Sorry, I Love You 4



CHAPTER 4 : FLASHBACKS


Pandanganku dialihkan ke luar tingkap. GREAT! Sebab Mak Long nak naik kereta abah, aku pulak kena naik kereta dengan Zaid. Nasib baik ada Tini, tapi budak ni ada pun tak guna jugak. Asyik tidur je kerja dia kat belakang ni. Aku jugak la yang kena monitor duduk depan.


“Kalau masuk U nak ambik course apa?”


Pandanganku masih tak berubah. Dilihatnya kereta yang sedang memecut disebelah. Tak perasaan pulak dia tengah bercakap dengan aku.


“Sha, abang tanya ni.”
“Huh? Abang Zaid cakap dengan kakcik ke?”
“Iye la siapa lagi.”
“Zaid tanya apa tadi?”
“Kalau masuk U nak ambik course apa?”
“Designing.”
“Fashion?”


Aku mengangguk. Fashion designer, kelas gitu. Aku memang dari kecil dah attached dengan designing ni. aku memang minat reka-reka baju. Tapi lebih focus pada style budak-budak indie/rock la. Lagi pun macam la aku tau design benda-benda girly ni. Not my forte.


“Tahun ni final year kat U tu kan?”
“A’ah, lepas tu sambung 3 tahun setengah buat praktikal.”
“Best ke medic?”
“Okey la, awek-awek cun.”


Zaid tergelak. Menyampah aku dengar! Tak tau kenapa. Eleh, reason kenapa orang pergi belajar tu bukannya nak cari awek, nak gain knowledge! Gedik betul! “Tak cun macam kakcik punya.” Aku tergelak sedikit. Sengaja aku nak perli dia. Nak tengok akal budak medic ni macam mana. “Memang pun.” Dia membalas dengan muka selambanya.


Aku tergamam seketika. Eh, biar betul mamat ni. Aku main je la, tak payah la serious sangat. Aku menyelongkar beg galasku dan menarik keluar MP3 player. Disumbatnya headphone ke telinga dan dikuatkan suaranya. Ha! Sedapnya dengar lagu kuat-kuat. Tak payah dengar mamat ni berceramah panjang-panjang lebar. Aku menoleh ke sebelah kananku. Perhatiannya masih di atas jalanraya yang kini makin padat dengan kenderaan. Melihat dia yang sudah keletihan, aku mula menegur.


“Letih ke?”
“Sikit la.”
“Berhenti la kat R&R depan tu kalau nak.”
"Takpe la. Sikit je ni.”
“Berhenti je la. Nanti jadi apa-apa kan susah.”


Dia tersenyum dan mula membelok ke kiri. Tanganku ligat menekan punat-punat telefon menghantar khidmat pesanan ringkas kepada Mama. Takut dia risau pulak tengok kereta Zaid berhenti dekat R&R tiba-tiba ni. Kereta yang dipandu abah sudah laju meluncur di atas jalan melepasi kawasan rehat dan rawat kami.


Kereta Proton Waja berwarna emas itu berhenti selepas diparkir. Tali pinggang keledar dilonggarkan dan aku lantas berjalan ke bahagian belakang kereta. Dikejutkan Tini yang sedang tidur. Letih sangat ke dia ni? baru 2 jam dah tidur macam orang tak tidur sehari. Matanya digosok-gosok dan dia menguap. Rambutnya dibetulkan dan dia lantas keluar dari kereta.


------------------------------------


“Nah, your favourite.”


Aiskrim Baskin Robins perisa chocolate fudge dengan sedikit taburan kacang diletakkan diatas meja. Aku tersenyum.


“Still ingat lagi ke?”
“Mesti la.”
“Tini punya mana?” Adikku memuncungkan bibirnya.
“Oopss! Sori la, lupa nak beli untuk Tini sekali. Sorry.”
“Ooo, untuk kakcik ingat. Kat Tini tak ingat pulak.”
“Serious lupa la. Nah, ambik duit ni pergi beli berapa banyak Tini nak.”


Dihulurkan dua keping not sepuluh ringgit kepada Tini. Tersenyum dia mendapat duit itu lalu dengan cepat dia mengambil wang itu. Dia berjalan ke kaunter aiskrim Baskin Robins yang terletak lebih kurang dua blok dari tempat kitaorang tengah duduk makan aiskrim.


“Kakcik nak tanya sikit boleh?”
“Apa dia?”
“Kenapa Zaid panggil kakcik ‘Sha’ bukan ‘kakcik’? Bukan dulu selalu panggil orang ‘kakcik’ ke?”
“Saja nak tukar.”
“Saja?”
“A’ah, kenapa?”
“Rasa lain macam sikit.”
“Tak suka ke?”


Ditenungnya wajah lelaki itu. Nak kata tak suka, suka sebenarnya. Tapi nak kata suka pulak, nanti orang lain fikir yang bukan-bukan pulak. Dia sorang je panggil aku macam tu, yang lain pulak panggil aku ‘kakcik’. Mesti ada yang notice something goes wrong somewhere.


“Entah la.”
“Abang Zaid nak tanya pulak boleh?”
“Apa dia?”
“Kenapa kita tak rapat macam dulu?”
“Maksud?”
“Dulu kita selalu buat benda sama-sama. Pergi bendang sekali, beli gula-gula dekat hujung kampung pun sekali. Kadang-kadang mandi pun sekali.”


Muka aku jadi panas. Isy, yang last sekali tu tak payah la nak ungkit. Malu la aku! Dia ni pun satu, nak mengenang masa lalu pun ambik la memori yang best-best sikit. Ni, yang itu jugak dia nak.


“Tu masa kita kecik. Sekarang dah besar, lain.”
“Oo, kira dah besar tak boleh rapat la?”
“Bukan macam tu.”
“Dah tu macam mana pulak?”
“Susah la orang nak cakap.”
“Apa yang susahnya? Bukak je la mulut tu.”


Aku tergelak. Aku tengah serious ni! Sempat lagi dia nak buat lawak. Jam tangan dikerling. Alamak, dah pukul 2 petang! Lagi sejam setengah baru sampai kampung. aduh, terlepas la aku nak tengok cerita favourite aku tu!


“Kenapa?”
“Terlepas cerita favourite.”
“Hah? Apa la dia ni, sembahyang kalau miss tak apa. Drama favourite tak boleh miss ek?”


Aku tersengih. Dia ni kalau bab solat memang suka perli aku. Sebab dia tau aku ni jenis malas nak solat. Tapi aku buat jugak tau!


---------------------------------


Tepat pukul 3:45 petang kereta yang dipandu Zaid berhenti di perkarangan rumah. Beg-beg baju diangkut keluar dari but kereta. Dengan langkah yang berhati-hati, aku menaiki tangga rumah yang lagi dua tiga tahun boleh runtuh tu. Gerun jugak aku dengan tangga tu sebab aku pernah terjatuh masa nak masuk dalam rumah. Tak guna betul! Mama sudahpun berdiri di muka pintu.


“Lambatnya sampai.”
“Zaid bawak kereta lambat sangat.”


Aku tersengih dan berjalan masuk ke dalam rumah. Zaid memuncungkan bibirnya dan tersenyum. Dia berjalan masuk ke dapur untuk minum air. Beg-beg baju yang dipegang ditangan diletakkan di dalam bilik. Ditariknya snowcap yang dipakai di atas kepala. Zip beg dibuka perlahan-lahan, tuala mandi aku yang berwarna merah itu dicari. Dapat pun! T-shirt hitam ditarik keluar dari beg dengan sepasang seluar slack. Kemudian, aku berjalan keluar dari bilik.


“Kakcik nak mandi ke?”
“A’ah.”
“Cepat sikit, Tini pun nak mandi jugak.”
“Ye la, nanti orang mandi lama-lama ek?”
“Isy, cepat!”


Aku tergelak dan cepat-cepat berlari ke bilik air di bawah rumah. biasalah, rumah kampung. bilik air lokasinya di bawah rumah. Kalau malam-malam tu terasa macam nak terkucil ke apa, aku 100% sure tak berani pergi! Terpaksa la tahan, unless ada orang nak temankan baru aku pergi. Kalau tak, HARAM aku nak turun bawah!

**********************

Comments

Anonymous said…
waa.story ni lebey kurg mcm story idup sy.pasal cousin laki bernama zaid jugak.ncib baek nama sy bukan sha.he.btw, good job.suka!