Sorry, I Love You 2



CHAPTER 2 : OLD-CRUSH

“Kenapa kau bagi nombor aku kat dia?”
“Ala, kenapa?”
“Aku tak suka la. Lepas ni kalau dia kacau aku macam mana?”
“Aku dah cakap dekat dia jangan call selalu.”
“Isy, tapi kenapa kau bagi jugak?”
“Sebab dia cakap kalau aku bagi nombor kau dekat dia, aku dapat nombor dia.”


Aku tepuk dahi dan buat muka protes. Tak guna betul minah ni. Dorayaki perisa coklat yang dipegang di tangan disumbatnya masuk ke dalam mulut. “Kau buat macam tu lagi sekali, aku cekik kau!”


Ainaa tesengih. Jam di tangan aku kerling, mataku tersembul. Lagi 10 minit aku kena masuk kerja balik. “Aku pergi dulu la ek. Recess dah nak habis ni.”


“Okey, aku pun nak pergi jenguk kedai LB jap. Nak tengok ada beg baru ke tak.”


Aku senyum dan mula berjalan keluar dari food court. Tempat membeli belah Jaya Jusco memang padat dengan anak-anak muda. Seingat aku dulu, mana ada wayang, bowling court, tempat karaoke dengan game area ni. Dulu, yang ada cuma shopping mall kat bawah tu je. Tu pasal aku rajin sangat nak teman mama beli barang dapur.


----------------------------------------


Ditenungnya jam tangan Levis yang dipakai di pergelangan tangan kanan. Jarum jam dah menunjukkan ke nombor 9:45 malam. Lagi 15 minit shift aku habis la. Masuk kali ni dah berapa kali aku menguap. Selalunya waktu macam ni, mata aku still on. Tak rasa mengantuk pun. tapi sebab kerja punya pasal, baru pukul 9 tapi dah mengantuk gila! Ingat kerja wayang senang je, susah jugak rupanya! Ralit punya ralit, tak sedar pulak ada orang berdiri kat sebelah aku.


“You’re sleepy?”
Aku menoleh ke sebelah kananku. “Remisha, you scared me to death.”
“You can go home now. I’ll take care of the rest.”
“It’s okay, I’ll wait. Besides, we need to tidy up things after this.”
“Tak apa la. Hari ni saya buat, esok-esok away buat pulak.”


Aku mengucapkan terima kasih lalu mencapai beg galas berjenama Nike aku yang aku letakkan di tepi kaunter. Aku lihat sekeliling, makin waktu berjalan, makin ramai anak-anak muda membanjiri perkarangan tempat hiburan itu. Yang perempuan ada yang berpegangan tangan dengan boyfriend masing-masing. Rambut diikat tocang ke ataslah, ke kirilah. Banyak songeh betul! Tengok macam aku ni, rambut sumbat dalam snowcap je. Kan senang? Hehehehe…


“Aduh!”


Aku terduduk di atas lantai. Isy, siapa pulak la yang jalan tak tengok depan ni hah?! Lelaki itu melutut di hadapan aku. “Awak okey?” Aku mengusap-usap kepala aku yang tak sakit tu. Saja nak buat gimik, kononnya sakit sangat la. Aku tengok dia, sedikit tergamam.


“S-Saya okey.”


Hah, ambik kau! Gagap terus tengok muka dia! Aku tersengih sedikit. Sah! Muka dia memang macam Joe Jonas! Hero aku tu! Hensemnya! Aku bangun dan dia mengambil beg galas aku lalu dihulurkannya semula kepadaku.


“Thanks.”
“Sure ni tak ada apa-apa?”
“Sure. Sikit je ni pun.”


Lelaki itu pun berlalu pergi. Aku tersenyum sendiri. Sebiji macam muka Joe la! Betul, tak tipu ni! sampai di tempat letak kereta, aku masuk ke dalam kereta Myvi berwarna hitam. Snowcap yang dipakai, ditarik keluar. Enjin dihidupkan dan tangan aku lantas mengambil album Jonas Brohers. Dimasukkan CD itu ke dalam tempatnya lalu berkumandanglah lagu SOS, Fly With Me dan banyak lagi. Aku tersenyum lagi. Apa nama dia ek? Dah Sha, jangan fikir bukan-bukan!


---------------------------------------


Chocolate milkshake yang selalunya tak aku gemari hari ni tiba-tiba ada dekat atas meja. Rasa teringin pulak nak minum benda alah ni. Tapi yang peliknya, dulu masa aku first time aku minum air ni rasa dia punyalah kelat semacam! Hari ni manis pulak. Pelik bin ajaib betul. Bukan gula sekarang dah naik harga ke? Dia letak apa kat dalam ni?


“Kenapa kau tak cakap yang kau kerja dekat Jusco?”
“Saja, malas nak cakap dekat kau.”
“Aku baru ingat nak offer kau kerja dekat salun aku tu. Workers aku ramai nak ambik cuti. Pemalas betul diaorang tu.”
“Aku? Kerja kat salun kau? Kau nak letak aku jadi apa? Hairstylist?”
“Boleh apa?”
“Memang la. Setakat nak buat rambut sendiri tu, aku okey lagi. Besides, aku ni tau style Taylor Momsen dengan Demi Lovato je. Ada ke orang nak buat rambut macam diaorang? Make up jangan cakaplah. Sah takde siapa nak aku make up muka diaorang. Habis aku tonyoh muka diaorang warna hitam semua.”
“Okey apa? Kita lepak-lepak je la kalau takde siapa yang nak kat kau.”
“Tu yang aku malas. Aku ni nak kerja, bukannya nak lepak.”
“Duit parents kau bagi tak cukup ke sampai kau desperate sangat nak kerja ni?”
“Cukup, saja aku nak cari experience. Aku boleh cari extra money bila nak buat belajar nanti. Takde la burden sangat parents aku.”
“Nak cari experience ke cari boyfriend?”


Aku tersengih. Banyak la kau cari boyfriend. Muka macam aku ni, siapa yang nak? Keluar pakai jeans dengan checkered tees. kalau rajin, make up sikit. Tu pun style budak goth. Rambut budak scene. Siapa yang nak dekat?


“Tau tak. Semalam aku jumpa sorang mamat ni. muka dia sebijik macam Joe!”
“Joe? Joe mana?”
“Joe Jonas la!”
“Oh, ‘Joe’ tu. Aku ingat Joe mana tadi.”
“Hensem gila wei! Tak tahan aku tengok.”
Berkerut-kerut dahi Safura melihat telatah aku. “Bukan kau ni jenis tak suka cakap pasal laki ke?”
“Aku dah agak da. Mesti kau tanya punya la!”
“So?”
“Memang la. Tapi kalau Joe punya pasal, lain cerita sikit.”
“Banyak la kau lain.”
“Jomlah. Nak dekat pukul 3 dah ni. Aku kena balik cepat, hari ni cousin aku datang.”
“Cousin?”
“Yup!”


-----------------------------------------


Kereta Proton Waja berwarna keemasan berhenti di hadapan perkarangan rumah. Kelihatan seorang wanita yang umurnya hampir setengah abad keluar dari kereta. Hari ni Mak Long aku singgah. Katanya nak tidur untuk semalam. Dia baru ambik cousin aku dari U la tu. Lusa pakcik sedara aku kahwin, so esok kitaorang balik Taiping sekali.


“Assalamualaikum!”


Mama memakai seliparnya lalu berjalan ke luar rumah. Adik-adikku semuanya turut sama menibuk ke luar rumah. “Wa’alaikumussalam.” Mama menjawab salam yang diberi. Dicapainya tangan yang dihulur lalu disalaminya. Aku membetulkan rambutku yang kusut masai lalu memakai selipar dan berjalan ke arah mereka. Disalamnya tangan Mak Long dan dipeluknya.


“Sihat Mak Long?”
“Sihat, Alhamdulillah.”
“Kakcik, tolong Mak Long ambik beg dalam kereta.”
“Eh, tak apa la. Kak Nor buat sendiri.”
“Tak apa. Pandai-pandailah budak-budak tu buat sendiri.”


Aku senyum. Mak Long dan Mama dah pun berjalan masuk ke dalam rumah. aku berjalan ke belakang kereta lalu dicapainya beg baju yang tersusun di dalamnya.


“Eh, tak apa la. Biar abang buat.”


Aku menoleh ke kanan. Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di sebelahku. Dia melemparkan senyumannya kepada aku lalu aku menyambutnya dengan membalas semula senyuman itu. Still the same person, dengan lesung pipit sejuta dia tu. Aku bermonolog sendirian.


“It’s okay. Tak ada la berat mana pun.”


Beg itu digenggam erat di dalam tangan. Aku masuk ke dalam rumah meninggalkan sepupu lelakiku yang masih lagi berdiri disamping kereta kesayangannya itu.

**********************

Comments