ada la aku tengok. Aku tersenyum simpul sendirian. “Banyak makan,” aku menanya.
“Biasalah, orang lelaki. Tenaga banyak kena pakai.”
“Tolong tangkap gambar je pun.”
“Eh, tolong ambik gambar pun banyak kena guna tenaga tau.”
Aku tergelak. Nasi tadi disuapnya masuk ke dalam mulut. Sekali-sekala makan nasi minyak ni rasa macam sedap pulak. Dah lama tak makan, rasanya last maka tiga bulan lepas kot. Masa raya hari tu, time tu anak kawan Mama kahwin. Anak dia lelaki umur 27 tahun. Dulu aku ada la tersimpang perasaan dekat mamat tu, tapi as soon as aku dapat tau dia dah bertunang, CANCEL! Mengelamun punya mengelamun, tak perasan pulak Zaid tengah bercakap dengan aku.
“Makan papadom tak?”
“Makan, kenapa?”
“Nah, ambik ni. Abang terambik lebih la, nanti bazir pulak.”
Aku tak menolak. Baru dia nak letak dalam pinggan aku, Tini ambil kitaorang. Aik, bila masa pulak dia ada kat sini? Bukan tadi dia tengok tv kat dalam ke? Biasalah budak kecik ni, orang tengah busy buat kenduri kat luar dia boleh layan tv kat dalam rumah pakcik aku. Nak kata budak tu takde la kecik sangat, dah tingkatan empat pun. Tapi pada aku, dia tetap adik perempuan kecik aku.
“Apa ni ambik gambar candid? Tak syok la!” Rungut Zaid yang sedikit terkejut.
“Okey, posing sekarang. Tini ambik lagi sekali.”
Ditariknya kerusi merah tu ke sebelah kiri aku. Aku tengok dia, sedikit terkejut. Perbuatan Zaid yang makin hari makin pelik tu sedikit sebanyak buat aku tak keruan. Dulu dia tak macam ni, maksud aku kalau kitaorang rapat sekali pun dulu rasa macam kawan je. Tapi sekarang ni lepas masing-masing dah grown up, rasa macam lain pulak nak rapat-rapat ni. Tapi dibiarkan sahaj perbuatannya itu. Aku buat muka cute dengan mata besar aku tu. Rambut yang menutupi mata aku membuatkan aku nampak macam budak kecil.
Tini dengan pantas mengambil gambar kitaorang. Cahaya kamera terpancar keluar. Zaid tersenyum dan mula mengusik. Dia ni kalau tak mengusik orang dalam sehari rasanya boleh mati kot. Aku rasa lepas tiga tahun dia kat U, dia dah banyak berubah. Bab hensem lagi memang tak boleh disangkallah, memang hensem habis! Tapi kalau tak silap aku, dia ni jarang bercakap dulu. Cakap bila perlu je. Tambah pulak bila baru first year masuk U, sumpah tak cakap langsung! Asyik fokus dekat exams dengan assignments dia je. Start dari situ la kitaorang dah mula renggang sikit.
“Nanti send dekat Abang Zaid tau gambar budak hensem tu!”
Tini tergelak dan berlalu pergi. Nasi dalam pinggan dah aku licinkan. Memang sedap tak terkatalah nasi minyak tu, boleh terbawa masuk mimpi dibuatnya. Air basuh tangan yang disediakan aku tarik ke tempatku.
“Angkat la, nanti tumpah macam mana?” Zaid mengangkat kendi air itu dan dihulurkannya kepadaku. Aku ucap terima kasih lalu membasuh tangan kananku yang penuh dengan kuah dalca. Dilapnya tangan dan mulut menggunakan tisu. Beres! Sekarang masa untuk berehat. Aku bangun dari tempat duduk untuk mengundur diri.
“Eh, nak pergi mana tu?”
“Masuk dalam kejap, nak rest.”
“Tunggu la Abang Zaid habis makan dulu.”
Aku duduk semula di tempat dudukku. Kesian pulak tengok dia makan sorang-sorang, tak berteman. Nanti aku ni dicop sombong pulak. Dah la balik kampung pun jarang, takkan nak teman makan pun tak boleh kan? Aku ikut je la kehendak dia tu. Nanti merajuk susah pulak nak pujuk!
--------------------------------
“Jom semua! Kita ambik gambar satu family!” Mak gah memanggil semua ahli keluarga pengantin dari sebelah lelaki dan perempuan. Aku dengan malasnya berjalan keluar ke perkarangan rumah. baru je ingat nak rehat tadi, dah kena beratur ambik gambar pulak. Ni semuanya Zaid punya pasal! Mak Ngah ni pun sama, awal-awal tadi tak nak ambik gambar. Sekarang baru nak gatal ambik gambarlah, inilah itulah. Isy, yang aku ni nak membebel kenapa? Ikut je la! Tiga barisan dibuat, budak-budak kecik semuanya duduk dekat depan sekali. Nasib baik aku tinggi, nampak la sikit muka aku ni. kalau tak nampak, siaplah! Aku siat-siat cameraman tu! Siapa lagi? Zaid la. Penat orang pakai lawa-lawa tau.
“Okey! 1,2,3!”
Ditangkapnya tiga empat keping gambar. Sure tak lawa punya gambar yang dia ambik. Dah tau dah, dia ni bukannya reti ambik gambar pun. Harapkan kamera je lawa, gambar tak lawa mana pun. kamera EOS 7D berjenama Canon bertukar tangan. Zaid berjalan ke arah aku sambil langkahnya diperhatikan orang ramai. Dalam banyak-banyak tempat kenapa tepi aku jugak?
“Takde tempat lain ke?” Aku berbisik.
“Takde.”
Mengada-ngada! Tu je yang boleh aku cakap. Dah la pakai baju sama, duduk bersebalahan pulak tu. Nanti mula la orang kata itu dan ini. Dah santak telinga aku nak dengan semua tu nanti. Lantak la orang nak cakap apa pun, aku dengan dia bukannya ada apa-apa pun. Ditangkapnya lagi tiga empat keping gambar.
“Kakcik sini jap.”
“Reti pun panggil ‘kakcik’. Nak apa ni?”
Tangannya diregangkan sedikit ke atas. Aku pelik tengok gelagat dia ni. Nak buat apa pulak kali ni? Dia tengok. “Dekat la sikit, nanti tak masuk dalam gambar marah pulak,” dia menyakat aku. aku kebingungan. Ditariknya tangan aku ke sisinya. Eh, apa dia nak buat ni? Pegang-pegang aku pulak. Disuruhnya aku senyum, nak tak nak buat je la. Nak masuk dalam album kahwin pakcik aku ni. buat kenangan takkan muka masam kot. Terpaksa la aku ‘senyum paksa’ semanis mungkin. Zaid tergelak sambil melihat gambar itu semula dan berlalu pergi. Apa la dia suka sangat pasal gambar tu? Pelik sungguh!
************************
Comments