Sorry, I Love You 3



CHAPTER 3 : SURPRISE ?!


Tanganku ligat menjamah makanan yang tersedia di atas meja makan. Mentang-mentanglah ada tetamu datang ke rumah hari ni, sakan Mama masak ek. Ayam masak merah ada, sotong goreng pun ada. Semuanya favourite aku tu.


“Tambah la lagi Mak Long.”
“Kenyang dah ni.”
“Sha, tolong tambahkan nasi untuk abang.”


Kedengaran suara seorang lelaki memanggil aku. Aku tergamam. SHA? Tak ada siapa pun pernah panggil aku nama tu except kawan-kawan aku je. Semua mata memandang ke arah lelaki itu, dia pula menghulurkan pinggannya kepadaku.


“Nah.”


Pinggan nasi itu dihulurkan semula kepadanya. Dia senyum dan semua orang berlagak seperti biasa semula. Selepas makan, semua orang berkumpul di ruang tamu. Televisyen dibuka dan adik-adikku ligat memutar ke stesyen tv yang lain pula. Sedikit makanan ringan disajikan bersama dengan the diatas meja. Brrrr! Brrr! Telefon bimbitku bergetar memanggil aku untuk menjawab telefon. Isy, time ni jugak la ada orang nak call. Mataku terbeliak melihat nama yang tertera di atas skrin telefon itu.


“Siapa?” Adikku, Tini, menanya.
“Kawan.”


Dengan sepantas kilat, aku memakai selipar dan berjalan ke luar rumah lalu menjawab panggilan itu.


“Hello?”
“Hai, tengah buat apa tu?”
“Hairi, sorry la. Rumah saya ada guest ni. tak baik tinggal guest sorang-sorang kat dalam tu.”
“Ala, kejap je. Please…”
“Fine, nak apa?”
“Orang dengar awak kerja dekat Jusco kan?”
“Hmm.”
“Apa hmm hmm?”
“Iye.”
“Tak cakap pun.”
“Everything I do is not under your supervision.”
“Oh, really?”
“It doesn’t matter. No big deal.”
“Atleast bagi tau la.”


Aku buat muka meluat. Mamat ni tak faham-faham bahasa ke? Dah aku tak nak layan tu tak payah la kacau aku dah! Sedang aku melayan kerenah Hairi yang makin ligat menanya soalan yang tah pehape tu, tiba-tiba terasa ada orang mendekatkan telinganya ke telefon bimbitku. Aku terkejut melihat Zaid berada di sebelahku sambil mendengar Hairi yang tengah bercakap sendirian.


“Apa ab---“


Telefon bimbitku dirampas. “Sori la. Sha busy, nanti call dia balik. Better kalau you tak payah call lagi.”


Ditekannya butang ‘end call’ pada skrin telefon. Aku terkejut melihat perbuatannya yang memang diluar jangkaan.


“Apa Abang Zaid ni?!”
“Welcome.”


Welcome? Untuk apa ‘welcome’ tiba-tiba ni? Ada aku cakap ‘thank you’ ke tadi? Ada ke? Seingat aku takde kan? Eh, takde rasanya.


“Huh?”
“Abang tau la Sha tak suka cakap dengan dia.”
“Mana tau?”
“Tengok muka la. Sampai berkerut-kerut time cakap dengan dia. Tu belum plus dengan garu-garu kepala. Entah berapa kali dia garu kepala yang tak gatal tu.”


Dia tergelak lalu berjalan ke arah buaian di hadapan rumah lalu melabuhkan punggungnya di atas buaian itu. “Thanks.” Aku tersenyum lalu duduk di atas jalan.


“La, kenapa tak duduk atas buaian ni? Kan kototr atas jalan tu.”
“Takpe, lepas ni orang nak pergi mandi jugak.”
“Lama tak jumpa. Macam mana exam?”
“Okey je.”
“Okey?”
“Doing great.”
“Sekarang tengah buat apa?”
“Kerja part time.”
“Dekat mana?”
“Jusco.”
“Oh.”


----------------------------------


Badanku digoncang ke kiri dan ke kanan. Isy, siapa pulak ganggu tidur aku yang nyenyak ni?! Memang nak kena betullah! Ah, aku tak kira! Tak nak bangun jugak! “Kakcik bangun la!” Makin ligat dia menggoncang-goncangkan badanku. Mataku yang masih mengantuk dibuka perlahan-lahan. Aku duduk di atas katil.


“Apa dia?”
“Cepatlah mandi. Pukul 10 nak balik kampung dah ni.”
“Ye la, 5 minit.”
“No, sekarang.”
“Okey, 2 minit.”
“Kakcik!”
“Special offer ni, seminit.”
“GEDIK!”


Tini pun berjalan keluar dari bilikku. 15 minit kemudian, aku bangun dari katil dan mencapai tuala mandi yang tergantung di tempatnya lalu berjalan masuk ke dalam bilik air. Dipasangnya heater.


-----------------------------------


“Kakcik mana?” Mama menanya Tini.
“Baru bangun, tengah mandi kut.”


Tini menceduk beberapa senduk nasi goreng ke dalam pinggannya. Dituangnya air milo panas ke dalam gelas.


“Morning.”


Zaid masuk ke dalam dapur dan duduk di meja makan. Diceduknya nasi goreng ke dalam pinggannya, air milo panas dihirupnya sedikit.


“Mama Zai, mana pergi semua orang?”
“Mak kamu pergi tengok kawan dia. Ayah Zul pulak pergi surau sekejap.”
“Oh. Kita nak bertolak pukul berapa?”
“Tengoklah macam mana, kakcik tu pun baru bangun. Budak tu kalau lepas solat Subuh tak sah kalau tak tidur balik.”
“Oh, kutuk kakcik ek?”


Aku masuk ke dalam dapur dan mencapai mug favourite aku. dituangnya sedikit air te ke dalamnya lalu dihirupnya perlahan-lahan.


“Cepat makan. Lepas ni tolong angkat beg-beg tu masuk dalam kereta. Nanti bila abah balik dari surau, kita semua boleh terus bertolak je.”
“Ye la.”


------------------------------------


Mana aci! Kenapa aku naik kereta Zaid pulak ni?!


“Kakcik naik kereta Mak Long je la. Kereta abah penuh dengan barang dah ni.”
“Ala, kenapa pulak?”
“Nak naik dengan abah boleh, tapi kakcik kena duduk sempit-sempit la. Nak ke?”


Aku memuncungkan bibirku. Isy, tak adil!

**********************

Comments