Sorry, I Love You 5
CHAPTER 5 : SHOPPING SPREE . OH NO !
“Kakcik! Pergi beli barang kejap!”
Mama memanggil aku dari dapur. Cepat-cepat aku berlari anak ke dapur. Kelihatan semua mak saudarku sedang sibuk memotong bawang. Sehelai kertas putih dihulurkan kepadaku.
“Apa ni?”
“List barang. Pergi beli kat Econsave.”
“Hah? Kakcik nak drive kereta siapa?”
“Gunalah kereta Mak Long. Minyak penuh lagi tu.”
Mak Long mula mencelah. Aku tersenyum. YES! Dapat juga aku keluar kejap. Boring la duduk kat dalam rumah. Nak masuk dapur, orang-orang yang dah ‘berumur’ ni nak bersembang pulak. Tak kasi masuk! “Kunci dekat atas kereta.” Dua keping not lima puluh ringgit dihulurkan kepadaku. Cepat-cepat aku betulkan rambutku yang sedikit tak betul tu. Beg duit Billabong aku yang berwarna hitam biru itu aku letakkan ke dalam poket jeans lalu berjalna keluar dari rumah. langkahku terhenti seketika. Apa dia buat kat dalam tu? Tingkap kereta diturunkan.
“Apa tengok-tengok?”
“Zaid buat apa dalam tu?”
“Nak bawak kereta la. Apa lagi.”
“Hah? Orang nak guna la.”
“Nak pergi mana?”
“Beli barang kejap dekat Econsave. Untuk kenduri, Mama suruh.”
“Jomlah abang bawak. One way je pun.”
“Tak nak la.”
“Macamlah ada kereta lain.”
Dia tersengih. Aku lihat sekeliling, kereta abah pun tak ada. Pergi tengok khemah kat rumah pengantin la tu. Takkan la nak naik kereta sekali dengan dia? Nanti apa pulak orang kampung cakap. Asyik keluar berjalan je, berdua pulak tu! Tapi, aku nak naik apa lagi selain kereta dia ni?
“Orang ambik bas la.”
“Dah, jangan nak mengarut! Masuk cepat!”
Aku mengeluh, ada saja la mamat ni! Ye la ye la! Dengan beratnya, kaki aku melangkah masuk ke tempat duduk hadapan kereta. Kenderaan itu pun meluncur laju sebaik sahaja aku masuk.
------------------------------------
Dibeleknya senarai barang yang diberikan oleh Mama sbeentar tadi. Kentang, cili kering, kacang panjang. CHECKED! Semua dah beli except serbuk kari dengan kacang dal je lagi.
“Nak beli apa lagi?”
“Serbuk kari dengan kacang dal.”
“Kat mana nak cari benda alah tu?”
“Tengoklah kat depan tu.”
Troli yang dipegang Zaid ditolaknya ke kawasan rempah-rempah. Fuuuh! Bau rempah kuat betul! Dari jauh boleh bau dah. Selepas ditimbang serbuk kari dengan kacang dal, aku dan Zaid bergerak ke launter pembayaran.
“Jom pergi makan kejap.” Zaid mempelawa.
“Malam ni kan orang buat doa selamat. Makan jugak kan?”
“Ala, makan ringan-ringan je. Orang lapar sangat ni.”
Dengan tak ikhlasnya, aku mengangguk. Dia senyum dan mengambil kesemua beg plastik yang berisi barang-barang yang dibeli tadi. Keluar sahaja dari tempat membeli belah, Zaid membeli dua biji roti boy. Satu kopi satu susu. Dihulurkannya roti yang berperisa susu kepadaku. Aku duduk di atas kerusi panjang yang disediakan.
“Perempuan tak boleh makan kopi banyak.”
“Banyak la.”
Kami berdua tergelak serentak. Terasa seronok pula bila berjalan dengan dia ni, kadang-kadang benda yang lama kita tak buat, bila dah start buat balik memang rasa pelik semacam. Sembang punya sembang, jam dah bertukar ke nombor lima petang.
“Sha?”
Aku terdengar orang memanggil namaku. Dialihnya pandangan aku ke hadapan. Mataku terbeliak. What the---
“Hairi?!”
“Apa awak buat kat sini?”
“Umm, pakcik saya kahwin esok. So, saya balik la.”
“Oh.”
Terdengar bunyi deheman di sebelah. Sengaja Zaid buat untuk mengalih perhatian aku. Habislah! Nanti dia report dekat Mama macam mana?! “Ni siapa?” Hairi mula musykil melihat Zaid duduk di sebelah aku.
“Umm, co---“
“Boyfriend dia.”
Zaid dengan selamba menjawab. WHAT?! Aku memandang Zaid dengan muka yang sedikit marah. Baki roti perisa kopi tadi yang masih berada di dalam tangannya dimasukkan ke dalam mulut. Tangannya dikipas-kipaskan untuk membuang serbuk roti yang terlekat. Pandanganku dialihkan semula kepada Hairi, mukanya nampak pucat semacam. Ya Allah Zaid! Apa kau dah buat ni?!
“La, dah ada boyfriend rupanya.”
“Hairi, bukan la.”
“Patut la tak nak dekat saya.”
“Hairi!”
Aku meninggikan suara. Aku paling tak suka orang yang cepat buat andaian yang tak betul! Cuba bagi aku explain dulu baru la kau tau cerita yang sebenar macam mana. Isy! Zaid ni pun satu, boleh pulak buat muka selamba. Tak ada rasa bersalah langsung! Cepat-cepat aku tukar topik.
“Buat apa kat sini?”
“Saja jenguk kawan lama.”
“Drive sendiri?”
“A’ah, kenapa nak I hantar awak balik ke?”
“Eh, tak apa la. Kan ‘boyfriend’ saya ada.”
Saja aku memerli Zaid. Gedik betul! Kenapa kau cakap macam tu? Nanti kalau si Hairi ni pergi heboh dekat kawan-kawan aku, apa aku nak jawab?! “Jomlah kita balik. Nanti lambat pulak.” Zaid bangun dari tempat duduknya lalu mengangkat barang-barang yang dibeli tadi. Tangan kanannya menarik pergelangan tanganku. Aku sedikit tersentak.
“Balik dulu.”
“Okey, malam nanti saya call awak.”
“Eh, tak boleh.”
Zaid mula mencelah. Aku lihat muka Hairi. Mukanya mulai merah sedikit. Jangan buat mamat ni marah, Zaid. Kau tak tau dia ni macam mana dekat Anderson tu! Sekarang ni Zaid dengan Hairi mula berbalas cakap. Tanganku masih lagi dipegang kuat dalam genggaman Zaid.
“Kenapa pulak?”
“Malam nanti kitaorang busy.”
“Buat apa?”
“Ada kenduri doa selamat. So, tak boleh call.”
“Kalau macam tu, I boleh la call Sha lepas habis kenduri tu kan?”
"Eh, tak boleh jugak.”
“What’s the problem now?”
“Sebab lepas kenduri tu, I dengan dia nak kemas-kemas rumah.”
“So, sebelum tidur I call dia.”
“Time tu kau nak call dia, call la.”
“Aik, boleh pulak.”
Hairi mula tersenyum sinis. Zaid membalas senyumannya berserta gelak tawa. “Call la banyak kali, aku akan make sure kan battery phone dia dah ada dalam poket jeans aku.” Mataku terbeliak. Dengan pantas, Zaid menarik tanganku dan berjalan keluar dari Econsave. Hairi ditinggalnya dibelakang. Berani betul mamat ni! Memang cabar kesabaran Hairi betul!
***********************
Comments