Sorry, I Love You 10



CHAPTER 10 : AKU DAPAT !


“Kakcik pun suka dekat abang jugak.”


Dia tersenyum lepas tu tergelak. Dahiku berkerut memandang dia yang tengah menutup mulut dia sambil ketawa terbahak-bahak. Muka dia dah bertukar merah. Kenapa dengan dia ni? Nak cakap gila, ye ke? Eh, tak mungkin lah. Dia kan doktor, takkan gila kot? Aku cubit paha dia, apa lagi menjerit la dia.


“Apa kena ni?”
“Thank you.”
“Apsal pulak?”
“Abang saja test je tadi.”
“Test?”
“Sebenarnya tadi tu tak real pun.”
“Hah?”


Aku rasa macam orang bodoh sekarang ni. Seriously, benda apa yang dia tengah mengarut ni? Aku tak faham la.


“Sebenarnya, abang nak cakap tu dekat sorang budak ni. Dia classmates abang masa dekat U dulu.”
“So, tadi tu---“
“Tak. Don’t tell me you---”


Matanya tepat memandang aku. Aku pun apa lagi. Gila ke nak pandang dia balik, tu kira macam berani mati! Aku cepat-cepat tunduk bawah melihat tanah, dah tak tau nak buat apa.


“Sh---“
“Takde la. Kakcik tak suka kat abang pun. Kakcik balik dulu la.”


Aku bingkas bangun dari tempat lalu berlari-lari anak ke tempat letak kereta. Daripada aku memalukan diri sendiri ni lagi, lebih baik aku blah sekarang. Ya Allah! Malunya! Dah tak tau nak letak muka ni dekat mana.


“Oh, about your diary. Abang Zaid tipu je!”


-----------------------------------


Aku duduk termenung menghadap tingkap. Tanganku ligat mengoyak-ngoyak kertas A4 yang berada dalam genggaman. Isy, tak guna betul dia ni! Mula-mula cakap suka kat aku, lepas tu ‘test je’?! Oii, kau ingat aku ni apa hah?! Suka hati kau je nak cakap macam tu kat aku! Ingat aku ni takde perasaan ke?! Eeiii, bahlul betul!


Isy, buat apa aku nak marah-marah? Aku bukan suka dekat dia pun. Yang aku frust tahap gaban bila dia cakap ‘test je’ tu kenapa? Wei, Sha. Dia tu cousin kau. Agak la nak suka dekat cousin sendiri. Aku buang kertas A4 yang tadi aku carik-carik tu. Dah full kepala otak aku nak fikir pasal benda-benda yang tak betul ni.


“Oii, orang panggil dari tadi tak dengar ke?”


Aku menoleh ke sebelah melihat kelibat Tini yang sedang berdiri di muka pintu. Dia menggeleng-gelengkan kepala dia dan tersenyum. “Ingat kat---“


“Isy, jangan merepek la.”
“Kakcik ingat Tini nak cakap siapa?”
“Erm---“
“Eleyy, sah ingat kat dia la tu.”
“Eii, dah la. Orang pergi mandi lagi bagus.”


--------------------------------


“Guess what?”
“What?”Aku dan Ainaa bertanya serentak.
“Aku dapat masuk KLMU! YES!”


Safura melompat keriangan sambil membawa keluar sampul surat yang berwarna putih itu dari beg galasnya. Mukanya jelas menampakkan riak ceria. Aku dengan Ainaa at first memang dah agak dia nak ambil kolej swasta punya. Dah nama pun tauke salun kan? Mesti la mampu nak bayar fees. Takat macam aku dengan Ainaa ni, apply universiti kerajaan je. Tu pun belum tentu dapat. Result baru je keluar minggu lepas. So, kita orang pun tak tau hala tuju application kitaorang macam mana. Harap-harap dapat la.


“Eh, bukan ke result keluar minggu lepas? Cepatnya kau dapat masuk.”
“Swasta kan pakai ambil je. Asal cukup syarat, dapat la.”


Safura tersenyum gembira. Aku pun turut serta gembira untuk dia tapi rasa sedih sikit la sebab lepas ni kitaorang dah jarang jumpa. Sorang kat KL, mana la tau aku nanti dapat kat Perlis ke Ainaa pulak dapat kat Sarawak. Hah, memang aku gelak terguling la kalau Ainaa dapat kat sana. Dia paling anti nak pergi tempat yang diwajibkan dia untuk naik airplanes ni. Budak sorang ni penakut orangnya. Banyak betul pantang larang.


“Bila masuk?”
“Next week.”
“Best la kau.”
“Of course! Aku dah tak sabar nak learn multimedia. Wahh, lepas tu mamat-mamat kat sana semua hensem-hensem. Boleh la tackle sorang mat saleh.”


Dia tersenyum malu. Tu senyum gatal namanya! Isy, macam tu pulak dia fikir. Pergi sana nak belajar, dia pergi sana nak tackle budak mat saleh? Apa, budak melayu dah tarak ke sampai yang mat saleh juga dia nak cari?


“Dah tu kedai siapa jaga?”
“Abang aku kan ada.”
“Boleh ke dia jaga?”
“Boleh punya.”
“Tapi dia kan tengah study dekat UiTM ek?”
“A’ah jugak ye? Lupa pulak aku. Tak apa la. Auntie aku kan ada.”
“Suka hati kau la.”


Aku menyedut air Coke yang semakin hilang sejuknya tu. Nanti tak sedap pulak, lebih baik minum cepat-cepat.


“Aku tak pernah tengok abang kau.”
“Aku pun!” Ainaa sibuk menanya sekali.
“Dia kan jarang balik sini. Bila dia balik, bukannya dia datang salun pun.”
“Ye la. Dia kan lelaki, buat apa dia bertenggek dekat salun tu? Habis macho la.”
“Dah la. Malas aku nak cakap pasal dia. Ni, aku ada something untuk korang.”


Mataku dan Ainaa tertumpu ke beg berwarna hitam kat atas meja makan. Kotak-kotak berbentuk segi empat tepat dibawa keluar dari beg itu lalu disusunnya ke atas meja. Satu warna hitam, satu warna pink. Apa pulak la dia nak bagi kali ni?


“This one is for you.”


Kotak hitam itu dihulurkan kepadaku. Ada riben merah terikat kemas disekeliling. Aku tersenyum.


“Tak nak buka ke?”
“Tak surprise la. Balik rumah nanti aku buka.”


---------------------------


Aku membelek-belek kotak hitam yang baru aku dapat tadi. Lepas je solat Isyak terus aku teringat dekat kotak tu. Aku pun ambil keputusan untuk meng’explore’ hadiah yang baru je Safura bagi petang tadi. Aku tersenyum sambil membaca kad yang disertakan bersama hadiah yang ada dalam kotak itu.


-Dear my besties, thanks for being a good friend. Aku tau mesti kau fikir kenapa tiba-tiba je aku nak bagi presents all of the sudden kan? Sebelum aku pergi KL nanti, aku nak kau sentiasa ingat kat aku. Friendship kita especially. Sebab lepas ni aku akan pergi London, sambung course multimedia untuk 3 tahun. Ni semuanya plan ayah aku. Dia nak aku fokus terhadap apa yang aku minat. So, maybe schedule aku agak padat untuk jumpa korang lepas habis study dekat KLMU. Harap kita sentiasa jadi kawan. BFF forever.-


Aku tersenyum. Kad yang tadi aku baca diletaknya semula ke dalam kotak. Tanganku ligat membelek-belek snowcap special edition dari Reject Shop yang baru je kitaorang explore kelmarin. Dia ni cepat betul catch barang-barang yang aku nak. Tau aje apa yang mata aku tengok 24 jam. Memang kawan sejati betullah dia ni.


Lepas dah puas hati tengok snowcap yang baru je aku dapat tadi, aku baring di atas katil. Bantal peluk dipeluknya dengan erat. Beberapa minit kemudian, yang aku tau aku dah mimpi jumpa rabbit Alice In The Wonderland tu.


----------------------------


2 minggu kemudian…


Safura sekarang ni dah ada dekat KLMU. Ainaa pulak still menunggu surat dari mana-mana kolej atau U. Aku pulak tengah resah gelisah tunggu surat yang tak tau la bila nak sampai ni.


“Ni, ada surat untuk kakcik.” Tini meletakkan sampul surat berwarna putih itu di atas meja belajar aku. Dahiku berkerut melihat sampul tu. Aik, besarnya? Siapa pulak nak hantar surat cinta panjang-panjang kat aku ni? Hehehe.. Apa lagi? Serang! Dengan teliti aku membuka sampul surat tu. Takut terkoyak pulak isi kat dalam nanti.


“AHHHH!” Ambik kau suara perempuan aku dah keluar gamaknya. Aku jerit tiga empat kali, tak percaya dengan apa yang aku baru tengok. Tini berlari sepantas kilat ke arah aku. Dadanya terumbang-ambing melepaskan lelahnya.


“Ni apsal ni?!”
“AHHHHH!”


Aku peluk dia dan cepat-cepat berlari ke tingkat bawah. Aku happy sangat! Akhirnya, dapat juga apa yang aku tunggu-tunggu selama beberapa minggu ni. Tu la, jangan selalu negative sangat Cik Shahira oii. Kan dapat surat dari UiTM? Hah, ambik kau!

“MA! MA!”

******************

Comments